Pages: [1] 2 3   Go Down
  Print  
Author Topic: Madah hari ini.  (Read 4074 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
makcik
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 2130



« on: September 25, 2010, 08:39:59 PM »



Jika anda melihat orang kafir, jangan menghina dia tetapi bersyukurlah kepada Allah kerana anda berada dalam Islam.
Jika anda melihat orang yang keji jangan mengutuk nya tetapi  bersyukurlah kepada Allah kerana anda berada di dalam taqwa.
Jika anda melihat orang yang bodoh jangan mengeji dia tetapi bersyukurlah kepada Allah kerana anda masih memiliki ilmu.
 Dan jika melihat orang yang ditimpa bencana  maka bersyukurlah kepada Allah kerana anda terhindar darinya.
Logged
makcik
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 2130



« Reply #1 on: December 24, 2010, 03:42:57 PM »

Bila Allah membuat alam dan makhluk memusingkan mu, sungguh itu suatu panggilan agar kau cari ketenangan pada Nya.

Bila Dia memberi musibah, Dia ingin engkau kembali kepada-Nya dengan pasrah dan berserah.

Bila Dia memberimu ujian, Dia ingin engkau mencari-Nya untuk meminta pertolongan.

Bila Dia memberimu kesempitan, Dia ingin engkau kembali kepada-Nya untuk mencari kelapangan.”

(Ibn Atha’illah)
Logged
makcik
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 2130



« Reply #2 on: January 01, 2011, 04:21:36 PM »

jangan lah mencaci maki iblis secara terang2an takut2 anda lah kawan nya secara sembunyi sembunyi

berfikir sebelum bercakap.
Nabi berkata ” Dan janganlah kamu berbicara dengan satu perbicaraan yang akan menyebabkan kamu terpaksa meminta maaf esok”..
Logged
makcik
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 2130



« Reply #3 on: January 11, 2011, 12:23:15 PM »

Bila engkau memandang segala nya dari Tuhan,yg menciptakan,yg menimpakan ujian yg menjadikan sakit hati mu,yg membuatkan keinginan mu terhalang,serta menyusahkan hidup mu,

pasti akan damai lah hati mu,kerana masekan DIA sengaja mentaqdirkan untok mu sesuatu yg sia2...

bukan Allah tidak tahu penderitaan mu,tapi mungkin itu lah yg DIA mahu ...kerana DIA tahu hati yg sebegini lah akan lebih dekat dan akrab dgn NYA.
Logged
Parasiempre
P.D.C moderators
******
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 9058


~ Permata Hati Abah & Umi ~


« Reply #4 on: January 13, 2011, 12:12:10 PM »

Salam makcik... teruskan berkongsi madah2 ini...
Paras amat berminat membacanya...
  goodstuff
Logged

makcik
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 2130



« Reply #5 on: January 14, 2011, 01:43:25 AM »

Salam makcik... teruskan berkongsi madah2 ini...
Paras amat berminat membacanya...
  goodstuff

Salam Paras,makcik saja2 amik madah2dari sumber yg bernas,klu bole teruskan makcik teruskan lah.t/kaseh. victory
Logged
makcik
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 2130



« Reply #6 on: January 14, 2011, 02:41:11 AM »

Siapa yang menahan marah, padahal ia boleh melepaskan kemarahannya, maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di depan sekalian makhluk. Kemudian, disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya." (HR. Abu Dawud - At-Tirmidzi)

Orang yang memiliki keteguhan iman akan menghadapi orang lain dengan sikap pemaaf, tenang,dan berlapang dada.
Logged
makcik
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 2130



« Reply #7 on: January 15, 2011, 11:35:51 AM »

Orang yg buta mata tak nampak jalan di dunia
kerana tidak nampak cahaya,
tidak tahu ke mana arah tujuan
kerana tidak keteguhan iman
 
selamat lah di dunia fana ini bila mana mata tidak buta
(buta hati )


ada pedoman yg menunjukkan kita
tongkat di tangan membantu tuan
 

Namun  buta mata tidak nampak jalan
jalan menuju ke akhirat negeri kekal abadi

kerana tidak di ukur dengan masa
 tidak ada pula kawan yg dapat membantu

« Last Edit: January 15, 2011, 05:37:22 PM by makcik » Logged
makcik
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 2130



« Reply #8 on: January 17, 2011, 09:52:17 PM »

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:  Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: Allah berfirman: Seorang anak Adam mencaci-maki masa padahal Akulah masa, siang dan malam hari ada di tangan-Ku

Nabi bersabda :
"Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih,lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."

Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.

Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur :
"Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,kubur di hadapan kami,kiamat itu janjian kami,neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH."


SEBAHAGIAN JARI YANG MENUDING, MUNGKIN PERLU BALIK KEPADA DIRI SENDIRI :-)

Logged
makcik
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 2130



« Reply #9 on: January 21, 2011, 02:47:51 PM »

hukum alam..manusia takkan nampak tuhan..tapi manusia akan tetap menyembah tuhan dalam bentuk fizikal seperti duit,manusia,pangkat,harta dan lain2..

Logged
makcik
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 2130



« Reply #10 on: January 23, 2011, 01:19:08 AM »

Jadikanlah setiap kritik bahkan penghinaan yang kita terima sebagai jalan untuk memperbaiki diri.

'kita adalah kejadian yg sempurna tetapi apa yg kita lakukan selalunya tidak sempurna.'

 "Insan berilmu sering menang dalam pergaulan kerana caci disambut dengan senyuman, penghinaan ditangkis dengan kelembutan, kemarahan dibalas dengan diam,kejahatan dibalas dengan kebaikan"
Logged
makcik
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 2130



« Reply #11 on: January 24, 2011, 11:21:55 PM »

Hidup hanya sekali...sekali pergi tak kan kembali.
Logged
makcik
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 2130



« Reply #12 on: January 28, 2011, 02:38:10 PM »

Seorang sahabat itu merangkumi makna bagi 3 perkara, MENYENANGKAN, MEMBAHAGIAKAN, dan MENGGEMBIRAKAN.

Dikala waktu kita gusar, sahabat datang untuk menyenangkan kita…

Dikala kita sedih, sahabat datang untuk menggembirakan kita…

Dikala kita rasakan hidup ini hambar, sahabat datang untuk membahagiakan kita..

Walaupun terkadang kehidupan ni silih berganti datangnya kebahagaiaan dan penderitaan, namun seorang sahabat itu hadir dalam bentuk 3 perkara di atas sehingga kehadiran seorang sahabat saling memuliakan membuat  hidup menjadi lebih indah…

Rasulullah Alaihi Sholatu Wassalam sendiri, sewaktu hayat baginda, dikurniakan barisan sahabat yang teramat mulia dan tegar mendampingi Rasulullah dalam usaha menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Sifat Rasulullah yang merupakan akhlaq yang terpuji sering menjadi ikutan sahabat sehinggakan mereka diangkat ke tahap kemuliaan sahabat yang amat tinggi.. Mereka itu adalah sebaik-baik pendamping para nabi dan rasul. Rasulullah Alaihi Sholatu Wassalam bersabda:



خير الناس قرني
 

” Sebaik-baik manusia adalah generasiku”

Dalam Kitab Shahiih Bukhari, Rosulullah Alaihi Sholatu Wassalam bersabda :



لا تسبوا أصحابي , فوالذي نفسي بيده لوانفق أحدكم مثل أحد ذهبا مابلغ مد أحدهم وﻻنصيفه

” Janganlah kalian mencela Sahabatku, karena demi Dzat yang jiwaku berada ditangan-Nya, kalau seseorang dari kalian menafkahkan emas seperti gunung Uhud, maka nilainya tidak akan mencapai satu mud (segenggam) tangan salah seorang mereka dan tidak juga setengahnya”

Bila direnungkan balik, dan kita berfikir sejenak… cuba kita persoalkan kembali…



Sejauh manakah kita telah laksanakan tanggungjawab kita sebagai sahabat kepada sahabat yang lain?

Saidina Ali Bin Abi Talib R.A pernah berkata :

“Saudaramu yang sebenarnya ialah orang yang selalu menolongmu (di waktu senang dan susah) dan ia sanggup berkorban kerana memberi manfaat kepadamu, dan ia sanggup memecahkan (menyelerakkan) segala urusannya kerana menolong engkau dalam mmenghadapi ujian dan bala..
Logged
makcik
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 2130



« Reply #13 on: January 29, 2011, 08:24:40 PM »

Bahwa doa bisa merubah qadha terdapat pada hadits-hadits Nabi Muhammad s.a.w. sebagai berikut:

Hadits 1: Nabi s.a.w. bersabda: “Tidaklah menolak qadha kecuali doa, dan tidaklah menambah umur kecuali kebaikan.” (H.R. Tirmidzi, Rauyani, dan Thobroni).

Hadits 2 : Nabi s.a.w. bersabda: “Doa itu mampu menolak qadha.” (H.R. Al-Hakim).

Hadits 3: Nabi s.a.w. bersabda: “Berbuat baik kepada kedua orang tua itu menambah umur. Kebohongan itu mengurangi umur, sedangkan doa itu mampu menolak a. Dan Allah punya dua qadha untuk makhluknya, yakni qadha yang baru (telah diubah, pen.) dan qadha yang berlaku (tidak berubah, pen.).” (H.R. Ibnu ‘Ady, Ibnu Shorsory dalam Kitab Amalinya, Ibnu Najjar dan Daelami).

Sedangkan ayat Al-Qur-an yang sebagian ulama menafsirkan sebagai perubahan qadha adalah pada ayat berikut :

Allah s.w.t. berfirman: “Bagi tiap-tiap masa ada kitab. Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan di sisi-Nya terdapat Ummul Kitab (Lauh Mahfudz).” (Q.S. Ar-Ra’d [13] 38-39).

Dengan disebutkan-Nya di dalam ayat itu Lauh Mahfudz yang tidak dapat diubah, tentunya yang diubah bukanlah Lauh Mahfudz (qodar) tetapi qadha.

Ibnu Qoyyim Al-Jauziah dalam bukunya “Qadha dan Qadar, Ulasan Tuntas Masalah Takdir” menyebutkan bahwa percaya kepada takdir berarti percaya kepada qadha dan qadar.

Imam Ibnu Al-Qoyyim al-Jauziyah

Logged
makcik
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 2130



« Reply #14 on: January 30, 2011, 02:57:25 PM »

firman Allah dalam hadith qudsi "Janganlah terlampau karib(cinta) dengan manusia, kerana ada dua jenis manusia tersingkir dari MajlisKu: iaitu mereka yang mencari ganjaran dan menjadi pemalas apabila mereka mendapat ganjaran itu, dan mereka yang mementingkan diri mereka sendiri lalu melampaui Aku.

Tanda tidak redhanya Aku ialah Aku biarkan mereka begitu sahaja"
Logged
Pages: [1] 2 3   Go Up
  Print  
 
Jump to: