Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Penceraian Indra Sahdan dan Isteri  (Read 2550 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
ChocoLatte
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 2232



« on: November 05, 2009, 11:09:58 AM »

kesian sekali..for some reason i've always liked this couple.  betul ker indra sahdan akan bernikah lagi?  on facebook ternampak gambar dia dengan seorang wanita that is not his wife. hope they stay on good terms demi anak2.


http://cyberita.asia1.com.sg/msingapura/story/0,6879,152709,00.html

4 Nov 2009

SINGAPURA

Mahligai Indra dan isteri runtuh

Pasangan pernah bercerai tahun lalu tetapi rujuk semula selepas tiga bulan

Oleh
Safhras Khan
MAHLIGAI yang dibina pemain bola sepak antarabangsa Singapura, Indra Sahdan Daud, bersama isterinya selama lapan tahun kini mengalami keretakan yang mungkin berakhir dengan perceraian bulan depan.

Ini selepas isteri Indra, Cik Nur Elfa Aishah Saman, 29 tahun, meminta beliau diceraikan selepas dikatakan tidak dapat hidup bersama suaminya, yang mendapat perhatian ramai kerana kerjaya sebagai bintang bola sepak.

Bagaimanapun, ini bukan kali pertama pasangan itu bercerai.

Pada Mei tahun lalu mereka bercerai, tetapi merujuk kembali tiga bulan kemudian.

Indra, 30 tahun, adalah penyerang yang disegani lawan.

Antara kemuncak kerjayanya ialah menjaringkan gol semasa Singapura menentang kelab terkemuka dari England, Manchester United, beberapa tahun lalu.

Malah, kebolehan penyerang kelab Sengkang Punggol itu pernah mendapat perhatian kelab-kelab antarabangsa seperti di Amerika Syarikat, Vietnam, Malaysia dan Indonesia.

Diminta mengesahkan mengenai kes perceraiannya, Indra melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada Jumaat lalu enggan memberikan sebarang ulasan.

'Saya tak nak berbual mengenainya, terima kasih... Maaf, saya harap awak menghormati keputusan saya untuk tidak berbual mengenainya,' katanya.

Namun, Cik Elfa mengesahkan mereka telah pun memfailkan kes perceraian mereka pada Mei lalu.

'Sebenarnya, kami telah bercerai buat kali pertama pada Mei 2008, tetapi rujuk kembali pada Ogos 2008. Tapi kami memfailkan lagi perceraian kami pada 27 Mei lalu.

'Tapi disebabkan anakanak, kami tidak mahu perhubungan kami berakhir secara tidak baik,' kata Cik Elfa, yang bernikah dengan Indra pada 27 Mei 2001, ketika diminta mengulas mengenai perceraian mereka.

Pasangan tersebut mempunyai dua anak - Elsa Nur Shaistah, enam tahun, dan Muhd Ilyas Shakeil, empat tahun.

Ditanya mengapa mereka bercerai, Cik Elfa berkata ia mungkin disebabkan kerjaya Indra yang sering mendapat perhatian ramai.

Selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga, beliau rasakan beliau tidak boleh lagi hidup bersama dan menerima hakikat tersebut.

Namun, Cik Elfa enggan memberi komen sama ada wujud orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

Beliau sekadar berkata: 'Jika seseorang ingin berkawan, pastikanlah orang yang ingin dikawani itu bukan suami atau bapa orang.'

Cik Elfa, yang bekerja dalam bahagian pemasaran dan akan memelihara kededua anaknya itu, menambah beliau berat hati untuk meninggalkan mahligai yang dibina itu.

Beliau cuma berharap mereka berdua dapat mengekalkan hubungan baik demi anak- anak.

'Selepas lapan tahun berumah tangga, kami mempunyai pelbagai kenangan manis. Cinta tak mungkin berlalu begitu sahaja. Indra merupakan seorang suami dan ayah yang baik. Beliau banyak berkorban untuk keluarga,' kata beliau, yang mendengar khabar Indra mungkin berkahwin lagi.

'Jika benar beliau akan berkahwin lagi, saya harap ia akan berkekalan dan mendapat restu ibu dan bapa kedua-dua pihak,' katanya.
Logged

NS9
P.D.C moderators
******
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 16925


patik dah penatlah tuanku...


WWW
« Reply #1 on: November 05, 2009, 11:16:59 AM »

 

tanya sikit.. siapa dia Indra Sahdan?  Artis baru eh?  Thank You!
Logged

Semoga ALLAH melindungi diri kita dari keburukan diri kita sendiri.

Time is like flowing water in  a river. You cannot touch the same water twice, because the flow has passed and will never pass again
manja
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1564


أَشْهَدُ أن لاَ اِلَهَ إلا اللهُ


WWW
« Reply #2 on: November 05, 2009, 11:18:20 AM »

hee Kak Ns, dia pemain bola sepak kak, singapore team nye.
Logged



ChocoLatte
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 2232



« Reply #3 on: November 05, 2009, 11:40:33 AM »

alamak kak ni..   hah   doh
Logged

NS9
P.D.C moderators
******
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 16925


patik dah penatlah tuanku...


WWW
« Reply #4 on: November 05, 2009, 04:34:15 PM »

Oleh kerana itu   thread ini dah pun saya terbangkan dari segmen HIBURAN ke segmen KEDAI KOPI.
Logged

Semoga ALLAH melindungi diri kita dari keburukan diri kita sendiri.

Time is like flowing water in  a river. You cannot touch the same water twice, because the flow has passed and will never pass again
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to: