My guess will be : Sarah Aqilah (Juara), Kunjung (1st Runner up), Chirul (3rd Runner up) dan Wawan (4th Runner up)
Alahai....nampaknya 3rd runner up dengan 4th runner up I silap teka kedudukkannya pulak. Tapi memang ketara....
Chirul macam tak bersemangat tadi. Mungkin sebab dia tahu.....dia pasti tak leh bersaing dengan 2 peserta wanita bersuara lantang tu.
Wawan pulak....I tengok persembahan dia sama je macam minggu2 sebelumnya. Takde kelainan dan takde peningkatan. Waktu dia berduet dengan Mamam (Teacher's Pet)....I tengok cara dia menyanyi dengan muka ronyok dia yang dipaksa2 tu...sebijik macam tengah marah dan bengang habis dengan Mamam. Coz ada part tu....sambil dia nyanyi....dia tunding jari dia pada mamam. Macam seolah2 dia sedang marah dan geram sangat kat Mamam tu....hehehehe...

Tapi I sangat puas hati dengan kemenangan
Sarah Aqilah sebagai Juara dan Kunjung sebagai Naib Juara. Bila I tengok semua rancangan Anugerah yang I record sejauh ini, dari awal....memang 'cahaya' Sarah tu dah nampak yang dia akan tampil sebagai Juara Anugerah 2009 kali ni. Memang beberapa minggu sebelum ini pun....aura Sarah dan
Kunjung tu dah nampak sebagai juara dan naib juara sebab persaingan yang sangat ketat antara kedua-duanya.
To me....Kunjung pun tak kurang hebatnya....cuma mungkin, dia kurang dari jumlah undian memandangkan Kunjung bukan anak jati S'pura. Tapi meskipun demikian.....dia memang pesaing yang amat dekat dengan Sarah yang mana peserta2 wanita lain belum mampu menandingi both of them.
Hmmm....geram juga I tengok sms2 kat screen tv yang asyik mengkritik Kunjung. I mean, bukan kehendak dia untuk dilahirkan di Indonesia atau di mana saja negara di luar S'pura. To me...dah bagus tu dia ingin memilih negara kita sebagai tempat dia bermastautin dan membina keluarganya kerana dia percaya...S'pura sebuah negara yang tidak
bias.
Satu lagi.....fed-up betul I tengok si Azmeer tu. Dah lah beri komen dengan cara 'kau-aku'....dah tu cara dia memberi komen....sungguh tak professional. Bila semua audience termasuk para juri berdiri menyambut kemenangan Sarah Aqilah sebagai Juara......cuma si Azmeer ni aje yang selamba duduk dan macam tak kuasa nak berdiri sama. Padahal.....dia dulu pun asal S'pura juga!
Tadi bila tengok nama Sarah Aqilah diumumkan sebagai Juara....I nampak Sarah sebut "Syukur alhamdulillah, Ya Allah". To Sarah......tahniah di atas kejayaannya. Tak lama lagi....ada chance berduet dengan penyanyi tempatan kegemarannya....iaitu TAUFIK BATISAH...
