Pages: [1] 2 3   Go Down
  Print  
Author Topic: WAHEEDA WASINI..  (Read 2990 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
NS9
P.D.C moderators
******
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 16928


patik dah penatlah tuanku...


WWW
« on: March 06, 2009, 03:24:26 PM »

http://www.hmetro.com.my/Friday/Rap/20090306091808/Article


Quote
WALAUPUN mengaku tertekan dengan kontroversi yang melanda dirinya dengan Akhil Hayy, penyanyi dan pelakon Norwahidah Abdul Wahab atau Waheeda, seperti mengundang masalah apabila dikatakan bakal berganding dengan Akhil dalam sitkom Kafe Akhil Hayy (Astro Oasis).


Malah lebih mengejutkan, Waheeda bakal melakonkan watak isteri Ustaz Akhil. Waheeda ketika ditemui di majlis ramah mesra bersama barisan pelakon Nana Tanjung untuk TV9 berkata, watak sebagai isteri dalam sitkom berkenaan belum pasti memandangkan ia masih dalam peringkat perbincangan.

Katanya, tawaran itu juga hanya datang daripada Akhil sendiri dan bukan penerbit.

“Sepatutnya, saya tidak boleh memaklumkan perkara ini terlebih dulu kerana ia masih dalam peringkat perbincangan. Saya hanya dimaklumkan Akhil secara lisan,” katanya.

Dalam Harian Metro semalam, Waheeda mengakui tertekan dengan isu yang mengaitkan dirinya dengan penceramah bebas itu. Mereka juga dikatakan sudah berkahwin. Gadis kelahiran Johor Bahru, Johor itu mengakui cukup bahagia apabila bergaul dengan Akhil.

Mengulas perkembangan karier seninya, Waheeda dijangka sekali lagi bergandingan dengan Akhil untuk menjayakan persembahan sempena Maulidur Rasul di Stadium Merdeka, Isnin ini.

“Saya terima apa orang hendak bercakap mengenai kami. Walaupun kami tidak bercinta namun ramai yang kelihatan seperti suka menggandingkan kami.

“Saya akui walaupun berdepan pelbagai tohmahan daripada masyarakat dan kontroversi, namun hubungan kami tetap baik. Kami tetap berkawan dan meluangkan masa bersama terutama apabila membabitkan hal kerja,” katanya.

Waheeda turut memaklumkan mahu memberi tumpuan kepada penghasilan album solonya tahun ini. Apabila diajukan persoalan mengenai hasratnya sebelum ini untuk tidak berlakon lagi, Waheeda mengakui sebaliknya.

Katanya, hasrat itu terpaksa dilupakan buat sementara memandangkan sudah berjanji dengan Prof Madya A Razak Mohaideen untuk menjayakan drama bersiri terbaru arahannya.

“Cakap-cakap orang kadangkala membuatkan saya sakit. Apabila memaklumkan untuk berehat daripada dunia lakonan, ada saja tawaran yang datang.

“Memang selama ini saya merancang untuk berhenti berlakon sejak tahun lalu. Saya sendiri meletakkan sasaran setiap tawaran lakonan yang saya terima perlu bersesuaian,” katanya.

Mengulas karakter dalam Nana Tanjung, Waheeda berkata dia memegang watak seorang kakak (Ida) dalam sitkom keluarga itu. Di samping membimbing adik-adiknya, sitkom berkenaan turut menampilkan beberapa babak berunsur nasihat dan dakwah.

Katanya, memang mencabar membawakan watak ini tetapi mengakui seronok kerana dapat menjadi sebahagian daripada pelakon yang menjayakan sitkom yang diangkat daripada filem.

“Saya juga dapat berkenalan dengan pelakon baru dan seronok kerana dapat berlakon dengan Saiful Apek selain Pak Piee, Sheila Mambo dan Fouziah Gous,” katanya.

Drama 13 episod ini disiarkan di TV9 setiap Isnin, jam 10 malam bermula 2 Mac lalu.

Gaya & cara percakapannya cukup teratur. Suara & slang dari hidung..  lagunya sedap didengar. Penceramah bebas itu pun tak kurang hebatnya.

Siapa peminat Waheeda di sini?
« Last Edit: March 06, 2009, 03:26:42 PM by NS9 » Logged

Semoga ALLAH melindungi diri kita dari keburukan diri kita sendiri.

Time is like flowing water in  a river. You cannot touch the same water twice, because the flow has passed and will never pass again
Mystiq
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1685


pondering wondering


« Reply #1 on: March 06, 2009, 03:50:28 PM »

kak she's very sweet and humble....she doesn't come across as fake..her fashion style pun  thumbsup... datuk CT should take a clue from her...
Logged
NS9
P.D.C moderators
******
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 16928


patik dah penatlah tuanku...


WWW
« Reply #2 on: March 06, 2009, 04:05:48 PM »

setuju.. sehinggakan tudung pun ada jenama Waheeda..

Logged

Semoga ALLAH melindungi diri kita dari keburukan diri kita sendiri.

Time is like flowing water in  a river. You cannot touch the same water twice, because the flow has passed and will never pass again
norm
Panglima P.D.C
****
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 3621



« Reply #3 on: March 07, 2009, 12:51:37 AM »

skang dah fesyen jenis tudung yg dia pakai ni... i find it easy to use and quite cheap... ;-)
Logged

NS9
P.D.C moderators
******
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 16928


patik dah penatlah tuanku...


WWW
« Reply #4 on: March 07, 2009, 09:39:26 AM »

norm..  di mana ada jual tudung spt yg di atas tu?
Logged

Semoga ALLAH melindungi diri kita dari keburukan diri kita sendiri.

Time is like flowing water in  a river. You cannot touch the same water twice, because the flow has passed and will never pass again
norm
Panglima P.D.C
****
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 3621



« Reply #5 on: March 09, 2009, 03:25:21 PM »

i bought at Angsana 15rm but Putri Mart at Tiram, 10rm... i guess a bit different from wat Waheeda is wearing... Mine serkup dgn tudung melekat sekali...
Logged

NS9
P.D.C moderators
******
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 16928


patik dah penatlah tuanku...


WWW
« Reply #6 on: March 09, 2009, 03:32:51 PM »

tudung luarnya labuh menutup gunung 2 beradik tak?
Logged

Semoga ALLAH melindungi diri kita dari keburukan diri kita sendiri.

Time is like flowing water in  a river. You cannot touch the same water twice, because the flow has passed and will never pass again
norm
Panglima P.D.C
****
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 3621



« Reply #7 on: March 09, 2009, 08:43:32 PM »

tudung luarnya labuh menutup gunung 2 beradik tak?

  Embarrased Alamak ni dah boleh dikategorikan soalan cepu emas.... hehehhehe.. think quite short, have to wear baju yg besar2 sikit... but belakangnya labuh sikit...
Logged

Ianna
Lagenda P.D.C
******
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 37901



« Reply #8 on: March 09, 2009, 09:07:56 PM »

tudung nie kat Geylang pong banyak dijual kan?
tapi tulah... i tgok depannyer mcm singkat ahh... tak tertutup gitu  Embarrased
Logged

norm
Panglima P.D.C
****
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 3621



« Reply #9 on: March 09, 2009, 09:20:51 PM »

tudung nie kat Geylang pong banyak dijual kan?
tapi tulah... i tgok depannyer mcm singkat ahh... tak tertutup gitu  Embarrased

Maybe at Geylang ada... dah lama tak ke sana... yeah unfortunately, its not dat long...
Logged

dee.anna
Mahaguru P.D.C
*****
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 6435



« Reply #10 on: August 18, 2009, 10:43:03 AM »

Kahwin jugak dia ngan Akhil Hay...despite the many denials from both party. Hehe..

Selamat Pengantin Baru Yucky

http://syokkahwin.com/blog/2009/08/16/berita-syok-ustaz-akhil-hayy-dan-waheeda-akhirnya-bernikah/
Logged

  
makcik
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 2130



« Reply #11 on: August 19, 2009, 01:24:44 AM »

cabaran hidup manusia yg bergelar ustaz....nama nya manusia ....selamat lah ustaz dgn istri baru,asal jangan lupa bekas istri sudah lah ye ustaz.... banghead
Logged
Mystiq
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1685


pondering wondering


« Reply #12 on: August 20, 2009, 02:43:56 PM »

sorry to say this..but she's so pretty tak kan takder orang lain....

anyway selamat pengantin baru la..
Logged
makmok
Hulubalang P.D.C
**
Offline Offline

Posts: 206


« Reply #13 on: August 20, 2009, 04:49:09 PM »

sorry to say this..but she's so pretty tak kan takder orang lain....


Bukannya takde orang lain. Dulu ada si Halim Othman - Msian radio & TV personality - yg host 1 game show, bujang lagi, syok kat Waheeda but si Waheeda ni tolak. Tu lah, laki orang jugak yg dia nakkan. 
Logged
massyukim
Hulubalang P.D.C
**
Offline Offline

Posts: 441


« Reply #14 on: August 20, 2009, 04:55:59 PM »

kalau ya pun nak kawin,.. tunggu ler lama sikit.. hormat ler sikit perasaan si bekas isteri dan anak2.  Anak pulak kecik2 and berderet2.. ini baru sebulan cerai dah nikah and Terpampang pulak kat majalah.. Bayangkanler perasaan anak-anaknya dan perasaan seorang wanita yg pernah di nikahi.  Mesti hancur berderai..  Sad
Logged
Pages: [1] 2 3   Go Up
  Print  
 
Jump to: