Pages: [1] 2   Go Down
  Print  
Author Topic: Yang Tersirat Di Sebalik Ramadhan dan Puasa  (Read 2528 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
cukoktongkol
Hulubalang P.D.C
**
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 565



« on: September 10, 2007, 04:42:04 PM »

Yang Tersirat Di Sebalik Ramadhan dan Puasa

Berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan hadis, puasa Ramadhan mempunyai banyak kelebihan, hikmat atau fadhilat. Antaranya ialah:

Pintu neraka ditutup: Apabila seseorang itu benar-benar berpuasa, zahir dan batin serta puasanya itu menyekat dirinya daripada melakukan maksiat dan kejahatan.

Pintu syurga dibuka: Peluang yang besar bagi seseorang melakukan amalan kebajikan yang boleh membawa kejayaan akhirat, menambah ketaqwaan kepada Allah dan setiap amalan kebajikan diberi ganjaran yang banyak.
Syaitan dikurung: Apabila seseorang berpuasa, syaitan dan iblis tidak mempunyai peluang untuk menggoda dan menghasut manusia melalui hawa nafsu kerana puasa merupakan perisai yang dapat menangkis sebarang hasutan dari syaitan.

Malam Lailatulqadar: Salah satu kelebihan yang Allah berikan untuk umat Islam dalam bulan Ramadhan ialah malam Lailatulqadar. Ini bererti sesiapa yang beribadat pada malam-malam tersebut digandakan pahala dan ganjaran yang amat tinggi di sisi Allah.

Gandaan amalan: Amalan sunat pahalanya sama dengan amalan fardu dan amalan fardu adalah 70 kali amalan fardu di bulan yang lain.

Sementara itu dalam kegembiraan menyambut Ramadhan, fahamilah sejelas-jelasnya akan hakikat dan falsafah puasa yang tersirat. Kefahaman ini bukan sahaja membantu kita menjalani ibadah tetapi dapat menunaikan puasa dengan sempurna. Antaranya ialah:

Menjadikan seseorang muslim itu lebih bertaqwa kepada Allah berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 183 seperti di atas dan melalui ayat 13, Surah al-Hujarat yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang-orang yang bertaqwa."

Melatih manusia supaya bersabar menghadapi kesusahan atau bencana, penderitaan dan juga cabaran-cabaran hidup. Kehidupan manusia memang sentiasa dirundung cabaran dan ujian-ujian Allah. Menegaskan mengenai cabaran di dunia, Allah s.w.t menegaskan di dalam ayat 155, Surah al-Baqarah: Maksudnya, "Demi sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan, kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."

Melahirkan muslim yang amanah yang merupakan sifat yang tinggi nilainya. Puasa melatih manusia dengan sifat-sifat amanah kerana tanpanya puasa akan menjadi batal atau tidak sempurna. Jika begitu, sia-sia sahaja seseorang itu berpuasa dan tiada faedahnya menahan lapar dan dahaga.

Melahirkan perasaan insaf dan belas kasihan serta bertimbang rasa. Hanya orang yang berpuasa sahaja dapat memahami atau mengetahui kesengsaraan orang-orang miskin yang lapar dan dahaga. Melalui keinsafan, diharapkan seseorang Muslim itu tidak keberatan untuk memberi bantuan, sedekah atau sumbangan kepada golongan yang tidak berada. Amal jariah sememangnya dituntut di dalam Islam.

Sebagai senjata menahan manusia daripada melakukan maksiat dan kemungkaran. Tiada ertinya seseorang itu berpuasa tetapi pada masa yang sama melakukan perkara-perkara keji dan mungkar walaupun hanya melalui kata-kata. Sebab itu Rasulullah s.a.w berpesan: "Puasa itu sebagai perisai dan apabila seseorang itu berpuasa maka janganlah ia bercakap kotor, jangan menjerit-jerit serta jangan berlaku bodoh."

Kesimpulannya, terdapat pelbagai falsafah yang tersirat di sebalik bulan Ramadhan yang hadirnya sekali setahun. Justeru itu, hayatilah pesanan Rasulullah s.a.w melalui sebuah hadisnya yang bermaksud: "Ramai di kalangan umatku yang berpuasa tetapi tiada mendapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga."

Logged

"Seutama-utama zikir adalah La ilaha illallah..dan seutama-utama doa adalah Alhamdullilah"
halin
P.D.C moderators
******
Offline Offline

Posts: 15021


سايڠ سموا


WWW
« Reply #1 on: August 27, 2008, 06:28:55 PM »

 Smiley
Logged

MaNusIa yAnG bErAkaL iAlaH MaNusIa yAnG sUka mEneRimA dAn mEmiNtA nasIhAt....
cheguThamrin
P.D.C moderators
******
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 10650



WWW
« Reply #2 on: August 28, 2008, 11:53:26 AM »

Soalan berkaitan topik Ramadhan ini:

Saya terbaca kenyataan demikian -

Quote
""When it comes to HIM, i'm a bit selfish =D

And its Ramadhan~ i always looovveee to be alone (AND with a realllllyyy 'in the mood' sahabah) during this month. Its the month, i can truly see the real me, comfortable in it, and absorb in the hope i see in myself (macam re-charge gitu).

With family.. hmm.... family comes with people. people come with problems. Problems are NOISE to my time with Him. Pessimist? Yeah.. i know Smiley haha Usually.. i'll hibernate self during Ramadhan, and come out of the cave during Syawal and socialise as much as i need to. Win-win, non? ""

...yang sampai skg rasa kurang senang dengan pendirian org ini. Memanglah pendiriannya begitu; namun dengan pemikiran bahawa lebih baik single kerana dapat mengabdikan diri kepadaNYA (by being selfish, especially in Ramadhan) dan menganggap family = people itu sebagai problem...

...apa pendapat semua?
Logged


= cakap depan-depan terang terang; cakap belakang nanti kena kentot =
hmmm...
Panglima P.D.C
****
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 3647


hmmm.....


« Reply #3 on: August 28, 2008, 03:32:17 PM »

Soalan berkaitan topik Ramadhan ini:

Saya terbaca kenyataan demikian -

...yang sampai skg rasa kurang senang dengan pendirian org ini. Memanglah pendiriannya begitu; namun dengan pemikiran bahawa lebih baik single kerana dapat mengabdikan diri kepadaNYA (by being selfish, especially in Ramadhan) dan menganggap family = people itu sebagai problem...

...apa pendapat semua?

hmmm...sebab tu pahala orang yang berumahtangga jauh lebih besar dari yang single kot.
Logged

norm
Panglima P.D.C
****
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 3621



« Reply #4 on: August 28, 2008, 11:29:35 PM »

1 solat fardu di bulan Ramadhan = 70 X solat fardu  Smiley
Logged

Ibn Ustman
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Posts: 1632



« Reply #5 on: September 18, 2008, 02:01:16 AM »


A'salam Semua,

Maksud Firman Allah S.w.t.

"Bulan Ramadan itulah bulan di dalamnya diturunkan al-Quran yang menjadi petunjuk bagi manusia, menjadi keterangan-keterangan dari petunjuk itu sehingga membezakan antara yang hak dengan yang batil.  Maka barangsiapa antara kamu melihat bulan itu hendaklah ia berpuasa". [Al-Baqarah, 2:185]


Dari Abi Hurairah r.a.:

Rasulullah S.aw. bersabda:

“Barangsiapa yang bangun (menghidupkan ibadah) dibulan Ramadan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan balasan yang baik), maka diampunkan dosanya yang telah lalu".

[Hadits Riwayat al-Bukhari (4/99), Muslim (759)]

Maksud “Penuh keimanan dan Ihtisab” di sini adalah membenarkan wajibnya puasa, mengharapkan pahalanya, hatinya senang dalam mengamalkan, tidak membencinya, dan tidak merasa berat dalam mengamalkannya.

Marilah...kita sama2 menghidupkan saki-baki Ramadhan 1429H yg bakal meninggalkan kita, boleh kah kita bertemu lagi dgn Ramadhan yg akan datang 1430H Huh?Huh?

Maka dikhususkan pada para Suami2/Bapa2/Abang2 Long,kita heret....Isteri2,anak2 & adik beradik kita, keluar dari rumah kita pergi kepada berjemaah ke Masjid2 & ke Musollah2 utk bertarawih, beriktikaf di Masjid2 pada 10 malam terakhir........(bagi yg mampu lah....k  Naughty)

Dari Aisyah r.a. ia berkata: 
 
“Rasulullah S,a,w, bersungguh-sungguh beribadah pada sepuluh hari terakhir yang tidak pernah dilakukannya di waktu yang lain".

[Hadits Riwayat al-Bukhari (4/233), Muslim (1174)]

Bagi yg nak raya pun.....raya lah.....yg nak exam tu.....semoga Berjaya.....
Tapi Ibadah Ramadhan jgn lupa........ victory
Logged

IMAN INSIDE
Put It On The Right Direction
NS9
P.D.C moderators
******
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 16928


patik dah penatlah tuanku...


WWW
« Reply #6 on: September 18, 2008, 06:40:55 AM »

Ramadhan ini ibarat sebuah perjalanan cinta.  Rasulullah gambarkan dlm sabdanya yg bermaksud:

"Bagi org yg berpuasa dua kegembiraan.  Gembira ketika berbukanya dan gembira ketika menemui Tuhannya."

Kegembiraan sewaktu berbuka dikaitkan dgn kegembiraan menemui Allah. Gembira menemui Allah bermaksud pertemuan itu adalah di dlm syurga yg penuh keindahan.  Di dlm syurga yg ada hanyalah ucapan salam, tiada kata2 yg menyakitkan , tiada perasaan sedih, derita, di hati.
Logged

Semoga ALLAH melindungi diri kita dari keburukan diri kita sendiri.

Time is like flowing water in  a river. You cannot touch the same water twice, because the flow has passed and will never pass again
Spyder
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1758


« Reply #7 on: September 18, 2008, 12:00:30 PM »

Soalan berkaitan topik Ramadhan ini:

Saya terbaca kenyataan demikian -

...yang sampai skg rasa kurang senang dengan pendirian org ini. Memanglah pendiriannya begitu; namun dengan pemikiran bahawa lebih baik single kerana dapat mengabdikan diri kepadaNYA (by being selfish, especially in Ramadhan) dan menganggap family = people itu sebagai problem...

...apa pendapat semua?
saya berpendapat bahawa keterangan dari kawan kita ni benar jika sudah faham dan telah mencapai satu kefahaman yang lebih jauh/tinggi dari orang kebanyakkan.cuma jika hidup dalam masyarakat umum/awam tidak sesuai jika terlalu expose dengan keadaan kefahaman seperti itu.

statement seperti selfish dan family sebagai satu problem bukan untuk bacaan ramai.semua itu adalah rahsia diri agar diri lebih teguh dan mantap dari cenderung kepada sesuatu yang 'lain' dari hanya Allah.

masalah tentang kehidupan seperti ini sering kali kurang kesedaran tentang hal dunia yang sebenarnya sama penting dengan peribadi dalam beragama dan bertauhid.selagi kaki berpijak dimuka bumi ini selagi itu kita hanya manusia biasa.

wat goes around must comes around.wat goes up must come down.

tiada manusia yang nak jadi 'malaikat' akan mendapatkannya.qudrah manusia hanya sebagai manusia.tiada lebih dari itu.

ada orang nak jadik malaikat.ada malaikat pulak nak jadik orang.. Grin

segala amalan yang baik biarlah menjadi rahsia dalam diri sendiri.
Logged
Spyder
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1758


« Reply #8 on: September 18, 2008, 12:05:38 PM »

anyway..

berkat puasa bukan terletak dibulannya..

berkat puasa terletak di dalam cholestrol dan lemak yang terbakar dan keluar dari badan.. Grin

bulan ramadhan dan bulan bulan lain sama hebat dan sama berkat.
Logged
Spyder
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1758


« Reply #9 on: September 18, 2008, 12:12:54 PM »

nasihat saya..

jangan banyak sangat pikirkan tentang pahala kerana dengan menghalakan tumpuan beribadah kepada pahala pahala takut pahala tu jadik berhala ghaib.. Grin

tumpukanlah sepenuhnya kepada ke Esaan Allah dan Maha Besarnya dan sentiasa berzikirlah asma' Allah..

salah salah kira pahala,yang datang pulak bala... Grin

pahala dalam erti kata lain satu ketenangan jiwa yang berpanjangan.bukan dari point point dan number number yang boleh dikira jari dan calculator. Grin
Logged
Spyder
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1758


« Reply #10 on: September 18, 2008, 12:16:05 PM »

kalau kebayakkan oreng melayu pulak yang tersirat disebalik bulan ramadhan adalah sebok sebok kat BAZAAR Geylang.. Grin Grin Grin Grin Grin
Logged
Mr Zaki
Hulubalang P.D.C
**
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 812


جميع الحقوق محفوظة


WWW
« Reply #11 on: September 18, 2008, 06:00:01 PM »

Yang Tersirat Di Sebalik Ramadhan dan Puasa

Berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan hadis, puasa Ramadhan mempunyai banyak kelebihan, hikmat atau fadhilat. Antaranya ialah:

Pintu neraka ditutup: Apabila seseorang itu benar-benar berpuasa, zahir dan batin serta puasanya itu menyekat dirinya daripada melakukan maksiat dan kejahatan.

Pintu syurga dibuka: Peluang yang besar bagi seseorang melakukan amalan kebajikan yang boleh membawa kejayaan akhirat, menambah ketaqwaan kepada Allah dan setiap amalan kebajikan diberi ganjaran yang banyak.
Syaitan dikurung: Apabila seseorang berpuasa, syaitan dan iblis tidak mempunyai peluang untuk menggoda dan menghasut manusia melalui hawa nafsu kerana puasa merupakan perisai yang dapat menangkis sebarang hasutan dari syaitan.

Malam Lailatulqadar: Salah satu kelebihan yang Allah berikan untuk umat Islam dalam bulan Ramadhan ialah malam Lailatulqadar. Ini bererti sesiapa yang beribadat pada malam-malam tersebut digandakan pahala dan ganjaran yang amat tinggi di sisi Allah.

Gandaan amalan: Amalan sunat pahalanya sama dengan amalan fardu dan amalan fardu adalah 70 kali amalan fardu di bulan yang lain.

Sementara itu dalam kegembiraan menyambut Ramadhan, fahamilah sejelas-jelasnya akan hakikat dan falsafah puasa yang tersirat. Kefahaman ini bukan sahaja membantu kita menjalani ibadah tetapi dapat menunaikan puasa dengan sempurna. Antaranya ialah:

Menjadikan seseorang muslim itu lebih bertaqwa kepada Allah berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 183 seperti di atas dan melalui ayat 13, Surah al-Hujarat yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang-orang yang bertaqwa."

Melatih manusia supaya bersabar menghadapi kesusahan atau bencana, penderitaan dan juga cabaran-cabaran hidup. Kehidupan manusia memang sentiasa dirundung cabaran dan ujian-ujian Allah. Menegaskan mengenai cabaran di dunia, Allah s.w.t menegaskan di dalam ayat 155, Surah al-Baqarah: Maksudnya, "Demi sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan, kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."

Melahirkan muslim yang amanah yang merupakan sifat yang tinggi nilainya. Puasa melatih manusia dengan sifat-sifat amanah kerana tanpanya puasa akan menjadi batal atau tidak sempurna. Jika begitu, sia-sia sahaja seseorang itu berpuasa dan tiada faedahnya menahan lapar dan dahaga.

Melahirkan perasaan insaf dan belas kasihan serta bertimbang rasa. Hanya orang yang berpuasa sahaja dapat memahami atau mengetahui kesengsaraan orang-orang miskin yang lapar dan dahaga. Melalui keinsafan, diharapkan seseorang Muslim itu tidak keberatan untuk memberi bantuan, sedekah atau sumbangan kepada golongan yang tidak berada. Amal jariah sememangnya dituntut di dalam Islam.

Sebagai senjata menahan manusia daripada melakukan maksiat dan kemungkaran. Tiada ertinya seseorang itu berpuasa tetapi pada masa yang sama melakukan perkara-perkara keji dan mungkar walaupun hanya melalui kata-kata. Sebab itu Rasulullah s.a.w berpesan: "Puasa itu sebagai perisai dan apabila seseorang itu berpuasa maka janganlah ia bercakap kotor, jangan menjerit-jerit serta jangan berlaku bodoh."

Kesimpulannya, terdapat pelbagai falsafah yang tersirat di sebalik bulan Ramadhan yang hadirnya sekali setahun. Justeru itu, hayatilah pesanan Rasulullah s.a.w melalui sebuah hadisnya yang bermaksud: "Ramai di kalangan umatku yang berpuasa tetapi tiada mendapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga."



Article yg baik  Thank You!

beramalah dgn sungguh2 dan ikhlas dan senntiasa harapkan keridha'an Allah 'Azza Wa Jalla
seperti apa yg telah dilakukan oleh Nabi salallahu 'alaihi wasalam dan para sahabat beliau radhiallahu 'anhum ajmien

think simple.....that is....

sesungguhnya merekalah sebaik2nya qudwah utk kita jadikan kayu ukur utk beramal....Smiley

Memang derajat mereka dan derajat kita bagaikan langit dan bumi....tapi nas2 dari syariat telah jelas on this matter....Smiley
« Last Edit: September 18, 2008, 06:04:45 PM by Mr Zaki » Logged

....if a person fears Allaah (has taqwa), Allaah will make it easy for him to do good actions with which he can make expiation (kitaabul 'ilm)
Mr Zaki
Hulubalang P.D.C
**
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 812


جميع الحقوق محفوظة


WWW
« Reply #12 on: August 25, 2009, 06:22:49 PM »

Dzikir Ketika Melihat Hilal

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika melihat hilal beliau membaca,

اللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالإِِيمَانِ ، وَالسَّلامَةِ وَالإِِسْلامِ ، رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ

“Allahumma ahillahu ‘alayna bilyumni wal iimaani was salaamati wal islaami. Robbii wa Robbukallah. [Ya Allah, tampakkan bulan itu kepada kami dengan membawa keberkahan dan keimanan, keselamatan dan Islam. Rabbku dan Rabbmu (wahai bulan sabit) adalah Allah]” (HR. Ahmad, Tirmidzi, dan Ad Darimi. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan  bahwa hadits ini hasan karena memiliki penguat dari hadits lainnya)

Ucapan Ketika Dicela atau Diganggu (Diusilin) Orang Lain

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

فَإِنْ سَابَّكَ أَحَدٌ أَوْ جَهُلَ عَلَيْكَ فَلْتَقُلْ : إِنِّي صَائِمٌ ، إِنِّي صَائِمٌ

“Apabila ada seseorang yang mencelamu atau berbuat usil padamu, katakanlah padanya, “Inni shoo-imun, inni shoo-imun [Aku sedang puasa, aku sedang puasa]“.” (HR. Ibnu Majah dan Hakim. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih). An Nawawi mengatakan, “Termasuk yang dianjurkan adalah jika seseorang dicela oleh orang lain atau diajak berkelahi ketika dia sedang berpuasa, maka katakanlah “Inni shoo-imun, inni shoo-imun [Aku sedang puasa, aku sedang puasa]“, sebanyak dua kali atau lebih. (Al Adzkar, 183)

Do’a Ketika Berbuka

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika berbuka membaca,

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ

“Dzahabazh zhoma-u wabtallatil ‘uruqu wa tsabatal ajru insya Allah [Rasa haus telah hilang dan urat-urat telah basah, dan pahala telah ditetapkan insya Allah]” (HR. Abu Daud. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Adapun mengenai do’a berbuka yang biasa tersebar di tengah-tengah kaum muslimin: “Allahumma laka shumtu wa bika aamantu wa ‘ala rizqika afthortu….”, perlu diketahui bahwa ada beberapa riwayat yang membicarakan do’a ketika berbuka semacam ini. Di antaranya adalah dalam Sunan Abu Daud no. 2357, Ibnus Sunni dalam ‘Amalul Yaum wal Lailah no. 481 dan no. 482. Namun hadits-hadits yang membicarakan hal ini adalah hadits-hadits yang lemah. Di antara hadits tersebut ada yang mursal yang dinilai lemah oleh para ulama pakar hadits. Juga ada perowi yang meriwayatkan hadits tersebut yang dinilai lemah dan pendusta oleh para ulama pakar hadits. (Lihat Dho’if Abu Daud no. 2011 dan catatan kaki Al Adzkar yang ditakhrij oleh ‘Ishomuddin Ash Shobaabtiy)

Do’a Kepada Orang yang Memberi Makan dan Minum

Ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam diberi minum, beliau pun mengangkat kepalanya ke langit dan mengucapkan,

للَّهُمَّ أَطْعِمْ مَنْ أَطْعَمَنِى وَأَسْقِ مَنْ أَسْقَانِى

“Allahumma ath’im man ath’amanii wasqi man saqoonii” [Ya Allah, berilah ganti makanan kepada orang yang memberi makan kepadaku dan berilah minuman kepada orang yang memberi minuman kepadaku] (HR. Muslim no. 2055)

Do’a Ketika Berbuka Puasa di Rumah Orang Lain

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika disuguhkan makanan oleh Sa’ad bin ‘Ubadah, beliau mengucapkan,

أَفْطَرَ عِنْدَكُمُ الصَّائِمُونَ وَأَكَلَ طَعَامَكُمُ الأَبْرَارُ وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ الْمَلاَئِكَةُ

“Afthoro ‘indakumush shoo-imuuna wa akala tho’amakumul abroor wa shollat ‘alaikumul malaa-ikah [Orang-orang yang berpuasa berbuka di tempat kalian, orang-orang yang baik menyantap makanan kalian dan malaikat pun mendo'akan agar kalian mendapat rahmat].” (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)

Do’a Setelah Shalat Witir

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa pada saat witir membaca surat “Sabbihisma Robbikal a’laa” (surat Al A’laa), “Qul yaa ayyuhal kaafiruun” (surat Al Kafirun), dan “Qul huwallahu ahad” (surat Al Ikhlas). Kemudian setelah salam beliau mengucapkan

سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ

“Subhaanal malikil qudduus”, sebanyak tiga kali dan beliau mengeraskan suara pada bacaan ketiga. (HR. Abu Daud dan An Nasa-i. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam juga mengucapkan di akhir witirnya,

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ لاَ أُحْصِى ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ

“Allahumma inni a’udzu bika bi ridhooka min sakhotik wa bi mu’afaatika min ‘uqubatik, wa a’udzu bika minka laa uh-shi tsanaa-an ‘alaik, anta kamaa atsnaita ‘ala nafsik” [Ya Allah, aku berlindung dengan keridhoan-Mu dari kemarahan-Mu, dan dengan kesalamatan-Mu dari hukuman-Mu dan aku berlindung kepada-Mu dari siksa-Mu. Aku tidak mampu menghitung pujian dan sanjungan kepada-Mu, Engkau adalah sebagaimana yang Engkau sanjukan kepada diri-Mu sendiri]. (HR. Abu Daud, Tirmidzi, An Nasa-i dan Ibnu Majah. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)

Do’a di Malam Lailatul Qadar

Sangat dianjurkan untuk memperbanyak do’a pada lailatul qadar, lebih-lebih do’a yang dianjurkan oleh suri tauladan kita –Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam- sebagaimana terdapat dalam hadits dari Aisyah. Beliau radhiyallahu ‘anha berkata, “Katakan padaku wahai Rasulullah, apa pendapatmu, jika aku mengetahui suatu malam adalah lailatul qadar. Apa yang aku katakan di dalamnya?” Beliau menjawab, “Katakanlah:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى

‘Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni’ [Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku].” (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)

***



Logged

....if a person fears Allaah (has taqwa), Allaah will make it easy for him to do good actions with which he can make expiation (kitaabul 'ilm)
Mr Zaki
Hulubalang P.D.C
**
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 812


جميع الحقوق محفوظة


WWW
« Reply #13 on: September 11, 2009, 10:11:31 AM »

Websites for clarifications for iktikaf issues

http://mdsg.multiply.com/links/item/145/Rallying_around_the_Rulings_for_Itikaf
Logged

....if a person fears Allaah (has taqwa), Allaah will make it easy for him to do good actions with which he can make expiation (kitaabul 'ilm)
Mr Zaki
Hulubalang P.D.C
**
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 812


جميع الحقوق محفوظة


WWW
« Reply #14 on: September 11, 2009, 04:09:03 PM »

What are the signs of Lailatul-Qadr Night???


http://www.youtube.com/watch?v=hscbIqNzMPA
Logged

....if a person fears Allaah (has taqwa), Allaah will make it easy for him to do good actions with which he can make expiation (kitaabul 'ilm)
Pages: [1] 2   Go Up
  Print  
 
Jump to: