Pages: [1] 2 ... 5   Go Down
  Print  
Author Topic: FILEM : CONGKAK  (Read 5226 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
NS9
P.D.C moderators
******
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 16928


patik dah penatlah tuanku...


WWW
« on: June 27, 2007, 09:52:06 AM »

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Hiburan/20070625073824/Article/

Congkak singkap misteri permainan tradisiOleh:Farihad Shalla Mahmud

Filem seram terbaru Ahmad Idham jalani penggambaran di sekitar Perlis bermula kelmarin
 
BARANGKALI tidak ramai yang tahu dari manakah permainan congkak bermula. Siapa yang menciptanya dan bagaimana ia mula dimainkan juga sehingga kini tak seorang pun mampu menjelaskannya. Begitulah misterinya permainan tradisional ini sehingga pelakon dan pengarah muda, Pierre Andre sanggup menulis sebuah cerita mengenainya.

Bermula sekadar sembang kosong mengenai permainan congkak bersama pengarah Ahmad Idham Ahmad Nazri, akhirnya mencetuskan idea buat mereka berdua untuk menghasilkan sebuah filem seram sebagai kesinambungan kepada filem Jangan Pandang Belakang yang meledak di pawagam dan meraih kutipan lebih RM7 juta.

Pada majlis bacaan doa selamat dan pelancaran filem itu di bangunan Metrowealth di Subang Mewah, Subang Jaya, baru-baru ini, penulis skrip filem itu, Pierre berkata, Congkak akan menyingkap misteri di sebalik permainan tradisional itu.

“Idea untuk menghasilkan filem ini tercetus ketika saya dan Idham sedang bersembang mengenai permainan congkak. Masa itu kami tertanya-tanya siapakah yang mencipta permainan ini dan bilakah ia mula dimainkan. Ada setengah orang menyatakan, congkak adalah permainan golongan bangsawan dan ada juga percaya congkak mempunyai kuasa ilmu ghaib dan penuh spiritual.

“Jadi, apabila kami bersetuju menjadikan congkak sebuah filem seram, maka saya terpaksa membuat kajian, cari di internet untuk mengetahui asal usul permainan congkak ini. Walaupun tidak banyak yang boleh dibuat rujukan namun kita cuba mengolah skrip mengikut keadaan semasa serta fakta sesuai,” ujar Pierre membuka bicara sejurus selepas majlis bacaan doa selamat berakhir.

Kata Pierre, dalam filem ini mereka akan menunjukkan betapa hebatnya permainan congkak itu sewaktu era 100 tahun lampau di mana untuk acara pembukaannya saja penuh dengan adat istiadat.

“Permainan congkak pada masa itu bukanlah seperti sekarang di mana dulu ia berlangsung dengan penuh adat istiadat. Ada mentera, serapah jampi yang perlu di baca sebelum acara ini dimulakan. Macam orang berpencak silat, ada upacara buka gelanggang. Ada unsur mistik di dalamnya dan inilah yang hendak kita paparkan,” ujar anak bujang pelakon Khatijah Tan ini.

Berkongsi cabaran menghasilkan skrip filem ini, Pierre berkata, perkara pertama yang difikirkannya adalah tekanan dihadapi apabila ada pihak mengharapkan sesuatu yang lebih baik selepas kejayaan Jangan Pandang Belakang.

“Saya tahu bila saya menulis skrip filem ini tentu ada yang menaruh harapan yang saya akan buat lebih baik dari filem Jangan Pandang Belakang. Bila ada yang meletakkan harapan sebegitu tinggi terhadap filem ini, di sinilah timbulnya tekanan. Tapi, saya yakin dengan bantuan semua saya dapat menghasilkan yang terbaik untuk skrip filem ini,” kata Pierre yang hanya akan terbabit di belakang tabir saja kali ini.

Walaupun mampu menghasilkan sebuah skrip yang mampu menggerunkan penonton, Pierre pada sidang media itu turut mengaku bahawa dia sebenarnya tidak gemar menulis cerita hantu.

“Sejujurnya saya tidak gemar menulis skrip cerita seram atau hantu. Bukan apa, setiap kali saya cuba menulis skrip filem seperti ini, pasti ada saja gangguan yang berlaku. Macam masa saya mula menulis skrip Congkak, tengah asyik menaip tiba-tiba bekalan elektrik terputus.

“Keadaan di luar masa itu cukup menyeramkan. Kilat dan petir sabung menyabung. Masa tu saya dapat rasakan macam petanda buruk sama seperti saya menulis skrip filem Jangan Pandang Belakang. Sebab itu saya suka menulis skrip filem romantik komedi dan aksi. Perasaannya tak sama bila menulis cerita seram,” dedah Pierre.



Idham bangga papar budaya masyarakat Melayu

-------------------------------------------------------------

PENGARAH Congkak, Ahmad Idham berkata, penggunaan congkak sebagai subjek utama filem ini sebenarnya membawa banyak makna tersirat.

“Kalau anda perhatikan dalam filem Jangan Pandang Belakang, saya gunakan ilmu saka dan jampi serapah sebagai subjek utama filem. Benda seperti ini mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan masyarakat Melayu. Benda macam inilah yang orang luar hendak tonton.

“Kalau kita sajikan hantu ala Korea, Thailand atau orang putih, mereka sudah biasa lihat. Jadi, sebab itu saya suka selitkan sedikit elemen budaya masyarakat Melayu dalam filem kerana benda macam inilah yang mereka hendak tonton kerana ia tidak terdapat di negara mereka,” jelas Idham.

Congkak menampilkan pelakon hebat seperti Nanu Baharudin, Riezman Khuzaimi, Ruminah Sidek, M Rajoli dan dua pelakon kanak-kanak, Nur Arina Abdul Malik dan Erynne Eryynna.

“Terus terang, saya hanya menjual filem dan bukan jual pelakon. Saya tahu dan kenal bakat yang dimiliki pelakon ini dan saya pasti mereka boleh memberikan yang terbaik dan tahu apa yang saya mahukan. Macam Nanu dan Riezman, kami pernah berlakon sama-sama di awal-awal kemunculan dulu dan tidak salah rasanya saya ambil mereka berlakon. Kita kena ubah persepsi mencari pelakon yang hanya ada wajah komersil tetapi hasilnya entah apa-apa,” tegas Ahmad Idham.

Katanya, untuk filem itu juga, pihaknya akan menggunakan teknik Imej Janaan Komputer (CGI) untuk memberikan kesan lebih dramatik terhadap persembahan filem itu.

Bagi Nanu, antara sebab mengapa dia terpanggil untuk membintangi filem ini adalah kerana skrip serta jalan ceritanya yang disifatkannya menarik.

“Masa mula dapat tawaran filem ini, takut juga sebab ialah inikan filem seram. Tapi sebab orang asyik kata saya ni sering berlakon filem Shuhaimi Baba. Jadi saya terima sajalah tawaran itu. Bagaimanapun, saya rasa syukur kerana ada orang percaya dengan bakat saya dan tidak akan mempersiakan peluang ini,” kata Nanu.

Congkak yang membabitkan bajet RM1.5 juta memulakan penggambarannya kelmarin. Sebanyak 95 peratus lokasi penggambaran filem itu dilakukan di sebuah banglo di Perlis manakala selebihnya di Kuala Lumpur.
Logged

Semoga ALLAH melindungi diri kita dari keburukan diri kita sendiri.

Time is like flowing water in  a river. You cannot touch the same water twice, because the flow has passed and will never pass again
yatee73
Lagenda P.D.C
******
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 20637



« Reply #1 on: June 27, 2007, 09:56:25 AM »

woaah.....permainan kanak2 pon bole buat filem eh.....

btw, i memang minat main congkak.
memang ada papan congkak tu & pakai guli  Smiley
Logged

NS9
P.D.C moderators
******
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 16928


patik dah penatlah tuanku...


WWW
« Reply #2 on: June 27, 2007, 12:57:27 PM »

main congkak seronok... tapi suka main tipulah.  Tongue

Mungkin filem ini lebih hebat dari JPB.
Logged

Semoga ALLAH melindungi diri kita dari keburukan diri kita sendiri.

Time is like flowing water in  a river. You cannot touch the same water twice, because the flow has passed and will never pass again
halin
P.D.C moderators
******
Offline Offline

Posts: 15021


سايڠ سموا


WWW
« Reply #3 on: March 04, 2008, 11:36:40 AM »

Izinkan saya, Tumpang lalu...

Bila Filem ini akan ditayangkan di pawagam Roll Eyes semalam nonton sekejap "the making......." wow  goodstuff

 victory

tapi kita nak beli VCD dia cheesy Naughty

 Thank You!
Logged

MaNusIa yAnG bErAkaL iAlaH MaNusIa yAnG sUka mEneRimA dAn mEmiNtA nasIhAt....
Mystiq
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1685


pondering wondering


« Reply #4 on: March 04, 2008, 11:48:51 AM »

oooooo..sounds so interesting.. i pun nak beli VCD..hehehehe... Afro
Logged
NS9
P.D.C moderators
******
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 16928


patik dah penatlah tuanku...


WWW
« Reply #5 on: March 04, 2008, 05:28:50 PM »

ooo dah selesai pengambaran eh..  spt biasalah.. kita beli vcd jugaklah..   thumbsup
Logged

Semoga ALLAH melindungi diri kita dari keburukan diri kita sendiri.

Time is like flowing water in  a river. You cannot touch the same water twice, because the flow has passed and will never pass again
NS9
P.D.C moderators
******
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 16928


patik dah penatlah tuanku...


WWW
« Reply #6 on: April 04, 2008, 02:50:32 PM »

AKAN DATANG

'CONGKAK' BERHANTU LEBIH DAHSYAT
Oleh
Nur Sifa Hussin

ADAKAH Congkak lebih dahsyat daripada Jangan Pandang Belakang?

Jawapan saya: Kalau anda rasa Jangan Pandang Belakang menggerunkan, Congkak lebih lagi membuat bulu roma saya berdiri. Nak pengsan pun ada!

Baru-baru ini, saya telah menghadiri tayangan perdana Congkak di Kuala Lumpur. Filem arahan Ahmad Idham dan terbitan, David Teo, ini akan ditayangkan di Singapura tidak lama lagi.

Filem ini dibintangi pelakon handalan seperti Nanu Baharudin, Rizman Khuzaimi, Erynne Erynna, Ruminah Sidek dan M. Rajoli.

Pierre Andre adalah penulis skrip filem seram yang dikatakan tidak sesuai ditonton kanak-kanak di bawah usia 13 tahun, ibu-ibu hamil dan pesakit jantung.

Ia mengisahkan tentang permainan tradisional Melayu yang dipercayai mempunyai penunggu. Jalan cerita ini bermula dengan keluarga yang pergi bercuti ke rumah percutian mereka di sebuah kampung yang terpencil.

Keluarga ini terdiri daripada Kazman, Sufiah dan dua orang anak perempuan mereka iaitu Lisa dan Elly.

Mulanya, si isteri enggan ke rumah percutian itu tetapi si suami terlalu ingin menjauhkan diri dari kota. Si isteri memang dari mula lagi telah merasakan sesuatu yang tidak kena dengan keadaan di rumah tersebut.

Beberapa mimpi aneh dialami. Biasanya, ia berkenaan anaknya yang dibawa lari dari rumah itu.

Mulanya, si isteri cuba menepis segala fikiran yang bukan-bukan tetapi setelah diganggu oleh bunyi-bunyi aneh seperti seseorang sedang bermain dengan congkak, dia semakin yakin bahawa ada sesuatu yang tidak kena di rumah tersebut.

Suatu pagi, semasa hendak sarapan pagi, anak bongsunya, Lisa, yang disuruh mandi hilang dan tidak menyahut panggilannya.

Apabila ditemui, dia mendapati bahawa ada papan congkak di tangan anaknya.

Mulanya, si suami agak gembira kerana dia dapat memperkenalkan congkak kepada anak-anaknya yang sejak kecil menetap di bandar.

Dia telah membawa anaknya ke hutan untuk mencari biji getah untuk dijadikan pengganti guli.

Setibanya di rumah, Lisa dan bapanya khusyuk bermain congkak hinggakan si ibu yang pulang dari kedai pun tidak disedari kehadirannya.

Penghujung filem ini agak kompleks dan membuatkan penonton tertanya-tanya: 'Ada filem susulan Congkak 2 ke?'



http://cyberita.asia1.com.sg/rencana/story/0,3617,116184,00.html?
Logged

Semoga ALLAH melindungi diri kita dari keburukan diri kita sendiri.

Time is like flowing water in  a river. You cannot touch the same water twice, because the flow has passed and will never pass again
lynn5121
Panglima P.D.C
****
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 3160



« Reply #7 on: April 04, 2008, 03:02:04 PM »

alamak ... aku tak leh tengok ke mcam nie?
Logged

NS9
P.D.C moderators
******
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 16928


patik dah penatlah tuanku...


WWW
« Reply #8 on: April 04, 2008, 03:05:34 PM »

dilarang menonton tapi tak dilarang utk mendengar... kira oklah tu.
Logged

Semoga ALLAH melindungi diri kita dari keburukan diri kita sendiri.

Time is like flowing water in  a river. You cannot touch the same water twice, because the flow has passed and will never pass again
lynn5121
Panglima P.D.C
****
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 3160



« Reply #9 on: April 04, 2008, 03:10:11 PM »

hahahaha kak ns .... nie macam kena beli vcd then perap 5 bulan, baru boleh tengok .....
Logged

BlueSuzette
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Posts: 2012


....


« Reply #10 on: April 05, 2008, 10:11:18 AM »

..me dah tengok trailer filem ni..
part terperanjat me tak boleh angkat..  LipsRsealed
Logged

<a href="http://lilypie.com/"><img src="http://lb3f.lilypie.com/tShWp8.png" width="400" height="80" border="0" alt="Lilypie Third Birthday tickers" /></a>
redrose
P.D.C moderators
******
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 2077


Anak Ayah...


« Reply #11 on: April 06, 2008, 08:56:01 PM »

Eeeee....  Shock Tak hamil pun I tak nak tengok.. nanti terbayang2....

3 bulan tak leh tido mlm!   blink1
Logged
ChocoLatte
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 2232



« Reply #12 on: April 15, 2008, 01:02:18 PM »

alamak..baru recover dari jangan pandang belakang..ni congkak pulak...  blink1
Logged

Neutral
Hulubalang P.D.C
**
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 973



« Reply #13 on: April 15, 2008, 02:48:15 PM »

Nk tgk... Nk tgk.. Nk tgk.. jig. Neutral suka tgk crita seram.. Cuma tu la.. takut sendiri.. But BEST!! Adrenaline rushing... thumbsup

Bila S'pore nk tayangkan eh? Hmm...
Logged

NS9
P.D.C moderators
******
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 16928


patik dah penatlah tuanku...


WWW
« Reply #14 on: April 15, 2008, 03:08:15 PM »

kena tengok jugaklah cerita ini sbb nak tahu siapakah nenek tua bongkok yg memimpin si kecil masuk dlm hutan tu..
Logged

Semoga ALLAH melindungi diri kita dari keburukan diri kita sendiri.

Time is like flowing water in  a river. You cannot touch the same water twice, because the flow has passed and will never pass again
Pages: [1] 2 ... 5   Go Up
  Print  
 
Jump to: