Welcome,
Guest
. Please
login
or
register
.
February 06, 2012, 02:06:02 AM
Home
Forum
Help
Calendar
Login
Register
Di Lelaman Perkahwinan.com
>
Forum
>
Kehidupan Seharian
>
Kedai Kopi
(Moderators:
NS9
,
SmuRFeT79
,
cheguThamrin
,
Haslina
) >
Alhamdulilah Another HALAL outlet
Pages:
1
...
9
[
10
]
11
Go Down
« previous
next »
Print
Author
Topic: Alhamdulilah Another HALAL outlet (Read 17657 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
missycahaya
Hulubalang P.D.C
Offline
Gender:
Posts: 489
Re: Alhamdulilah Another HALAL outlet
«
Reply #135 on:
March 02, 2010, 09:09:43 AM »
Oic... SMS is so powerful eh.
Logged
Mengalah tak bermakna aku kalah...
Ianna
Lagenda P.D.C
Offline
Gender:
Posts: 37900
Re: Alhamdulilah Another HALAL outlet
«
Reply #136 on:
March 02, 2010, 10:08:11 AM »
yeahh... the power of SMS and email...
saw the public apology from that person who spread the email in BM last week...
Quote from: Berita Harian on 25 Feb 2010
Sijil halal PastaMania tidak pernah ditarik balik
Oleh
Norhaiza Hashim
BERITA angin yang tersebar luas menyatakan rangkaian restoran pasta dan makanan Italy, PastaMania, tidak lagi halal, adalah tidak benar, menurut restoran itu dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).
Muis menjelaskan bahawa sijil halal PastaMania tidak pernah ditarik balik dan ia juga tidak menjual daging babi seperti yang disiarkan dalam berita angin yang tersebar luas menerusi e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS) sejak dua hari lalu.
Sijil halal PastaMania sebenarnya diperbaharu setelah tempoh sijil halal itu tamat pada 31 Januari lalu. Malah, Muis telah pun memperbaharui sijil halal restoran itu semalam dan sijil halal akan dipamerkan di cawangan-cawangan PastaMania tidak lama lagi.
Dalam berita angin yang tersebar itu, e-mel itu menyatakan sijil halal PastaMania ditarik balik kerana ham ayam yang mereka gunakan mengandungi daging babi.
'Tempoh sijil halal PastaMania tamat pada 31 Januari lalu dan syarikat itu menghantar permohonan pembaharuan sijil itu pada 28 Januari lalu.
'Muis telah pun meluluskan dan memperbaharu sijil halal PastaMania semalam. Saya ingin tekankan di sini bahawa sijil halal mereka tidak pernah ditarik balik dan restoran itu tidak menjual daging babi seperti yang disebarkan,' jelas Ketua Unit Strategik Pensijilan Halal Muis, Cik Dewi Hartaty Suratty, ketika dihubungi semalam.
Ini merupakan kali pertama PastaMania memperbaharu sijil halalnya setelah mendapat sijil itu setahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PastaMania, Encik Rashid Hassan, berkata berita angin itu mungkin tersebar setelah sijil halal restoran itu diturunkan minggu lalu untuk diperbaharu.
'Pelanggan Islam mungkin tertanyatanya mengapa sijil halal tidak dipamerkan di restoran dan timbullah salah sangka yang menyatakan sijil halal kami ditarik balik.
'Daripada satu e-mel yang disebarkan seorang individu, berita angin itu tersebar luas sehingga tidak terkawal,' jelas Encik Rashid, yang menyatakan sistem e-melnya 'hampir runtuh' kerana mendapat terlalu banyak pertanyaan daripada orang ramai yang ingin mengetahui sama ada berita itu benar atau tidak.
Syarikat itu telah dapat menjejaki individu yang menghantar e-mel tersebut.
'Walaupun individu itu telah meminta maaf, kami sedang menimbangkan pelbagai pilihan sama ada ingin mengambil tindakan lanjut selepas ini kerana ia merosakkan reputasi dan menjejas perniagaan kami,' jelas Encik Rashid.
Beliau berkata ia tidak masuk akal mengapa restorannya tidak menjaga status halalnya sedangkan beliau seorang Muslim dan restoran itu meraih manfaat besar setelah mendapat sijil halal.
'Penjualan kami melonjak sebanyak 30 peratus apabila kami baru mendapat sijil halal dan kini ia stabil dan meningkat sekitar 10 hingga 15 peratus,' kata beliau.
PastaMania, yang mempunyai 23 cawangan, dimiliki sebuah syarikat setempat, PastaMatrix International Pte Ltd, yang bernaung di bawah syarikat induk GlobaMatrix Holdings.
Logged
Mystiq
Satria P.D.C
Offline
Gender:
Posts: 1685
pondering wondering
Re: Alhamdulilah Another HALAL outlet
«
Reply #137 on:
March 02, 2010, 12:41:42 PM »
ni lah orang takder kerja lain...
Logged
Ianna
Lagenda P.D.C
Offline
Gender:
Posts: 37900
Re: Alhamdulilah Another HALAL outlet
«
Reply #138 on:
March 05, 2010, 03:07:43 PM »
Quote from: missycahaya on March 02, 2010, 09:03:47 AM
Any idea is Manhattan Fish is halal oredi?
Quote from: Cyberita 27 Feb 2010
EKONIAGA
Restoran makanan laut The Manhattan Fish Market kini halal
Oleh
Norhaiza Hashim
RANGKAIAN restoran makanan laut Barat, The Manhattan Fish Market (MFM), telah berjaya mendapat sijil halal daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) setelah memohon mendapatkan sijil halal itu pada separuh kedua tahun lalu.
Restoran yang mempunyai lapan cawangan di Singapura itu terkenal kerana menyajikan makanan laut yang segar dalam suasana restoran yang santai.
'Kami ingin lebih ramai pelanggan menikmati makanan kami yang segar dan disajikan dengan cara yang menyeronokkan. Kami yakin di kalangan masyarakat Islam, mereka merupakan penggemar ikan.
'Dengan mendapatkan sijil halal, mereka akan dapat menikmati makanan kami dengan penuh yakin. Kami juga berharap menarik pelancong Timur Tengah menjamu selera di restoran halal kami,' kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFM di Singapura, Encik Davy Wee.
CEO firma runding cara halal Sahl International yang dilantik restoran itu, Encik Shahlan Hairalah, berkata walaupun restoran itu menjual makanan halal, mereka turut menghadapi cabaran dalam proses mendapatkan sijil halal tersebut.
'Ada kalanya restoran itu terpaksa menukar bahan-bahan seperti keju dan sos soya kerana bahan yang digunakan sebelum itu tidak mempunyai sijil halal. Malah, minyak masak yang digunakan turut diubah kepada minyak yang mempunyai sijil halal,' jelas Encik Shahlan.
Perubahan itu memerlukan penyelidikan dan pengembangan (R&D) bagi memastikan rasa makanan tidak banyak berubah dibandingkan dengan makanan asal, kata Pengurus Operasi MFM, Encik Tham Kok Yun.
Memandangkan restoran itu turut menggajikan pekerja asing dari Filipina, Myanmar dan China, beliau berkata latihan turut disediakan untuk mengajar mereka tentang halal haram kerana ada di antara mereka yang tidak pernah mendengar perkataan 'halal'.
Restoran itu mempunyai 260 pekerja dan 35 daripada mereka adalah pekerja Islam.
MFM dimiliki syarikat induk Malaysia, Revenue Valley Sdn Bhd. Selain di Malaysia dan Singapura, MFM juga mempunyai cawangan di Thailand, Arab Saudi dan Indonesia.
Tahun lalu, MFM di Singapura memenangi anugerah Pemilik Francais Terbaik dan Pemilik Francais Antarabangsa Terbaik dalam majlis anugerah FLAward anjuran Persatuan Jual Beli dan Pelesenan Francais (FLA).
Fish & chip Manhattan juga pernah mendapat anugerah fish & chip terbaik di Malaysia.
Restoran itu menjual pelbagai juadah seperti Plater Makanan Laut Manhattan, Udang Louisiana yang Berdesir (sizzling) dan Ikan Bakar Bersama Herba.
Cawangan-cawangan MFM terletak di Plaza Singapura, The Central, Marina Square, White Sands, Junction 8, Iluma, Northpoint dan City Square. Restoran dibuka dari 11 pagi hingga 10.30 malam.
Logged
aUra
P.D.C moderators
Offline
Posts: 15771
i'm feeling so seksa..
Re: Alhamdulilah Another HALAL outlet
«
Reply #139 on:
March 05, 2010, 10:48:00 PM »
Ada chance minta belanje... Walaupun suamiku tak minat ikan2 ni semua
Logged
ros_putih
Hulubalang P.D.C
Offline
Gender:
Posts: 258
Re: Alhamdulilah Another HALAL outlet
«
Reply #140 on:
March 07, 2010, 02:57:58 AM »
....
yippy...akhirnya dah MFM dah halal....
Logged
Nabi s.a.w. bersabda:
"Janganlah kamu saling dengki, saling benci dan saling sinis.
Jadikanlah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara."
[img width=400 height=59]http://www.tickercentral.com/view/3qos/2.png[/img
Haslina
P.D.C moderators
Offline
Gender:
Posts: 930
Re: Alhamdulilah Another HALAL outlet
«
Reply #141 on:
October 18, 2010, 11:04:34 AM »
Wendy's dah halal....
Logged
LIfE iS tOo sHoRt tO SuLk. wHeN yOu lOse, NeVEr lOSe tHe lESSon!
http://peacehaslina.multiply.com
Facebook ID: peacehaslina
AnaYuz
Hulubalang P.D.C
Offline
Gender:
Posts: 95
Re: Alhamdulilah Another HALAL outlet
«
Reply #142 on:
November 28, 2010, 11:29:21 PM »
Anybody boleh bilang i, outlet2 wendy ada kat ane?
Logged
maryatie
Lagenda P.D.C
Offline
Gender:
Posts: 12788
Re: Alhamdulilah Another HALAL outlet
«
Reply #143 on:
November 29, 2010, 08:38:27 PM »
Tampines Century Square baru buka.
Logged
yyy77
Hulubalang P.D.C
Offline
Gender:
Posts: 243
Re: Alhamdulilah Another HALAL outlet
«
Reply #144 on:
December 01, 2010, 08:13:58 AM »
I saw one at Northpoint yishun.
Logged
aUra
P.D.C moderators
Offline
Posts: 15771
i'm feeling so seksa..
Re: Alhamdulilah Another HALAL outlet
«
Reply #145 on:
December 02, 2010, 12:49:15 PM »
Correct location, at gv yishun next to northpoint.
Problem that I see... Long que and slow service
hahaha cannot categorised them as fast food outlet.
Logged
maryatie
Lagenda P.D.C
Offline
Gender:
Posts: 12788
Re: Alhamdulilah Another HALAL outlet
«
Reply #146 on:
December 03, 2010, 11:18:23 AM »
Quote from: aUra on December 02, 2010, 12:49:15 PM
Correct location, at gv yishun next to northpoint.
Problem that I see... Long que and slow service
hahaha cannot categorised them as fast food outlet.
hahahaha tk apa la aura...........the food then super sdpppppppppp......biar lambat asal dpt mkn...hahahahaha
Logged
lynn5121
Panglima P.D.C
Offline
Gender:
Posts: 3160
Re: Alhamdulilah Another HALAL outlet
«
Reply #147 on:
December 03, 2010, 04:02:27 PM »
Quote from: aUra on December 02, 2010, 12:49:15 PM
Correct location, at gv yishun next to northpoint.
Problem that I see... Long que and slow service
hahaha cannot categorised them as fast food outlet.
uik??
i went there during lunch time
no queues and super fast
happy beta
Logged
aUra
P.D.C moderators
Offline
Posts: 15771
i'm feeling so seksa..
Re: Alhamdulilah Another HALAL outlet
«
Reply #148 on:
December 06, 2010, 08:02:03 AM »
Haha kak mar.. Once awhile ok lah.. But the cheese burger cannot make it.. Kita tengok pun tak selera..
Lynn, aku rasa laaaa... Lunch time masih ada mood and energy... Mlm aje slow.. Hahaha que sampai ada lah 30 org.. Hahaha sabo aje laaa
We came back for their classic black pepper.. Haha que for 20min sampai kat counter.. The cashier look blur when i asked for it.. Haha sekali no more laaa... Haha no more but poster still there.. Buat darah up aje.. Hope they had remove it.. I like their bake potato cheese n cheese
Logged
lynn5121
Panglima P.D.C
Offline
Gender:
Posts: 3160
Re: Alhamdulilah Another HALAL outlet
«
Reply #149 on:
December 06, 2010, 08:58:44 AM »
tried their grilled chicken burger
SODAP!!! two thumbs up
Logged
Pages:
1
...
9
[
10
]
11
Go Up
Print
« previous
next »
Jump to:
Please select a destination:
-----------------------------
Umum
-----------------------------
=> Pengumuman
=> Maklum-Balas
-----------------------------
Perkahwinan
-----------------------------
=> Anakku Duniaku
-----------------------------
Kehidupan Seharian
-----------------------------
=> Kedai Kopi
=> Dunia Hiburan
=> Buka Minda
-----------------------------
Lain-lain
-----------------------------
=> Cakap I.T
=> Bahasa Dunia
=> Sentuhan Rohani
Loading...