Pages: [1] 2 3   Go Down
  Print  
Author Topic: Siri Syarahan  (Read 8965 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
cukoktongkol
Hulubalang P.D.C
**
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 565



« on: February 09, 2007, 10:09:24 AM »

Untuk forummers yang budiman, dipersilakan hadir untuk ke syarahan yang di bawah ini. Semoga di beri lapang waktu untuk menghadiri syarahan-syarahan ini. Amiin.

Logged

"Seutama-utama zikir adalah La ilaha illallah..dan seutama-utama doa adalah Alhamdullilah"
cheguThamrin
P.D.C moderators
******
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 10650



WWW
« Reply #1 on: February 09, 2007, 10:15:08 AM »

PS: Kepada yang berminat sahaja. Bukan untuk yang ragu-ragu / musykil ttg ibadah ini.  Cool
Logged


= cakap depan-depan terang terang; cakap belakang nanti kena kentot =
cukoktongkol
Hulubalang P.D.C
**
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 565



« Reply #2 on: February 15, 2007, 09:54:24 AM »

Muslimin & Muslimat dipersilakan hadir....

Logged

"Seutama-utama zikir adalah La ilaha illallah..dan seutama-utama doa adalah Alhamdullilah"
cukoktongkol
Hulubalang P.D.C
**
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 565



« Reply #3 on: April 10, 2007, 09:24:36 AM »

Di sini saya lampirkan lagi satu Siri Syarahan Oleh Sayyidunal Habib Thohir Abdullah Alkaff sekali lagi......Semua Muslimin & Muslimat dipersilakan hadir.

Logged

"Seutama-utama zikir adalah La ilaha illallah..dan seutama-utama doa adalah Alhamdullilah"
Ibn Ustman
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Posts: 1632



« Reply #4 on: June 01, 2007, 06:10:03 PM »


Assalamu'alakum Semua,

Untuk Informasi Anda Semua.



Eksklusif Bersama[/size]

  Dr.Mohd Asri Zainul Abidin - Mufti Perlis Darul Sunnah

   " Kehidupan Saya Hari Ini "

   Pada  -  Ahad 10 Jun 2007
   Jam   -  10.30 pagi - 12.30 t/hari
  Tempat  -  Oditorium Masjid Assyakirin

   Sinopsis

   1. Mengenali Dr.Asri dengan lebih dekat lagi.

   2. Mencontohi pencapaian akademik Dr.Asri dalam mempersiapkan pencapaian
       anak-anak pada masa hadapan.

   3. Mencontohi sifat-sifat positif yang dikongsikan melalui sesi ini bagi hadirin
       menangani cabaran-cabaran masa kini.

   4. Mengetahui penerimaan keluarga Dr.Asri menghadapi rintangan dan cubaan
       semasa beliau menjalankan tugasan harian

   Program Anjuran Masjid Assyakirin dengan Kerjasama Persatuan Al-Qudwah



Logged

IMAN INSIDE
Put It On The Right Direction
Ibn Ustman
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Posts: 1632



« Reply #5 on: June 01, 2007, 06:20:55 PM »


CERAMAH AGAMA

    TAJUK CERAMAH

    SIKAP & PERMIKIRAN KITA

    PENSYARAH

    DR.MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
    (Mufti Perlis Darul Sunah)

    Pada  -             SABTU 9 Jun 2007
    Waktu   -          LEPAS SHOLAT ISYA'
    Tempat  -         Masjid AR-RAUDHAH


Sinopsis:

         1)  Sikap & cara pemikiran orang melayu.

         2)  Identiti & bangga dgn sejarah melayu.

         3)  Berbezanya cara berfikir antara melayu & islam.

         4) Pembaruan yg dipedulikan.

         5) Menuju masyarakat cemerlang.


 Program Anjuran Masjid Assyakirin dengan Kerjasama Persatuan Al-Qudwah



Logged

IMAN INSIDE
Put It On The Right Direction
Ahl_Sunnah_wal_Jamaah
Anak Keladi P.D.C
*
Offline Offline

Posts: 17


« Reply #6 on: July 12, 2007, 10:51:46 AM »

Dr Asri ialah pemuka 'kaum muda' terbaru Malaysia, yang pemikiran dan pendekatannya ialah kepada fahaman Wahabbi/Salafi.  Maka pendapat-pendapat beliau tidak jarang adalah bertentangan dengan pendapat jumhur ulama ahli sunnah wal jamaah. 

Para ulama Ahli Sunnah wal Jamaah seperti kita tahu tidak hanya berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah Rasulallah saw dengan kuat, tetapi juga menggunakan kaedah Qiyas dan Ijma' Ulama di dalam perkara2x baru di mana tiada dalil yang konkrit pada kedua-dua Al-Quran dan Sunnah boleh di dapati.

Ijma' ulama itu justru mendukung Hadis Nabi, yang lebih kurang bermaksud jika timbul fitnah atau permasalahan hukum, maka ikutilah pendapat majoriti umat, kerana yang majoriti tidak akan berada di dalam kesesatan.

Alhamdulillah, dari semenjak timbulnya mazhab-mazhab fiqh, mazhab Ahl Sunnah wal Jamaah berdasarkan Imam Hanbali, Maliki, Abu Hanifah dan Syaafaeii, radhiAllahu 'anhum ajma'in, dari zaman dulu hingga sekarang, merupakan majoriti dalam Islam.  Dan alhamdulillah juga, Islam di rantau ini semenjak awalnya juga adalh majoriti Syaafeii'yun Sunniyyun. 

Maka benarlah kata-kata Rasulallah bahwa keberadaan mazhab adalah salah satu rahmat bagi ummat. 

Perlu di ketahui juga bahawa melecehkan mazhab yang empat itu adalah satu fenomena yang relatif baru (kurang dari satu abad), dan tidak wujud pada zaman-zaman sebelumnya dimana Islam adalah satu peradaban gemilang. 

Mereka para pendiri mazhab dan ulama'-ulama yang mengikut jejak-jejak mereka seperti Imam Nawawi, Ibn Hajar, Imam Sya'rani, Imam Al-Haddad dll adalah sebenar-benar penerus Nabi saw dan juga amat takut dan gerun dengan Dzat Maha Pencipta, Jalla Jalaluh.

Yang lain dari Ahl Sunnah wal Jamaah (Mazhab 4) adalah minoriti dan insyaAllah terus terpinggir.   

Menjelang National Day ini, semoga rakyat Muslim Singapura khasnya dan rakyat Singapura amnya senantiasa di rahmati Allah swt.
Wallahu a'lam...
« Last Edit: July 12, 2007, 10:54:24 AM by Ahl_Sunnah_wal_Jamaah » Logged
Ibn Ustman
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Posts: 1632



« Reply #7 on: July 12, 2007, 01:47:32 PM »

My P.O.V.

Hendaklah kita melihat menerusi kerangka Islam yang menyeluruh,
bukan sekadar sentimen atau fahaman kita sahaja.

Janganlah kebencian kepada seseorang dengan perbeza’an permikiran(fikrah) atau puak,
menyebabkan kita tidak adil kepadanya.

Firman Allah :

“Wahai orang- orang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”
[al- Maidah: 8]

Faktor yang menyebabkan hal ini adalah kerana menghukum berdasarkan sentimen.
Sepatutnya, persoalan ilmiah dijawab secara ilmiah. Jangan terbawa-bawa dengan sentimen,
lantas menjadikan tomahan sebagai pendekatan dalam persoalan ilmiah syarak.
Jangan tafsir, hukum semua perkara dengan nada sentimen.

Penilaian sesuatu kebenaran adalah dalil dan hujah bukan sekadar pandangan mereka
yang ‘Sekapal’ dengan kita. Jangan kerana seseorang itu, tidak ‘Satu Kem’ ,
maka semua pandangannya ditolak.

Nilailah pandangan-pandangan tersebut dengan Nilaian Ilmiah.
Logged

IMAN INSIDE
Put It On The Right Direction
cheguThamrin
P.D.C moderators
******
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 10650



WWW
« Reply #8 on: July 12, 2007, 01:50:28 PM »

Eh apa dah...
Ni segmen untuk notis pemberitahuan ceramah2 yg diadakan di masjid2 di sekitar SG.  Grin
Logged


= cakap depan-depan terang terang; cakap belakang nanti kena kentot =
Ibn Ustman
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Posts: 1632



« Reply #9 on: July 12, 2007, 01:59:20 PM »

Salah Channel Cekgu eh ?

Maaf Cekgu, saya salah.....
Logged

IMAN INSIDE
Put It On The Right Direction
cheguThamrin
P.D.C moderators
******
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 10650



WWW
« Reply #10 on: July 12, 2007, 02:02:57 PM »

Maaf diterima. Padahal dia sendiri pernah post di sini.

Kalau tak silap, Masjid Kg Siglap ada menganjurkan beberapa siri syarahan kan?
Logged


= cakap depan-depan terang terang; cakap belakang nanti kena kentot =
Ibn Ustman
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Posts: 1632



« Reply #11 on: July 12, 2007, 02:08:04 PM »

Betol chegu,betol  ;D

Masjid Ar-Raudhah dengan Masjid Assyakirin lah.. ;D
Logged

IMAN INSIDE
Put It On The Right Direction
cheguThamrin
P.D.C moderators
******
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 10650



WWW
« Reply #12 on: July 13, 2007, 10:20:37 AM »

Quote
FORUM DERMA ORGAN DI MASJID AL-IMAN MALAM INI


MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) akan menganjurkan satu forum pendermaan organ malam ini Masjid Al-Iman, Bukit Panjang.

Penceramah forum dari 9 hingga 10.30 malam itu ialah Timbalan Mufti, Ustaz Mohd Fatris Bakaram, dan Ketua Pejabat Mufti, Ustaz Nazirudin Nasir.

Menurut kenyataan Muis kelmarin, forum itu dianjurkan dalam rangka meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat mengenai isu pendermaan organ, yang turut disentuh dalam khutbah Jumaat minggu lalu.

Kenyataan itu menukil perangkaan terbaru Kementerian Kesihatan (MOH) yang mendedahkan pesakit Islam membentuk 21 peratus daripada 566 pesakit yang berada dalam senarai menunggu untuk pemindahan organ.

Setiap tahun pula, sekitar 24 pesakit meninggal dunia sementara menantikan pemindahan organ.

Dalam pada itu, bilangan orang Islam yang mengikrar organ berkurangan 91 peratus pada 2006, berbanding pada 2004. Hanya 87 Muslim mengikrarkan organ mereka pada tahun lalu.

'Memandangkan keadaan yang agak meruncing ini, Muis telah mengedarkan lebih 50,000 naskhah buku panduan mengenai pemindahan organ dalam usaha meningkat kesedaran dan pemahaman masyarakat mengenai isu tersebut pada Jumaat lalu,' kata kenyataan Muis.

Dalam khutbah solat Jumaat lalu, Muis menggesa masyarakat Islam agar tidak ragu-ragu mengikrar ginjal kerana Islam membolehkan pendermaannya.

Mereka juga tidak perlu bimbang mengenai persoalan adakah ginjal mereka diberi kepada orang Islam atau bukan Islam kerana saling membantu, atau ta'awun, adalah prinsip Islam.

Ia menarik perhatian adalah tanggungjawab bersama masyarakat untuk membantu melegakan derita pesakit serta keluarga mereka.
Logged


= cakap depan-depan terang terang; cakap belakang nanti kena kentot =
Dinginbayu
Hulubalang P.D.C
**
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 86



WWW
« Reply #13 on: July 19, 2007, 03:56:27 PM »

http://dinginbayu.multiply.com/journal/item/335

Md. Fadhli Md Ikbal
menggunakan teknik penghafalan Al-Quran dalam peperiksaan PSLE.
Beliau menjadi pelajar PSLE kedua terbaik di Singapura pada tahun 2006.
Kini menuntut di sekolah menengah Raffles,
Md Fadhli telah menghafal lebih dari 15 juzuk Al-Quran.
 
Mardhiyah Bte Md. Yusoff
telah menghafal 30juz Al-Quran.
Mardhiyah adalah pemenang bagi Ujian Tahfiz 30 Juzuk
yang pertama diadakan di Singapura pada bulan lalu.
Beliau sekarang adalah guru sambilan di Darul Quran.
 
MEREKA AKAN BERKONGSI PENGALAMAN DALAM FORUM
"Pengalaman Saya Menghafal Quran"
bersama moderator NAZREY (bekas vokalis kumpulan Raihan)
 
sila hubungi: Masjid Kampung Siglap di talian
6243 7060 untuk pendaftaran percuma
SEKARANG


*****   *****   KERABAT-MKS   *****   *****

Kerabat-MKS adalah wadah bagi Masjid Kg Siglap Singapura mengumumkan kegiatan-kegiatan yang dianjurkannya. Para anggota juga akan mendapat artikel-artikel agama dari masa ke semasa.

Sekiranya anda berminat untuk mengangotai KERABAT-MKS, sila hantarkan emel anda ke
kerabat-mks-subscribe@yahoogroups.com

Harap sebarkan maklumat di atas kepada kenalan-kenalan anda.

+++++      +++++     +++++
Logged

ORANG YANG BERPENYAKIT DENGKI ITU PUNYA CIRI, YAITU - SENANG MELIHAT ORANG LAIN SUSAH - DAN SUSAH MELIHAT ORANG LAIN SENANG
norm
Panglima P.D.C
****
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 3621



« Reply #14 on: July 19, 2007, 11:41:29 PM »

Side track sikit... Dgr2 cara hafal Al-quran ialah setiap hari baca satu ayat sebanyak 40 kali.. Insya Allah, lama kelamaan dapat hafal semuanya...
Logged

Pages: [1] 2 3   Go Up
  Print  
 
Jump to: