Izinkan saya menambah sepatah dua kata di sini, ya...
Seperti dikatakan; melentur buluh biar dari rebungnya, benih yg baik, akan tumbuh sebuah pulau di mana jua... dan terserah kepada setiap ibu bapa mewarnakan / mencorakkan anak2 mereka yg dilahirkan ibarat sehelai kain putih bersih... malah, ibu bapa kita juga seharusnyalah contoh terbaik kita, bapak borek anak rintik... di mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi...?
Maka di atas tanggungjawab bersama inilah anak itu harus dididik dan diberikan segala perhatian, mulai dari memenuhi keperluan emosinya dengan kasih sayang dan pembelaan yang secukupnya, membawa kepada penanaman nilai-nilai akhlak kerohanian yang mantap dan pelajaran yang secukupnya untuk menjadi manusia yang berguna kepada ALLAH dan manusia seluruhnya.
Susila rakyat; Negara mendahului kaum, masyarakat mendahului diri... maka, jika kita mahukan masyarakat kita bebas dari dibelenggu masalah moral seperti ini, adakah kita sudah bersedia untuk bersama menanganinya dengan satu suara?
Tidak mudah; tidak mustahil jua...

Benar sekali... namun bagaimana caranya untuk kita mengkhabarkan kepada remajaČ di luar sana bahawa mereka punya tempat rujukan dan bantuan kira perlu? Mereka bukan bersendirian.... sebab setiap yang mereka rasa dan alami telah terlebih dahulu dialami oleh yang lebih berusia.
... dan juga adalah menjadi tanggungjawab kita bersama, seluruh masyarakat serta keluarga untuk sama-sama menggerak gempurkan kepentingan mendirikan solat dalam kehidupan seharian. Justeru solat itu sebenarnya mampu menjadi penghalang dari sebarang kemungkaran. Bilamana setiap individu Muslim menghayati apa yang diucapkan di bibir dan apa yang dipasakkan di dalam hati;
sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH tuhan semesta alam tiada sekutu baginya dan demikianlah aku diperintahkan dan aku adalah termasuk di dalam golongan orang-orang Islam.Semoga dengan kita memberi keutamaan kepada ALLAH, pasti akan dipermudahkan segala gerak kerja kita, dan menyelesaikan sebarang kemelut yang melanda. Maka dengan itu, akan lahirlah sebuah masyarakat Islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang... InsyaAllah.
Harapan saya semoga apa yang telah disajikan di dalam rancangan 'Hanyut' dapat menyampaikan mesej yang bermanfaat kepada masyarakat kita.
Saya sekadar insan yang prihatin...

Terima kasih.