Pages: [1] 2   Go Down
  Print  
Author Topic: Selamat Menyambut kedatangan Ramadhan  (Read 4225 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Dnora
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1893


Orlando Bloom lookalike?? *sigh!*


WWW
« on: September 15, 2006, 12:07:19 PM »

Selamat Menyambut Ramadhan

Wishing all Muslim friends - selamat berpuasa..

Ramadhan hampir menjelang dan persiapan hendaklah diadakan dengan memahami cara beramal di bulan Ramadhan mengikut sunnah dan jangan menjalani ibadah Ramadhan mengikut adat kerana Rasullah pernah bersabda didalam hadisnya :

Barang siapa menghidupkan sunnahKu ketika rosak umat-Ku maka baginya mendapat pahala seratus syahid. Oleh itu berhati-hatilah melakukan amal supaya mempunyai nilai yang tinggi dan mendapat kesan yang baik disepanjang bulan Ramadhan dan dibawah ini dicatatkan amalan-amalan mengikut sunnah.

CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN

1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan.

2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.

3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.

4. Solat Tarawikh 20 rakaat.

5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.

6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.

7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)

8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.

9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.

10.Jangan tidur sesudah sahur.

11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.

12.Tadarus pendek.

13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.

14.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.

15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.

16.Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.

17.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)

18.Solat Zuhur berjemaah.

19.Tadarus pendek.

20.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.

21.Solat Asar berjemaah di Masjid.

22.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.

23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.

24.Segera Solat Maghrib di Masjid.

25.Makan malam bersama keluarga.

26.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.

KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN

1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah sunah setahun.

2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar khas di Syurga.

3. Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah pandang dengan penuh kasih sayang.

4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah dan Mariam.

5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya di akhirat.


Mengurangkan berat badan di dalam menjalani ibadah Ramadhan

1. Sebelum puasa timbang badan

2. Kawal berbuka puasa

3. Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa akan semakin kurang berat badan

4. Elakan daripada makan berlebihan


RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN

1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.

2. Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan dengan sempena Nuzul Quran.

3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr :

i. Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.

ii. Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah

iii. Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran, Ayat Kursi, Surah Al Baqarah terakhir (Amanarrasul), Surah Az-zalzalah, Suraah Al Kafirun, Surah al Ikhlas dan Surah Yasin.

iv. Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.

v. Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat Wuduk, Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat Taubat, Solat Istikarah.

vi. Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan terharu maka inilah tanda-tanda mendapat Lailatul Qadar.

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN

i. Pastikan Tarawikh terakhir

ii. Ucapkan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yang akan datang.
Logged


zaries
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1675


cenyum arrr..


« Reply #1 on: September 15, 2006, 12:28:54 PM »

SELAMAT menyambut Ramadhan juga Dnora dan semua forummers sekalian.  Grin
Logged

SweetLuv
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1074


The Sweetest Luv.......


« Reply #2 on: September 17, 2006, 01:05:38 PM »

Selamat Menyambut Ramadhan Yang Mulia.............
Logged

lyna
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Posts: 1483



« Reply #3 on: September 17, 2006, 08:30:23 PM »

Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat menjalani ibadah puasa tak lama lagi....
Logged

Kalau bukan rezeki kita DISINI mungkin rezeki kita DISITU... Namun DISITU itu jarang-jarang pula disedari....
Dinginbayu
Hulubalang P.D.C
**
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 86



WWW
« Reply #4 on: September 18, 2006, 10:50:14 AM »

http://www.geocities.com/april9_dec11/ramadan.pps

Logged

ORANG YANG BERPENYAKIT DENGKI ITU PUNYA CIRI, YAITU - SENANG MELIHAT ORANG LAIN SUSAH - DAN SUSAH MELIHAT ORANG LAIN SENANG
rina
Lagenda P.D.C
******
Offline Offline

Posts: 13746



« Reply #5 on: September 18, 2006, 10:51:45 AM »

Selamat Menyambut Ramadhan Yang Mulia to all forummer  Grin
Logged
lashesncurls
Panglima P.D.C
****
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 3162



« Reply #6 on: September 18, 2006, 11:08:30 AM »

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan yang Mulia...Insya-allah...

Mudah2an forummers semua mendapat puasa yg terbaik...Amin...
Logged
YaYa
Panglima P.D.C
****
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 2843


WWW
« Reply #7 on: September 18, 2006, 11:18:03 AM »

Ramadhan Al-mubarak

Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua.  Semoga ibadah2 kite diterima Allah insya-Allah.
Logged

Dnora
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1893


Orlando Bloom lookalike?? *sigh!*


WWW
« Reply #8 on: September 19, 2006, 09:57:05 AM »

Another one to share...  Smiley


SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK

Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
Cool Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan
* doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
* juga doa pada sepertiga malam.
10)10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
10 hari pertengahan - pengampunan,
10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
Cool Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) hadiri majlis ilmu
21) Buat baik pd ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pd suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)
1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al
Qadar
2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang
* Baca ayat akhir surah Al Baqarah
* Baca ayat Kursi
* Baca surah Yaasin
* Baca surah Al Zalazah
* Baca surah Al Qafirun
* Baca surah Al Ikhlas
3) Bagi orang yamg kuat dan cergas
* Bangunkan isteri dan anak
* Mandi
* Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )
* Tarikh turunnya Al Quran
* Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik

Cara Sambut Hari Raya
Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untukberehat telah berakhir. Adalah di cadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni.

Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal,semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd kita Takbir Di Malam Raya Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya.

Mengikut riwayat,bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan berlaku di dalam musim sejuk,kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) di akhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir.Kesimpulannya Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh keberkatan,pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia.

Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.*Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin....Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak,suami dll). Insyaallah cuba amalkan.

Wallahua'llam.
SELAMAT BERPUASA

Logged


Irdinah
Hulubalang P.D.C
**
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 389



« Reply #9 on: September 19, 2006, 10:25:37 AM »

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan yang Mulia...Insya-allah...

Mudah2an forummers semua mendapat puasa yg terbaik...Amin...
Logged
pppsssttt
Hulubalang P.D.C
**
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 363


Bede-bede pe'i


« Reply #10 on: September 19, 2006, 01:53:47 PM »

SLAMAT DATANG RAMADHAN....  Tongue
Logged

halin
P.D.C moderators
******
Offline Offline

Posts: 15021


سايڠ سموا


WWW
« Reply #11 on: September 19, 2006, 02:00:42 PM »

SLAMAT DATANG RAMADHAN....  Tongue<------------ :Smiley :Smiley hmmmm Huh? Huh?

Logged

MaNusIa yAnG bErAkaL iAlaH MaNusIa yAnG sUka mEneRimA dAn mEmiNtA nasIhAt....
cheguThamrin
P.D.C moderators
******
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 10650



WWW
« Reply #12 on: September 23, 2006, 12:39:40 AM »

http://msnbc.msn.com/id/14945963/?GT1=8506

Quite inspiring~

Quote
WASHINGTON - Chris Moore was an aspiring rock musician with earrings and a shaved head when he walked into a Northern Virginia mosque a dozen years ago and began asking questions about Islam....

Moore, who no longer shuns music, is looking forward to the rigors of Ramadan. Although his current reading assignments from St. John's include "King Lear" and "The Canterbury Tales," he said he will strive to complete the traditional Ramadan practice of reading the Koran, a book of more than 6,000 verses, "from cover to cover" over the next 30 days.

He also, of course, will be fasting from dawn to sunset, a sacrifice that the Koran teaches is prescribed for Muslims "in order that you should become God-conscious," Moore said.

"Ramadan is a very personal affair," he added, noting that no one but God knows if you are truly fasting or sneaking a bite to eat. "Everyone can see that you're praying," he said. "But fasting -- how can you tell?"

« Last Edit: September 23, 2006, 12:43:48 AM by cheguThamrin » Logged


= cakap depan-depan terang terang; cakap belakang nanti kena kentot =
SyarahD
Hulubalang P.D.C
**
Offline Offline

Posts: 547



WWW
« Reply #13 on: September 23, 2006, 12:46:27 AM »

SubhanAllah.
Logged


Mothers hold their children hands awhile, and their hearts forever!
Supercross
Panglima P.D.C
****
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3554


I'll be watching


« Reply #14 on: September 23, 2006, 05:14:29 AM »



Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua forummers sekalian
« Last Edit: September 24, 2006, 10:48:05 AM by Supercross » Logged


"I'm a nice shark, not a mindless eating machine. If I were to change this image, I must first change myself. Fish are friends..........not food "
Pages: [1] 2   Go Up
  Print  
 
Jump to: