Pages: 1 2 [3]   Go Down
  Print  
Author Topic: UMIE AIDA LAKON FILEM DUKUN  (Read 5842 times)
0 Members and 2 Guests are viewing this topic.
khairill
Mahaguru P.D.C
*****
Offline Offline

Posts: 6369



« Reply #30 on: April 13, 2007, 11:59:27 AM »

Kontroversi Dukun
Oleh Farihad Shalla Mahmud




Astro Shaw nilai semula filem dikaitkan dengan Mona Fandey

BELUM lagi menemui khalayak, filem Dukun terbitan Astro Shaw sudah mula dihimpit kontroversi. Khabar yang sampai di meja Hip baru-baru ini menyatakan filem yang menampilkan Umie Aida sebagai pelakon utama ini berkemungkinan besar tidak akan ditayangkan kepada umum.



Malah, lebih panas lagi, keputusan untuk ‘memeram’ filem itu ada kena-mengena dengan surat bantahan yang dikeluarkan pihak keluarga Allahyarham Mona Fandey yang mendakwa filem itu ada kaitan dengan kes pembunuhan paling menggemparkan di Malaysia pada 1993, membabitkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang, Allahyarham Datuk Mazlan Idris yang akhirnya mengheret dukun dan bekas penyanyi rakaman itu ke tali gantung pada 2001.

Apakah sebenarnya yang berlaku kepada filem arahan Dain Iskandar Said itu? Jika benar ia tidak mungkin ditayangkan atas alasan yang diberikan, nyata ia merugikan masa, wang dan tenaga banyak pihak yang terbabit dalam pembikinan filem itu.

Sehingga kini, sudah beberapa kali pihak Astro Shaw menunda tarikh tayangannya selepas bulan Mac dipilih dan apa yang boleh dikatakan hanya poster saja yang gah terpampang di pawagam.

Pengarah Eksekutif Astro Shaw Tengku Datuk Anuar Mussaddad ketika mengulas perkara itu berkata buat masa ini pihaknya masih belum dapat memutuskan status filem yang sudah selesai menjalani penggambaran sejak Julai tahun lalu sama ada ditayangkan kepada umum atau pun diperam.

“Buat masa ini pihak kami masih dalam peringkat membuat penilaian semula terhadap keseluruhan isi kandung filem itu. Ini bagi memastikan mesej dan cara penceritaannya tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

“Penilaian yang dibuat secara komprehensif ini juga semata-mata untuk mengelakkan penonton atau audiens membuat persepsi yang salah dan terpesong dari maksud sebenar filem itu dihasilkan,” kata Anuar ketika ditemui Hip, baru-baru ini.

Tanpa menyatakan siapakah panel yang bakal terbabit dalam penilaian filem itu, Tengku Anuar berkata pihaknya juga tidak dapat memberikan jangka masa sebenar bila penilaian itu akan dibuat serta tarikh tayangan.

“Kami memandang serius dengan isu yang digembar-gemburkan iaitu filem ini kononnya diadaptasikan dari kisah benar pembunuhan kejam seorang ahli politik. Namun ingin saya perbetulkan di sini bahawa filem Dukun bukan berdasarkan kepada kisah hidup mana-mana pihak.

“Filem ini sebenarnya lebih kepada bagaimana seorang peguam menyelesaikan sebuah kes pembunuhan serta perjalanan sebuah perbicaraan. Itu saja.

“Pihak kami tidak berhasrat untuk mengaibkan mana-mana pihak tetapi lebih kepada menunjukkan bagaimana Malaysia mengamalkan undang-undang yang telus di mana setiap perbuatan jahat pasti menerima hukuman yang setimpal,” tegasnya mengulas filem yang skripnya ditulis Huzir Sulaiman ini.

Ditanya apakah benar pihaknya ada menerima surat bantahan dari pihak keluarga Allahyarham yang meminta mereka menarik balik tayangan filem berkenaan, Anuar menafikan dakwaan itu.




“Setakat ini apa yang boleh saya katakan pihak kami tidak ada menerima sebarang surat bantahan secara rasmi ataupun tidak daripada keluarga Allahyarham.

“Seperti yang saya tegaskan, penilaian yang ingin kami lakukan ini adalah untuk melihat apakah benar adanya persamaan antara filem ini dengan apa yang berlaku kepada keluarga Allahyarham. Itu yang perlu kami lakukan dulu sebelum ia berlanjutan ke perkara lain,” jelasnya sambil meminta perkara ini tidak diperbesarkan kerana filem Dukun menawarkan lebih dari sebuah hiburan kepada penonton.

Apapun seandainya benar filem ini diharamkan dari ditayangkan kepada khalayak tentunya keputusan itu dianggap sebagai satu kerugian kepada dunia perfileman serta warga kerja filem itu sendiri yang begitu bersungguh-sungguh sewaktu menghasilkannya.

INFO
Dukun


Filem yang menelan belanja RM2 juta ini memaparkan kisah dukun wanita bernama Diana Dahlan yang menggunakan ilmu hitam dalam mengamalkan perubatan tradisional.


Selain Umie Aida, filem ini turut menampilkan Faizal Hussein, Hasnul Rahmat, Avaa Vanja dan Bront Palarae sebagai pelakon.
Logged

Selamat Hari Raya
makcik
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 2130



« Reply #31 on: April 15, 2007, 09:08:01 AM »

saya ada terbaca artikel pasal mona fandey ni di variasari kalau tak silap lah,
semasa di penjara seorang ustaz telah mengajak ketiga2 arwah ini bertaubat
rasa2 nya mereka sudah bertaubat dan mudah2an Allah terima ruh nya
cuma kesian nasib anak nya yg sentiasa terpinggir dek perbuatan arwah ibu nya :'(
Logged
khairill
Mahaguru P.D.C
*****
Offline Offline

Posts: 6369



« Reply #32 on: April 20, 2007, 08:51:10 AM »

Umie tidak memilih

Oleh Mohd Nasif Badruddin

Seronok jadi dukun: Umie mengaku watak Diana Dahlan sungguh mencabar, namun enggan ulas kenapa filem itu tidak ditayangkan kepada umum

KONTROVERSI filem Dukun terbitan Astro Shaw yang berkemungkinan besar tidak akan ditayangkan kepada umum membuatkan pelakon utamanya, Umie Aida, mengambil pendekatan ‘berdiam diri’ bagi mengelakkan sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan keputusan tayangannya nanti.



Difahamkan, keputusan untuk ‘memeram’ filem itu ada kena mengena dengan surat bantahan keluarga Allahyarham Mona Fandey yang mendakwa filem itu ada kaitan dengan kes pembunuhan paling menggemparkan di Malaysia pada 1993, membabitkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Pahang, Allahyarham Datuk Mazlan Idris yang akhirnya mengheret dukun dan bekas penyanyi itu ke tali gantung pada 2001.

“Saya tidak boleh berikan sebarang komen kerana keputusan tayangannya belum lagi dibuat. Apabila sudah ada hitam putih, barulah saya boleh jelaskan lebih lanjut.

“Dalam filem arahan Dain Iskandar Said yang menelan belanja RM2 juta ini, ia memaparkan kisah dukun wanita lakonan saya bernama Diana Dahlan, yang menggunakan ilmu hitam dalam mengamalkan perubatan tradisional.

“Selain saya, filem ini turut menampilkan Faizal Hussein, Hasnul Rahmat, Avaa Vanja dan Bront Palarae sebagai pelakon,” katanya.

Berbicara mengenai wataknya dalam filem ini, Umie Aida atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad, berkata penggambaran filem ini sangat menarik tetapi mencabar kewibawaannya sebagai pelakon kerana pertama kali diberi watak bomoh yang bersifat pendendam seperti ular.

“Walaupun filem ini agak seram namun Alhamdulillah, tiada kejadian tidak diingini berlaku sepanjang penggambaran. Malah, ia memberikan pengalaman baru buat saya sepanjang 15 tahun bergelar pelakon,” katanya.

Sebelum ini, Pengarah Eksekutif Astro Shaw, Tengku Datuk Anuar Mussaddad, berkata pihaknya masih belum dapat memutuskan status filem yang sudah selesai menjalani penggambaran sejak Julai tahun lalu sama ada ditayangkan kepada umum atau diperam.

Mereka masih dalam peringkat membuat penilaian semula terhadap keseluruhan isi kandungan filem itu bagi memastikan mesej dan cara penceritaannya tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Kewibawaan adik kepada pengarah dan pelakon Erma Fatima ini sebagai pelakon tidak perlu dipertikaikan lagi apabila dia pernah mengungguli anugerah Aktres Terbaik dalam Festival Filem Malaysia Ke-16 serta Anugerah Skrin 1999 dan 2001.

“Biarpun saya sudah mencuba pelbagai watak sepanjang bergelar anak seni, tetapi masih banyak watak yang saya impikan membawakannya berulang kali seperti filem ini.

“Ada juga keinginan untuk membawakan watak yang lasak dan agresif seperti hobi baru sekarang gemar menyelam. Asalkan ia bersesuaian dan kena pada waktunya, saya tidak kisah diberikan apa jua watak sama ada protagonis ataupun antagonis,” katanya.

Menyorot perkembangan terkininya, Umie baru saja menamatkan penggambaran filem Kala Malam Bulan Mengambang terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd. Filem arahan Mamat Khalid ini amat unik kerana dihasilkan dalam format hitam putih (film noir). Malah, dia cukup seronok kerana pertama kali berpeluang bekerja dengan pengarah yang kreatif itu.

“Kala Malam Bulan Mengambang mengisahkan penulis akhbar Warta Selat, Salleh, cuba membongkar misteri kehilangan sekumpulan pemuda pada setiap kali bulan mengambang.

“Ia berkisar pada 1956, setahun sebelum Merdeka. Filem ini turut menyelitkan elemen patriotik selain unsur perpaduan pelbagai kaum dengan adanya watak orang Melayu, Cina, India dan Sikh,” katanya.

Dalam filem ini, Umie bergandingan bersama Rosyam Nor sebagai watak utama. Kali terakhir mereka berlakon bersama menerusi drama Rindu Semakin Jauh. Selain Umie dan Rosyam, Kala Malam Bulan Mengambang turut diterajui Farid Kamil, Avaa Vanja, Korie, Corrine Adrienne, David Teo dan Kuswadinata.

Selain itu, Umie kini menanti tayangan filem Cuci tahun ini yang menggandingkannya dengan Hans Isaac, Erra Fazira, Afdlin Shauki, AC Mizal dan Awie.

Ditanya mengenai penampilan barunya sekarang yang kelihatan lebih muda dan anggun dengan berambut pendek, Umie berkata dia rasa ‘lemas’ dengan rambut panjang sebelum ini menyebabkannya cuba berubah dengan imej baru.

“Mungkin ada yang tertanya kenapa tiba-tiba saya berambut pendek, sebenarnya tiada sebarang nazar. Saya sekadar cuba tampil dengan imej baru, lagipun rambut boleh tumbuh semula dan ia bukan persoalan besar yang perlu diselidiki,” akhirnya.
Logged

Selamat Hari Raya
dee.anna
Mahaguru P.D.C
*****
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 6435



« Reply #33 on: October 15, 2009, 09:31:39 AM »

cerita ni terus tak keluar ke or did i miss it?

anyway, she got engaged recently to a Datuk K. wedding will be early next year.
Logged

  
Aslin
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1387


Cium Sikit Boleh? Sikit jer..


WWW
« Reply #34 on: October 15, 2009, 01:52:49 PM »

Huh? She engaged to Datuk K?? Shock
Logged

A successful team is a group of many hands but of one mind - Bill Bethel
Ianna
Lagenda P.D.C
******
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 37901



« Reply #35 on: October 15, 2009, 02:16:31 PM »

i tot itz Abang K as per the pic that i got via email  cheesy


skarang kat sini susah plak nak upload pic since dah kena block by my comp!  banghead
Logged

ChocoLatte
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 2232



« Reply #36 on: October 15, 2009, 02:26:53 PM »

haha Abang K panggilan manja umie untuk dia. i saw the photos online..muka mcm datuk K..tapi cina2 sikit.
Logged

Ianna
Lagenda P.D.C
******
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 37901



« Reply #37 on: October 15, 2009, 02:32:16 PM »

misai dia jer yg sama.... kan??  hah   Naughty
Logged

ChocoLatte
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 2232



« Reply #38 on: October 15, 2009, 02:55:32 PM »

 2funny

yes!
Logged

manja
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1564


أَشْهَدُ أن لاَ اِلَهَ إلا اللهُ


WWW
« Reply #39 on: October 15, 2009, 04:21:29 PM »

cite ni ku nanti nanti tapi takde pon terkeluar terus kena banish!

ya i pon read abt Umie and Datuk K, but not datuk CT nye datuk k ah..misai tebal menjadi impian ramai artist cantik eh?!

 lmao lmao lmao
Logged



dee.anna
Mahaguru P.D.C
*****
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 6435



« Reply #40 on: October 16, 2009, 11:43:24 AM »

lmao hurhurhur...K stands for Khairuddin, if mata ni tak silap pandang in Media Hiburan.
Logged

  
Pages: 1 2 [3]   Go Up
  Print  
 
Jump to: