Pages: [1] 2 3   Go Down
  Print  
Author Topic: UMIE AIDA LAKON FILEM DUKUN  (Read 5842 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
dee.anna
Mahaguru P.D.C
*****
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 6435



« on: August 01, 2006, 09:36:53 AM »

Dipetik dari Berita Harian, 1 Ogos 2006.



ANDA masih ingat dengan kisah pelik yang cukup menggemparkan mengenai wanita bernama Mona Fandey satu ketika dulu?

Anda sudah tentu tidak akan lepaskan peluang menonton kisah tersebut yang bakal difilemkan nanti.

Dengarnya, syarikat penerbitan Astro Shaw Sdn Bhd telah memperuntukkan sejumlah RM2.8 juta (kira-kira $1.2 juta) untuk filem yang dijangka diberi judul Dukun itu nanti.

Filem arahan pengarah Dain Iskandar Said telahpun memulakan penggambarannya pada 10 Julai lalu dan bakal ditayangkan pada Disember nanti di seluruh Malaysia.

Aktres Umie Aida (gambar) yang pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-16 menerusi wataknya Embun telah diberikan tanggungjawap membawakan watak utama sebagai Diana Dahlan untuk filem Dukun itu.

Selain Umie Aida, filem tersebut turut dibintangi oleh Adlin Aman Ramlie, penyanyi Elyana dan aktor Faizal Hussin.

Menurut Umie Aida: 'Saya berdoa agar dia (Mona Fandey) 'tidak ganggu' penggambaran filem Dukun.' Umie tidak menafikan sesuatu yang tidak disenangi telah berlaku ketika penggambaran filem Puaka Tebing Biru dulu.


Freda: Mudah-mudahan penggambaran filem itu tidak akan terganggu dek 'semangat' Mona. Biarlah ia berjalan lancar agar dapat kita sama-sama menontonnya.



Hmmm...any comments?
Logged

  
mummyaida
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1999



« Reply #1 on: August 01, 2006, 09:44:24 AM »

Menurut Umie Aida: 'Saya berdoa agar dia (Mona Fandey) 'tidak ganggu' penggambaran filem Dukun.' Umie tidak menafikan sesuatu yang tidak disenangi telah berlaku ketika penggambaran filem Puaka Tebing Biru dulu.

mcm seram gitu...
Logged

dee.anna
Mahaguru P.D.C
*****
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 6435



« Reply #2 on: August 01, 2006, 09:53:21 AM »

Cuma harap ceritanya tak selemau cerita PHSM.. :Smiley
Logged

  
mamarazzi
Anak Keladi P.D.C
*
Offline Offline

Posts: 22



« Reply #3 on: August 04, 2006, 11:04:48 AM »

mona fandey ada anak.. tak fikir ke apa perasan anak dia... sedang kan sekarang orang tahu dia anak mona fandey, orang tak nak ambik dia kerja.. padahal bukan dia yg jadi bomoh tu.. tak sensitif langsung..
Logged
norm
Panglima P.D.C
****
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 3621



« Reply #4 on: August 06, 2006, 03:09:07 PM »

Dalam setandan pisang, takkan la sumenye busuk kan?
Logged

lyna
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Posts: 1483



« Reply #5 on: August 17, 2006, 10:30:32 PM »

adegan dalam 'DUKUN'






« Last Edit: August 17, 2006, 10:36:48 PM by lyna » Logged

Kalau bukan rezeki kita DISINI mungkin rezeki kita DISITU... Namun DISITU itu jarang-jarang pula disedari....
lyna
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Posts: 1483



« Reply #6 on: August 17, 2006, 10:31:05 PM »

Kisah Mona Fandey di pawagam Disember ini
22-07-2006 01:31:30 PM

Filem Dukun, hasil adapatasi daripada kisah Mona Fandey yang melakukan satu pembunuhan ngeri ke atas seorang ahli politik, akan ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan pada bulan Disember ini.

Dukun bakal memaparkan bagaimana Mona, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka Juraimi Husin melakukan pembunuhan ke atas ADUN Batu Talam Datuk Mazlan Idris, dengan memotong badan mangsa kepada 18 bahagian, selepas beliau dibunuh sewaktu upacara perbomohan yang dijalankan pada tahun 1993.

Umie Aida diberi peranan penting di dalam Dukun
Ketiga-tiga mereka telah dihukum gantung sampai mati pada 2 November, 2001.

Di dalam Dukun, watak utama didukung oleh Umie Aida, dimana di dalam filem tersebut, nama watak yang dibawakannya ialah Diana Dahlan.

Filem itu akan dimulakan dengan babak di akhir perbicaraan kes Diana, dimana dia dijatuhi hukuman mati dan jalan ceritanya akan disampaikan berdasarkan daripada sudut pandangan peguamnya, Karim yang dilakonkan oleh Faizal Hussein.

Proses penggambaran filem terbitan Astro Shaw Sdn Bhd ini telah bermula pada 10 Julai lepas dan dijangka akan selesai pada akhir Ogos nanti. Salah satu lokasi penggambarannya ialah di Penjara Pudu.

Dukun adalah hasil garapan Huzir Sulaiman dan diarahkan oleh Dain Iskandar Said.

Dalam pada itu, Umie yang hadir menjalani sesi ujibakat untuk watak utama itu bersama lapan lagi pelakon lain berkata, dia membaca skrip tersebut tanpa menyedari watak itu adalah berkisarkan kepada watak Mona Fandey.

"Keesokan harinya, saya pergi berjumpa seorang bomoh Thai untuk jampi Dominique (Hee, penerbit eksekutif) supaya saya dapat terpilih untuk pegang watak tersebut," katanya yang pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-16.

"Gurau saja! Tapi, memang susah untuk dapatkan watak ini," ujarnya.

Menurut Hee pula: "Bila kami lihat semula video ketika ujibakat, saya dan Dain terus rasakan Umie memang sesuai untuk watak itu".

Dukun adalah filem pertama terbitan di bawah Astro Shaw yang mencecah belanja sehingga RM2.8 juta.
Logged

Kalau bukan rezeki kita DISINI mungkin rezeki kita DISITU... Namun DISITU itu jarang-jarang pula disedari....
lyna
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Posts: 1483



« Reply #7 on: August 17, 2006, 10:39:25 PM »

Bukan kisah Mona Fandey

Oleh ABIE ABDULLAH

DIANA Dahlan sukakan kehidupan glamor dan kemewahan. Demi mengejar kepuasan itu, dia sanggup lakukan apa saja, termasuk mendekati dunia ilmu hitam, sehingga disabit kesalahan membunuh.

Malangnya, dia tidak gentar dengan hukuman mati yang dijatuhkan. Baginya, dia tidak akan mati. Malah, pada saat akhir di bilik gantung, Diana mahu kelihatan cantik. Sebagai permintaan terakhir, Diana mahu memakai baju glamor dan berdandan cantik.

Dengan gaun kelabu berlabuci, Diana disolek. Malah, gincu merah erat di tangannya, sesekali dia melayan perasaan sambil memalitkan warna itu di bibir seksinya.

Ini adalah sebahagian daripada babak akhir filem Dukun yang dijayakan cemerlang oleh Umie Aida. Selama seminggu mereka berkampung di Penjara Pudu untuk merakam 11 babak penting filem arahan Dain Iskandar Said itu.

Bunyinya macam pernah dengar. Bagaimanapun, jangan tersilap sangka kerana ramai mengatakan Dukun kisah Mona Fandey. Bukan! Ia cuma mengambil inspirasi daripada kejadian yang berlaku di Temerloh itu.

Menurut Penerbit Eksekutif Astro Shaw, Dominique Hee, Dukun tiada kena mengena secara langsung dengan Mona, sebaliknya kisah wanita bomoh itu dijadikan inspirasi untuk menggerakkan Dukun.

Kami bukan buat dokumentari Mona, malah bukan pasal dia pun. Memang kami mengkaji kes dia, tetapi bukan kes itu saja. Macam-macam lagi, termasuk kes lain yang membabitkan ilmu hitam.

Tujuan utama filem itu mengembara kebudayaan nusantara yang mempercayai kuasa ilmu ghaib ini. Mengapa kita percaya bomoh atau dukun? Macam-macam persoalan timbul berkaitan ilmu hitam itu dengan jenayah yang berlaku,? kata Dominique.

Dain pula berkata, dia tidak tahu macam mana cerita Dukun yang dikaitkan dengan kisah Mona boleh tersebar.

Mungkin juga ia diperkatakan dari mulut ke mulut oleh mereka yang datang ?asting? Dukun. Ramai yang datang dan apabila mereka tengok skrip, mungkin mereka menganggap itu kisah Mona, terutama babak memotong badan manusia.

Cepat sangat buat andaian, tetapi pada saya Dukun bukan cerita Mona. Dukun berdasarkan pengamalan ilmu hitam oleh suku Batak pada zaman kanibal lagi.

Sebenarnya, setiap kaum atau budaya mempunyai amalan atau kepercayaan kepada dunia ghaib ini. Orang kata ilmu hitam Siam lebih kuat, ada kata sihir Orang Asli lagi mujarab dan macam-macam lagi. Namun kami memilih budaya lama Batak yang mengamalkan kepercayaan ini.

Mereka juga golongan kanibal yang memenggal kepala musuh. Itu dulu, sebelum Islam dan Kristian mendekati mereka. Jadi saya tukar sedikit cerita itu untuk filem ini,? kata Dain sementara menunggu krewnya menyiapkan set.

Menurut Dain, kaum Batak mempercayai kuasa dukun dan mereka ada buku yang hanya boleh dibaca oleh dukun. Filem ini dikembangkan dari latar 1960-an di mana ilmu itu disalahgunakan oleh seorang wanita dan diperturunkan kepada warisnya di Kuala Lumpur hari ini.

Kita tidak tahu Diana berusia 40 tahun ke atau lebih 500 tahun sebab ilmu ini diwarisi,? katanya.

Mengenai penggambaran di Penjara Pudu, Isnin lalu, Dain memberitahu, kebanyakan babak berat membabitkan fizikal Umie kerana watak Diana pelbagai karektor.

Inilah yang menarik mengenai Diana. Dia menjadi ikon di mana-mana, baik di kelab tempat dia menyanyi mahupun ketika menjalani hukuman. Karakter Diana pelbagai warna, tetapi warna sebenarnya akan kelihatan di penjara apabila dia tidak dapat memenuhi tuntutan ilmunya.

Karektornya membaca mantera di mana Diana melukakan tangannya dan darah itu dijadikan dakwat untuk menulis di lantai ilmu yang dipelajarinya. Namun paling sukar pada saya apabila Diana bertemu buat pertama kali dengan peguamnya, Karim (Faizal Hussein).

Tiada banyak props, hanya fokus kepada dua karektor itu. Saya kagum dengan Umie yang mampu mengekalkan mood sepanjang penggambaran, walaupun beberapa kali kami rehearsal. Umie dan Faizal pelakon hebat,? katanya.

Metro Ahad berkesempatan menonton adegan Diana merangkak ala labah-labah. Cukup cantik visual itu, cukup berkesan apa yang ditunjukkan Umie. Mungkin terlalu awal untuk menilai, kita boleh menunggu siapnya filem yang bakal dibawa ke American Film Market pada 3 November depan depan.
Logged

Kalau bukan rezeki kita DISINI mungkin rezeki kita DISITU... Namun DISITU itu jarang-jarang pula disedari....
lyna
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Posts: 1483



« Reply #8 on: September 03, 2006, 01:33:46 PM »

adegan dlm 'DUKUN'


Logged

Kalau bukan rezeki kita DISINI mungkin rezeki kita DISITU... Namun DISITU itu jarang-jarang pula disedari....
lyna
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Posts: 1483



« Reply #9 on: September 03, 2006, 01:41:02 PM »

http://www.dukunthemovie.com/main.html
Logged

Kalau bukan rezeki kita DISINI mungkin rezeki kita DISITU... Namun DISITU itu jarang-jarang pula disedari....
Anissa
P.D.C moderators
******
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 449


C0nQu3r D@ w0r|d


« Reply #10 on: September 03, 2006, 09:25:02 PM »


wow...i will look forward to this..  ;D
Logged
ChocoLatte
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 2232



« Reply #11 on: September 06, 2006, 01:20:01 PM »

yah..me too me too!!
Logged

lyna
Satria P.D.C
***
Offline Offline

Posts: 1483



« Reply #12 on: September 06, 2006, 10:07:46 PM »

http://star-ecentral.com/dukun/
Logged

Kalau bukan rezeki kita DISINI mungkin rezeki kita DISITU... Namun DISITU itu jarang-jarang pula disedari....
jordy
Lagenda P.D.C
******
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 19982



« Reply #13 on: September 07, 2006, 08:21:18 AM »

alamak real seh... seram plak tgk trailer dia eh... :-X
Logged

Anissa
P.D.C moderators
******
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 449


C0nQu3r D@ w0r|d


« Reply #14 on: September 07, 2006, 11:22:24 AM »

hmm this mona fandey nye kes is already seram giler..the movie is gonna be superb!! msian's film scene is gettin better... Smiley u all masih ingat citer si mona ni??
Logged
Pages: [1] 2 3   Go Up
  Print  
 
Jump to: