Welcome,
Guest
. Please
login
or
register
.
February 23, 2012, 11:28:21 AM
Home
Forum
Help
Calendar
Login
Register
Di Lelaman Perkahwinan.com
>
Forum
>
Lain-lain
>
Sentuhan Rohani
(Moderators:
SmuRFeT79
,
cheguThamrin
) >
TATACARA BERWUDHU’ MENURUT MAZHAB SYAFI’I
Pages: [
1
]
Go Down
« previous
next »
Print
Author
Topic: TATACARA BERWUDHU’ MENURUT MAZHAB SYAFI’I (Read 1652 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
cukoktongkol
Hulubalang P.D.C
Offline
Gender:
Posts: 565
TATACARA BERWUDHU’ MENURUT MAZHAB SYAFI’I
«
on:
December 13, 2006, 05:46:29 PM »
TATACARA BERWUDHU’ MENURUT MAZHAB SYAFI’I
1. Sunat: al-Tasmiyah iaitu membaca Basmalah pada permulaannya. Dalilnya:
1. Daripada Anas ra bahawa sebahagian sahabat Nabi saw telah mencari air untuk berwudhu’, tetapi mereka tidak mendapatinya. Lalu Rasulullah saw bersabda, “Adakah sesiapa di kalangan kamu yang ada air?” Lalu didatangkan air kepadanya dan Baginda saw meletakkan tangannya ke dalam bekas yang berisi air tersebut dan berkata, “Berwudhu’lah kamu dengan nama Allah.” Aku melihat air terpancar keluar dari celah-celah jari Rasulullah saw sehingga semua dapat berwudhu’ dengan air tersebut dan bilangan mereka lebih daripada 70 orang. [Hadis riwayat an-Nasai]
2. Sunat: Membasuh 2 tapak tangan sebanyak 3 kali sebelum memasukkan ke dalam bekas air. Dalilnya:
2. Daripada Abdullah bin Zaid ra, dia telah ditanya tentang wudhu’ Nabi saw, lalu dia meminta satu bekas air yang kecil yang diperbuat daripada tembaga . Kemudian dia berwudhu’ untuk menunjukkan kepada mereka cara berwudhu’ Nabi saw. Dia telah menuangkan air daripada bekas tersebut di atas tangannya sebanyak 3 kali. Kemudian memasukkannya ke dalam bekas lalu ia berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung serta mengeluarkannya dengan 3 cebok. [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Sunat: Menyelati antara celah-celah jari kedua tangan.
3. Daripada Laqit bin Sabrah ra katanya bahawa dia bertanya, “Wahai Rasulullah saw! Beritahulah kepadaku mengenai wudhu’.” Sabda Rasulullah saw, “Sempurnakanlah wudhu’, selatilah antara jari-jari dan berkumurlah dengan banyak melainkan kamu dalam keadaan berpuasa.”[Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmidzi]
3. Sunat: Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung sepertimana hadis no. 2 di atas.
4. Wajib: Niat berdalilkan kepada hadis berikut:
4. Daripada Umar al-Khattab ra katanya bahawa dia mendengar Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya amalan itu dengan niat…” [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]
Waktu niat adalah ketika membasuh muka. Manakala tempat niat adalah di hati. Sebahagian fuqaha’ Syafi’iyyah menganggap lafaz niat adalah sunat.
5. Wajib: Membasuh muka dari segi memanjang bermula dari tempat tumbuh rambut hingga paling bawah dagu dan dari lebarnya bermula dari telinga ke telinga. Termaasuk yang wajib adalah kening, misai dan janggut.
Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu, Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur. (QS. 5:6)
Adapun bagi janggut yang tebal, memadai membasuh apa yang zahir sahaja. Namun, disunatkan menyelati janggut yang tebal itu berdalilkan hadis berikut:
5. Daripada Anas ra bahawa ketika Rasulullah saw berwudhu’, Baginda mengambil secebok air dengan tapak tangan. Lalu Baginda memasukkannya ke bawah tulang rahangnya dan menyelati janggutnya dengan air seraya bersabda, “Demikianlah Tuhanku Azzawajalla memerintahkan aku supaya melakukannya.”[Hadis riwayat Abu Daud]
6. Wajib: Membasuh 2 tangan hingga ke siku yang juga berdasarkan ayat 6 surah al-Ma’idah di atas. Wajib meratakan air ke seluruh anggota termasuk di celah kuku sekalipun kerana Imam Muslim dan Ibn Majah telah meriwayatkan:
6. Daripada Umar al-Khattab ra katanya bahawa seorang lelaki telah berwudhu’ dan meninggalkan satu tempat pada kuku kakinya. Perbuatannya telah dilihat oleh Rasulullah saw lalu Baginda bersabda, “Kembalilah dan perbaiki wudhu’ kamu.” Lalu dia kembali menyempurnakan wudhu’nya kemudian dia bersolat.
7. Wajib: Menyapu sebahagian daripada kepala walaupun sehelai rambut selama ia berada dalam sempadan kepala berdalilkan kepada ayat 6 surah al-Ma’idah.
7. Daripada al-Mughirah bin Syu’bah ra katanya bahawa Rasulullah saw telah berwudhu’ dan baginda menyapu ubun-ubunnya dan menyapu di atas kain serban di kepalanya. [Hadis riwayat Muslim]
Ubun-ubun adalah bahagian depan kepala. Maka hadis ini menjadi dalil bahawa memadai membasuh sebahagian dari kepala.
Namun begitu disunatkan untuk membasuh seluruh kepala.
8. Daripada Abdullah bin Zaid ra, “…….Lalu Baginda menyapu kepala dengan kedua tangannya, yang dibawa ke hadapan dan dibalikkan semula ke belakang, iaitu Baginda memulakan sapuan pada kepala pada bahagian hadapan, kemudian Baginda membawa ke bahagian belakang dan sekali lagi dibawa ke bahagian hadapan di mana Baginda memulakan sapuan.” [Hadis riwayat ********]
8. Sunat: Membasuh telinga luar dan dalam dengan air yang baru dan berpisah dari membasuh kepala.
9. Daripada Ibn Abbas ra katanya bahawa Nabi saw menyapu kepalanya dan kedua telinganya; zahir dan batin. [Hadis riwayat Tirmidzi]
9. Wajib: Membasuh kedua kakinya hingga ke buku lali berdasarkan surah al-Ma’idah ayat 6 di atas.
10. Wajib: Tertib berdasarkan turutan yang Allah swt nyatakan dalam al-Qur’an dan juga amalan Nabi saw
Logged
"Seutama-utama zikir adalah La ilaha illallah..dan seutama-utama doa adalah Alhamdullilah"
shaz
Panglima P.D.C
Offline
Posts: 2542
Re: TATACARA BERWUDHU’ MENURUT MAZHAB SYAFI’I
«
Reply #1 on:
December 14, 2006, 03:15:55 AM »
Quote from: cukoktongkol on December 13, 2006, 05:46:29 PM
5. Wajib: Membasuh muka dari segi memanjang bermula dari tempat tumbuh rambut hingga paling bawah dagu dan dari lebarnya bermula dari telinga ke telinga. Termaasuk yang wajib adalah kening, misai dan janggut.
Selama ni saya main lomoh aje air kat muka, tak kira atas ke bawah kanan kekiri ;D. Rupanya ada cara-caranya yg elok.
Quote from: cukoktongkol on December 13, 2006, 05:46:29 PM
4. Daripada Umar al-Khattab ra katanya bahawa dia mendengar Rasulullah saw bersabda,
Sesungguhnya amalan itu dengan niat
[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]
Amalan dengan niat. Fahamkanlah. Bukan membuat perkara merepek-meraban beserta dengan niat suci. Niat harus beserta dengan amal yang diredhai Allah.
Logged
khairill
Mahaguru P.D.C
Offline
Posts: 6369
Re: TATACARA BERWUDHU’ MENURUT MAZHAB SYAFI’I
«
Reply #2 on:
December 14, 2006, 03:19:20 AM »
itu paham lah deyyy
Logged
Selamat Hari Raya
Achylles
Hulubalang P.D.C
Offline
Gender:
Posts: 276
Re: TATACARA BERWUDHU’ MENURUT MAZHAB SYAFI’I
«
Reply #3 on:
December 30, 2006, 11:47:13 AM »
Sohih.
Terima Kasih Tuan CukokTongkol.
Logged
Indah bukan pada zahir, Tapi terletak pada tutur, Terhampar pada pekerti, Terserlah pada santun, Tersentuh pada hati, Yang indah itu sukar dicari, Tanpa menilai dengan Mata hati.
aUra
P.D.C moderators
Offline
Posts: 15771
i'm feeling so seksa..
Re: TATACARA BERWUDHU’ MENURUT MAZHAB SYAFI’I
«
Reply #4 on:
December 31, 2006, 01:17:07 PM »
;D
Quote from: shaz on December 14, 2006, 03:15:55 AM
Amalan dengan niat. Fahamkanlah. Bukan membuat perkara merepek-meraban beserta dengan niat suci. Niat harus beserta dengan amal yang diredhai Allah.
Logged
rina
Lagenda P.D.C
Offline
Posts: 13746
Re: TATACARA BERWUDHU’ MENURUT MAZHAB SYAFI’I
«
Reply #5 on:
January 05, 2007, 05:14:19 PM »
Quote from: shaz on December 14, 2006, 03:15:55 AM
Amalan dengan niat. Fahamkanlah. Bukan membuat perkara merepek-meraban beserta dengan niat suci. Niat harus beserta dengan amal yang diredhai Allah.
aik ada ke orng solat dgn niat yg tak suci
Dosa Besau Tau!
Logged
shaz
Panglima P.D.C
Offline
Posts: 2542
Re: TATACARA BERWUDHU’ MENURUT MAZHAB SYAFI’I
«
Reply #6 on:
January 06, 2007, 01:45:12 AM »
Quote from: rina on January 05, 2007, 05:14:19 PM
aik ada ke orng solat dgn niat yg tak suci
Dosa Besau Tau!
Tentu saja ada orang begitu, Rina. Orang yang beribadah dan beramal kerana nak menunjuk-nunjuk.
Logged
Pages: [
1
]
Go Up
Print
« previous
next »
Jump to:
Please select a destination:
-----------------------------
Umum
-----------------------------
=> Pengumuman
=> Maklum-Balas
-----------------------------
Perkahwinan
-----------------------------
=> Anakku Duniaku
-----------------------------
Kehidupan Seharian
-----------------------------
=> Kedai Kopi
=> Dunia Hiburan
=> Buka Minda
-----------------------------
Lain-lain
-----------------------------
=> Cakap I.T
=> Bahasa Dunia
=> Sentuhan Rohani
Loading...