Welcome,
Guest
. Please
login
or
register
.
May 19, 2012, 07:35:36 PM
Home
Forum
Help
Calendar
Login
Register
Di Lelaman Perkahwinan.com
>
Forum
>
Perkahwinan
>
Anakku Duniaku
(Moderators:
NS9
,
Haslina
,
Reen_hadi
,
redrose
) >
TIPS : UNTUK SEISI KELUARGA
Pages: [
1
]
Go Down
« previous
next »
Print
Author
Topic: TIPS : UNTUK SEISI KELUARGA (Read 8719 times)
0 Members and 2 Guests are viewing this topic.
NS9
P.D.C moderators
Offline
Gender:
Posts: 16928
patik dah penatlah tuanku...
TIPS : UNTUK SEISI KELUARGA
«
on:
January 24, 2006, 10:54:32 AM »
Cara-cara untuk mendisiplinkan anak anda.
Artikel ini ditulis sebagai bacaan rekreasi sahaja. Jikalau anda mempunyai masalah yang tertulis di bawah ini, harap rujuk kepada seorang pakar.
Anak-anak memanglah tak boleh duduk diam. Mereka yang telah mempunyai anak atau yang sering berinteraksi dengan anak-anak seperti, guru-guru sekolah rendah dan guru-guru tadika, akan setuju bahawa adalah perkara biasa untuk anak-anak
dikalangan umur 4 hingga 12 tahun
, berperangai nakal.
Sebagai seorang ibu atau bapa, adalah tanggung jawab anda untuk mengajar anak anda perbezaan antara kelakuan yang baik dan kelakuan yang tidak baik. Ini mungkin kelihatan rumit, tetapi sebenarnya ia tidaklah begitu susah.
Kerana anak-anak mengambil masa yang agak panjang untuk mereka menyedari kesalahan mereka, anda mungkin terpaksa mengambil beberapa minggu untuk merubah kesilapannya sebelum anda dapat melihat sembarang perubahan. Janganlah cepat berputus-asa jika anak anda tidak menyedari kesilapanya dengan serta-merta.
Tips mendisiplinkan anak.
Disini kami ingin menyenaraikan beberapa prinsip asas yang penting dan mesti diingat sebelum dan semasa kita mendisiplinkan anak-anak.
·
Ibu-bapa haruslah sepakat
.
Hendaklah ada peraturan yang disetujui oleh kedua ibu bapa mengenai undang-undang disiplin di rumah dan apakah padahnya jika peraturan-peraturan tadi dilanggar. Ibu bapa haruslah berbincang tentang peraturan dan tindak balasnya sebelum kenakalan atau sesuatu yang tidak diingini terjadi.
·
Disiplin bukanlah mendera.
Rasulullah saw bersabda, "Dia yang tidak mengasihani tidak akan dikasihani." (Riwayat Bukhari)
Ramai ibu bapa yang menyangka bahawa mendisiplinkan anak adalah dengan memarahi, memukul dan mendera mereka. Ini adalah anggapan yang salah. Disiplin mestilah dilandaskan atas perhubungan kekeluargaan yang baik, pujian tingkah laku yang baik dan tunjuk ajar untuk si anak bagaimana untuk menguasai peribadi dirinya sendiri. Memarahi anak kerana kesilapannya adalah suatu perkara yang negatif dan adalah kerana akibat tabiat atau kelakuan tidak sopan yang dilakukan anak tadi atau sesuatu yang mesti dilakukan tetapi tidak dilakukan anak tadi. Memarah anak haruslah menjadi sebahagian kecil dalam proses disiplin. Cara disiplin yang berkesan mesti dilakukan pada setiap masa dan bukan sahaja apabila anak tadi telah melakukan kesilapan. Anak-anak sering ingin merubah dirinya apabila mereka sendiri merasakan dorongan untuk menjadi baik dan dihormati, bukan apabila merasa terasa terhina dan dimalukan. Apabila anak tadi menghormati dirinya dan menghormati perhubungan antara dirinya dan ibu bapanya, barulah dia akan faham dan sedar betapa penting akhlak dalam kehidupan seharian.
·
Melentur buluh biar dari rebong.
Proses mendisiplinkan anak haruslah bermula sebaik sahaja anak tadi dilahirkan. Apabila anda memberi anak anda perhatian setiap kali dia menangis, anda sedang mengajar anak anda bahawa anda sentiasa sedia untuk menolong dan memberi kasih sayang kepadanya dan dia boleh mengharapkan kasih sayang tadi dari anda. Dengan perasaan kasih sayang dan hormat inilah, anda harus bina kepercayaan dan kesopanan yang anda ingini.
Rasulullah saw bersabda " Ajarilah anak-anak kecilmu kalimah Laa ilaaha illallah sewaktu ia mulai berbicara dan tuntunlah mereka untuk membaca Laa ilaaha illallah sewaktu menghadapi kematian."
·
Ibu bapa tidak harus bertelingkah di depan anak.
Pertelingkahan yang sering dilakukan didepan anak-anak anda akan membingungkan anak-anak anda dan ini akan mengurangkan keberkesanan cara-cara anda mendisiplinkan anak-anak tadi. Anak-anak juga dapat mempergunakan pertelingkahan antara ibu bapa tadi sebagai alasan untuk mereka mencapai hasrat hati mereka untuk melakukan dan meneruskan kenakalan mereka.
·
Ibu bapa harus dapat menguasai dan mengendali anak-anak mereka
Ada ibu bapa yang takut dengan anak-anak mereka. Ketakutan yang seperti ini dapat memberi kesempatan untuk anak-anak tadi untuk mempergunakan ibu bapa mereka.
·
Undang-undang untuk anak-anak mestilah jelas
.
Undang-undang yang anda ingin anak-anak anda patuhi haruslah jelas. Ini akan membantu anak-anak tadi memahamkan dengan mudah apa yang dikehendaki darinya. Keseringan dalam menguat-kuasakan undang-undang tadi adalah mustahak, kerana jika tidak, kelakuan dan pemikiran anak-anak tadi dapat menjadi tidak tentu. Walaubagaimana pun, undang-undang mestilah selalu di semak kembali dan ditukar bila-bila perlu untuk disesuaikan dengan keperluan pembesaran anak anda.
·
Masa yang bersesuaian.
Teguran dan nasihat mestilah diberi serta-merta supaya ia lebih berkesan. Teguran dan nasihat haruslah dilakukan dengan tegas dan berhikmah. Terutama sekali apabila berada di khalayak ramai. Memalukan anak didepan orang ramai, kawan-kawan dan saudara-maranya, dapat memberi kesan yang negatif terhadap anak tadi. Lebih mustahak lagi, teguran dan nasihat tadi jangan dilakukan dengan marah.
·
Betulkan kenakalannya, bukan dirinya.
Hindari diri anda dari kata-kata yang menghina seperti: "Bodohnya budak ini." Betulkan kesilapan anak tanpa membuat dirinya rasa terhina dan tidak berguna.
·
Jangan berleter.
Hindari diri anda dari mengingatkan anak anda akan kesilapan-kesilapannya yang sudah lepas. Ini boleh membuatnya merasakan bahawa dia memang tidak berguna dan bodoh.
·
Berbaik semula
.
Selepas anda menegur akan kesilapannya, terangkan kepadanya bahawa anda masih menyayanginya walaupun dia telah membuat kesilapanya tadi.
·
Tegur dengan tenang.
Apabila anak anda melakukan sesuatu yang salah, tegurinya dengan kata-kata yang tenang. Beritahu anak anda bagaimana adab yang betul yang anda ingini. Terangkan mengapa perbuatannya salah dan apakah keburukan dan bahaya perbuatan salahnya tadi.
"Ajaklah kepada jalan Tuhanmu dengan menggunakan kebijaksanaan dan nasihat yang baik." [AnNahl :125]
·
Hadiah.
Berikan anak anda pujian atau hadiah jika dia telah dapat berubah. Ini akan menggalakkan anak anda untuk berbuat baik. Tetapi, jangan sampai anak anda menganggap bahawa dia akan menerima hadiah setiap kali dia berbuat baik.
Dari kitab Tarikh Imam Bukhari: Rasulullah saw bersabda " Tiada pemberian ibubapa terhadap anaknya yang lebih utama daripada pendidikan akhlak yang baik."
·
Denda.
Anda juga boleh mendenda anak anda dengan mengurangkan masa bermainnya, atau tidak membenarnya menonton TV, atau dengan memberinya lebih kerja rumah.
Sebagai seorang ibu atau bapa, anda perlu sedar bahawa akan terjadi masa dimana anak anda akan berperangai nakal dan anda akan memarahinya. Tetapi, apa sahaja bentuk disiplin yang anda lakukan haruslah membuat anak anda sedar akan kesalahannya dan sedar bahawa anda masih menyayanginya walaupun anda sedang mendisiplinnya.
Yang paling penting, sebagai ibu bapa yang ingin anak-anak yang berakhlak mulia, ingatlah bahawa segala sesuatu usaha tidak bermakna jika tidak dilakukan kerana Allah. Sentiasalah berdoa kepadaNya agar diberi zuriat-zuriat yang soleh dan solehah, yang menyenangkan dan menyejuk mata ibu bapa, agar kehidupan diberkati di dunia dan akhirat.
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu-batu." [At-Tahrim:6]
Ameen.
Sumber : Internet
Logged
Semoga ALLAH melindungi diri kita dari keburukan diri kita sendiri.
Time is like flowing water in a river. You cannot touch the same water twice, because the flow has passed and will never pass again
NS9
P.D.C moderators
Offline
Gender:
Posts: 16928
patik dah penatlah tuanku...
Re: TIPS : UNTUK SEISI KELUARGA
«
Reply #1 on:
January 25, 2006, 10:33:06 PM »
Jangan Panik, Bila...
Terjadi kebakaran
Bila baju yang dikenakan anak terbakar, minta dia berhenti bergerak, segera menjatuhkan diri ke lantai, menutup wajah dengan tangan, berguling-guling di lantai sampai api padam dan selimuti dengan kain basah.
Sebelum Anda membuka pintu, cuba raih pintu, gagangnya, dan celah di antara pintu dan kusen dengan bahagian belakang tangan Anda. Bila terasa panas, cari jalan keluar yang lain.
Anda terperangkap di dalam rumah, gunakan selimut atau handuk (kalau mungkin, dalam keadaan basah) untuk menutupi ventilasi dan celah di antara lantai dan pintu. Berdirilah di dekat jendela dan berikan tanda minta tolong atau melambai-lambaikan kain berwarna cerah.
Terjadi gempa bumi
Begitu Anda merasakan gempa, segera cari perlindungan di tempat aman atau yang lebih tinggi.
Di dalam rumah, tempat paling aman untuk berlindung adalah di bawah perabut yang kukuh.
Bila Anda berada di luar rumah atau gedung, tetaplah berada di tempat tersebut, jauhi dari pohon, gedung, dan tiang elektrik. Anda sedang mengendarai mobil, berhenti dan jauhkan diri dari jembatan penyeberangan, jembatan, dan tiang elektrik. Tetaplah berada di dalam kendaraan.
Begitu Anda berada di tempat aman, tetap lindungi kepala Anda sampai gempa berhenti.
Kebanjiran
Jangan biarkan anak bermain-main di daerah banjir untuk menghindari terjangkitnya penyakit.
Bila makanan atau barang berikut ini terkena air banjir, sebaiknya dibuang saja:
isi peti ais, termasuk daging, buah-buahan dan sayur-sayuran segar
semua makanan dalam kotak karton, seperti sereal dan susu
semua minuman botol dan produk dalam jar, seperti bumbu-bumbu dapur
semua obat, kosmetik, dan produk perawatan kulit dll.
Matikan aliran elektrik. Bila sekering sudah telanjur basah, berdirilah di atas papan yang kering dan gunakan tongkat kering untuk mematikannya. Jangan cuba mematikan aliran elektrik bila ruangan sudah kebanjiran.
Putuskan aliran electrik dari barang-barang elektronik. Kalau memungkinkan, pindahkan ke tempat yang lebih tinggi.
Kalau Anda dan keluarga akan pergi, bawa pakaian hangat, alas sepatu tahan air, kantung tidur atau selimut, barang-barang peribadi, ubat-ubatan, identifikasi peribadi, radio yang dioperasikan dengan bateri.
Anak digigit anjing
Kalau luka gigitan mengeluarkan cukup banyak darah, tekan langsung daerah yang luka tersebut dengan kain kering dan bersih sampai perdarahan berhenti.
Cuci luka dengan sabun di bawah air hangat yang mengalir selama 3 – 5 minit dan keringkan. Jangan bersihkan luka dengan alkohol atau hidrogen peroksida, kerana boleh mencederakan jaringan normal.
Tutup luka dengan pembalut bersih.
Pantau luka untuk melihat tanda-tanda infeksi (semakin memerah, bengkak, dan sakit) selama 24 – 48 jam; hubungi doktor, klinik atau rumah sakit terdekat.
Kalau perdarahan yang terjadi cukup parah, anak terkena beberapa gigitan, atau gigitan menyobek kulit, segera hubungi doktor, klinik atau rumah sakit terdekat.
Logged
Semoga ALLAH melindungi diri kita dari keburukan diri kita sendiri.
Time is like flowing water in a river. You cannot touch the same water twice, because the flow has passed and will never pass again
NS9
P.D.C moderators
Offline
Gender:
Posts: 16928
patik dah penatlah tuanku...
Re: TIPS : UNTUK SEISI KELUARGA
«
Reply #2 on:
January 29, 2006, 10:34:18 AM »
'Baby blues'
Sesetengah ibu akan mengalami ketegangan sebaik sahaja selepas bersalin. Ini dikenali sebagai ‘postpartum depression’ atau ‘baby blues’ atau dikenali juga sebagai ‘third day blues’ kerana biasanya terjadi selepas hari ketiga kelahiran. Sesetengah kes berlaku selepas satu atau dua minggu kelahiran, yang mana mereka berasa terlalu sensitif dan emosional meskipun terhadap perkara-perkara yang kecil dan remeh.
Kajian menunjukkan wanita yang mengalami ketegangan ini biasanya mempunyai bayi yang kerap menangis. Namun belum dibuktikan sama ada bayi meragam yang membuatkan si ibu tertekan, atau pun keadaan ibu yang tidak gembira membuatkan bayi turut meragam. Namun kemungkinan kedua-dua hal ini benar, ia merupakan satu putaran yang terus berulang.
Mungkin anda berfikir bahawa anda tidak pernah mengalami ketegangan seumpamanya. Namun kajian menunjukkan hampir semua ibu mengalami fenomena ini, cuma tempoh yang singkat menyebabkan mereka tidak menyedarinya. Biasanya mereka mengalaminya hanya selama beberapa hari dan terus lupa sebaik sahaja fenomena itu berakhir.
Penyebab berlakunya 'baby blues'
Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada keadaan ini:
1. Perubahan hormon
Semasa hamil, terdapat beberapa perubahan dari segi paras hormon. Hormon-hormon ini berada pada paras tertentu untuk mengekalkan kehamilan. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, paras hormon tersebut akan turun secara mendadak. Penurunan paras hormon secara mendadak ini biasanya penyebab kepada ketidakstabilan emosi.
2. Pengalaman melahirkan
Kelahiran yang sukar dan mencabar juga menyumbang kepada perubahan emosi. Realiti yang meleset daripada jangkaan atau apa yang diharap-harapkan merupakan penyumbang terbesar kepada ketegangan perasaan ini. Misalnya, keinginan yang meluap-luap untuk mendapatkan anak lelaki tetapi melahirkan anak perempuan mungkin menyebabkan kekecewaan.
3. Keletihan
Proses bersalin memerlukan tenaga yang banyak dan amat meletihkan. Berbaring tanpa melakukan sebarang pekerjaan kadangkala menjemukan dan boleh menimbulkan tekanan.
4.Perubahan cara hidup
Sebaik sahaja mempunyai anak kecil, terutamanya anak sulung, cara hidup pasangan tersebut akan serta-merta berubah. Perasaan mempunyai anak kecil dan komitmen yang perlu diberikan kepadanya boleh membuatkan seseorang itu rasa terperangkap dan tidak bebas melakukan apa yang diingini.
5. Rasa tidak berkebolehan
Wanita moden berkerjaya sentiasa rasa berkebolehan dan cekap melakukan sesuatu pekerjaan. Apabila pertama kali mempunyai anak, perasaan tidak tahu apa yang hendak dilakukan dan perkara-perkara yang di luar kawalan boleh menimbulkan rasa tawar hati dan menyebabkan tekanan perasaan.
6. Pengasingan
Berpantang di dalam rumah kadangkala menimbulkan rasa keseorangan dan terasing, terutama apabila kunjungan rakan-rakan dan saudara-mara semakin berkurang. Tempoh dua bulan bercuti menimbulkan rasa jemu terutama bagi wanita bekerja yang mempunyai ramai kawan. Berbual bersama rakan, mesyuarat dengan pelanggan dan interaksi dengan pekerja lain menimbulkan rasa penting pada seseorang. Hal ini akan lenyap apabila berada di rumah.
7. Komplikasi pada bayi
Sekiranya bayi yang dilahirkan berhadapan dengan sebarang komplikasi, hal ini akan menimbulkan tekanan kepada si ibu.
Bagaimana 'baby blues' bermula?
Perasaan yang tidak menentu boleh bermula dengan sesuatu perkara remah yang adakalanya tidak berkaitan sama sekali. Misalnya, seorang rakan anda masuk ke bilik anda dan bertanya khabar. Tanpa sebab munasabah, anda tiba-tiba saja menangis. Reaksi suami yang tidak pandai memujuk, melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan kehendak anda akan menambah lagi tekanan perasaan. Sesetengah wanita tidak suka menangis di hadapan orang lain terutama suami mereka, oleh itu mereka sentiasa menahan perasaan. Keadaan ini menyebabkan perasaan mereka semakin tertekan.
Cara mengatasi
Perasaan ini boleh diatasi dengan pelbagai cara. Misalnya, anda sendiri yang memutuskan untuk menghentikannya dengan mengatasi segala masalah yang timbul dan lebih berani berhadapan dengan segala perkara yang mendatang. Sekiranya anda boleh menyelesaikan tugas-tugas di sekeliling anda dengan lebih teratur anda akan rasa lebih selesa. Minta suami atau orang lain untuk membantu anda. Selepas berakhir, adakalanya ‘baby blues’ akan menyerang semula. Walaupun begitu, tempoh antara dua episod ‘baby blues’ akan menjadi lebih panjang dan lama-kelamaan anda akan rasa semakin berupaya menghadapi cabaran bayi baru.
Tip
1. Kurangkan perkara-perkara yang boleh menyebabkan gangguan perasaan. Jika anda tertekan dengan kerja-kerja rumah, usahakan seseorang untuk membantu anda.
2. Jangan pendam perasaan. Biarkan diri anda menangis kerana ia cara semulajadi untuk mengurangkan tekanan. Jangan rasa malu untuk meluahkan perasaan.
3. Jelaskan kepada suami anda kenapa anda menjadi emosi dan jelaskan kepadanya bahawa anda tidak mengharapkannya untuk menyelesaikannya tetapi cukup sekadar memahami. Misalnya memeluk anda sewaktu anda menangis.
4. Bercakap-cakap dengan kawan-kawan atau ahli keluarga yang memahami tekanan perasaan yang anda alami. Menyembunyikan perasaan tidak menyelesaikan masalah.
5. Minta pertolongan. Jika anda memerlukan pertolongan atau nasihat, carilah seseorang yang boleh membantu anda.
6. Luangkan masa untuk melakukan sesuatu untuk diri anda. Minta seseorang untuk menjaga bayi anda sewaktu anda melakukannya.
‘Baby blues’ yang serius dan semakin parah dinamakan ‘postpartum depression’. Dalam kes ini, keluarga yang terlibat haruslah mendapatkan bantuan profesional.
Logged
Semoga ALLAH melindungi diri kita dari keburukan diri kita sendiri.
Time is like flowing water in a river. You cannot touch the same water twice, because the flow has passed and will never pass again
NS9
P.D.C moderators
Offline
Gender:
Posts: 16928
patik dah penatlah tuanku...
Re: TIPS : UNTUK SEISI KELUARGA
«
Reply #3 on:
January 31, 2006, 09:51:54 AM »
Merancang anak sihat, pintar dan berakhlak mulia
Anda Hamil?
Syukur Alhamdulillah, tentukan anda berjumpa doktor secepat mungkin.Mengapa?
Anda perlu mengesahkan kehamilan, disamping kehamilan terletak di dalam rahim, bukan di luar rahim ( Ectopic! Bahaya! ), ia normal dan janinnya hidup, bukan luarbiasa seperti hamil anggur ( Molar pregnancy – juga bahaya!)
Tiga bulan pertama sangat penting !
Ini adalah tempoh janin dibentuk, dari 'nutfah' (air mani) kepada 'alaqah', seterusnya menjadi 'mugdah', akhirnya menjadi janin yang lengkap dengan organ-organ serta anggotanya. Organ yang pertama dibentuk ialah jantung.
Denyutan jantung dapat dikesan oleh ultrasound se-awal 6 minggu kandungan.
Cegah keguguran !
Dianggarkan 10-20 % dari semua kehamilan akan gugur secara spontan.
Lebihkan rehat, cukupkan tidur ( 8 jam) – tidur awal dan bangun awal. Jauhkan stress, fizikal dan mental. Jangan buat perjalanan jauh atau berpanjangan. Kurangkan pendedahan terhadap penyakit berjangkit, suhu panas, pencemaran udara, racun sembur, bahan kimia, X-ray, ubat-ubat moden atau tradisional tanpa nasihat pakar.
Cegah Kecacatan Bayi
Makan ubat folik asid 5-10 mg. Setiap hari dua bulan sebelum dan terus- menerus hingga akhir kandungan. Tentukan sudah mendapat pelalian terhadap Rubella. Jangan cuba gugurkan kandungan dengan apa cara pun. Jika gagal bayi boleh cacat. Jangan makan ubat-ubat seperti tranquilizer, ubat kanser tanpa nasihat doktor. Jika ada sejarah kecacatan dalam kekuarga, dapatkan khidmat ‘ genetic counselling’. Jauhkan hamil jika umur melebihi 45 tahun *gulp*
Berserah dan tawakkal kepada Allah s.w.t. Doa setiap masa:
‘Rabbi habli miladunka zuriatan tayiba, inaka sami u doa’.
‘Ya Allah kurniakanlah kami zuriat yang terbaik, sesungguhnya Kau mendengar doa kami’.
Lakukan suruhan Allah tanpa lalai, banyakkan membaca Quran, berzikir dan bertasbih sentiasa. Bacakan surah Fatihah, 3 'Qul', dan ayat 'Qursi' kepada bayi dalam kandungan setiap malam sebelum tidur.
Mengikut orang tua-tua ketika isteri hamil, suami janganlah memburu, menganiyai atau membunuh binatang. Kononnya amalan ini boleh menyebabkan anak yang dikandung isteri akan lahir cacat.
Tidak perlu jalani ujian-ujian untuk mengesan janin cacat, kerana jika benar demikian , undang-ujian negara dan hukum islam tidak membenarkan menggugurkan kandungan walaupun janin cacat.
Dipercayai roh ditiupkan ke dalam jasad bayi antara 4-5 bulan umur kandungan. Ketika inilah pergerakkan bayi mulai dirasai oleh ibunya.
Anak pintar.
Perancangan patut dimulakan sebelum hamil. Tentukan badan ibu sihat, keadaan mentalnya stabil, sentiasa ceria, hubungan suami-isteri mesra, rohani dan imannya kuat, dan kandungan ini memang dirancang serta dinantikan.
Bacalah Bismillah sebelum bersetubuh
.
Pembentukkan otak yang sempurna bermula dari 4 bulan kandungan. Mutu makanan adalah sangat penting. Protin adalah bahan asas untuk pembentukkan otak. Sumber-sumber protin terbaik ialah ikan, susu, makanan dari kacang soya seperti tauhu, tempe dan lain-lain, ayam , daging dan lain-lain. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Mulai tujuh bulan kandungan makan minyak ikan atau telur ikan yang dipercayai mengandungi DHA satu bahan penting untuk fungsi otak.
Sentuh bayi setiap malam sebelum tidur. Mulai tujuh bulan kandungan bayi boleh mendengar. Bacakan Al-Quran selama 10-15 minit dan mainkan ‘soft music’ untuk mencetuskan stimulasi intelek dan meningkatkan ko-ordinasi otak.
Memilih tarikh lahir bayi
Setengah pasangan ingin anaknya lahir pada bulan atau tarikh tertentu. Ini munkin boleh dicapai jika kita faham tentang beberapa fakta penting tentang kesuburan isteri. Mengikut ilmu perubatan umur kandungan ialah 9 bulan 7 hari atau 40 minggu , jika dikira dari hari pertama haid terakhir sebelum hamil. Ini pun bergantung pada pusingan haid yang teratur iaitu 28-30 hari sekali.
Misalnya jika kita hendak anak kita lahir pada bulan Disember, percantuman benih perlu berlaku pada bulan Mac. Peluang untuk isteri hamil jika bersetubuh pada waktu subur ialah lebih kurang 20-30 % sahaja. Pasangan berkenaan perlu mencuba sejak bulan January dan February. Waktu subur perempuan yang haidnya teratur ialah antara hari 13,14,15 dikira dari hari pertama mula haid.
Kita hanya boleh merancang dan mencuba, tetapi Allah s.w.t. yang akan menentukan segalanya
Logged
Semoga ALLAH melindungi diri kita dari keburukan diri kita sendiri.
Time is like flowing water in a river. You cannot touch the same water twice, because the flow has passed and will never pass again
NS9
P.D.C moderators
Offline
Gender:
Posts: 16928
patik dah penatlah tuanku...
Re: TIPS : UNTUK SEISI KELUARGA
«
Reply #4 on:
February 04, 2006, 12:43:18 PM »
Quality Time With Dad -By Ibrahim Bowers
This article presents the current relationship between a father and a child in this fast paced and time constraint society and provides many practical advises on how to improve this relationship to benefit the whole family.
-It has been estimated that working fathers spend about 3 minutes a day with their children.
-Fathers who abandon their families, fathers who rarely see their children because of divorce, and fathers who are busy and have very little or nothing to do with the raising of their children are common.
-Dad gets up early, takes the long drive to work, gets off late, takes the long drive home, and gets home very tired. He just wants to have dinner, relax a little, and go to bed so that he can repeat the same routine the next day. Every now and then, he tells himself that he will spend more time with his children tomorrow.
But Muslims aren't like that, you say. Perhaps. How much time do you spend with your children in the day? Not just in the same house, but together --- really together.
A popular American song by Harry Chapin tells the sad story of a boy who always tries to spend time with his father, but always finds him too busy. When the boy grows up and the father gets older, the father always wants to spend time with his son, but his son always has other things to do.
Quality time spent between a father and his children is essential for both the parent and the children. The children need to know that their father loves and cares for them, and the father needs to be careful that he does not lose his relationship with his children by neglect.
Tips to Improve Father-Child Relationship
There are several ways a father can spend quality time with his children and develop a relationship with them. Even if he is extremely busy, he can probably free up enough time to do some of these things.
Show your children in simple ways that you love them
.
Some fathers try to appeal to their children by showering them with gifts rather than giving of themselves. This may cause more harm than good. The simple example of Prophet Muhammad is much better, may Allah's peace and blessings be upon him. When his daughter Fatima (May Allah be pleased with her) would come to him, the Prophet used to stand up, kiss her, take her hand, and give her his seat. Later in life, this personal type of affection will be much more memorable to children than receiving a gift that anyone could have given them.
Tell or read your children stories on some nights before bed.
There are lots of excellent Islamic stories and books available that you can use, or you can make up your own. At the same time, you will be helping your children develop Islamic character. Call Sound Vision at 1-800-432-4262, and request our new 1998 catalog, which includes a vast selection of Islamic children's books. ( In this case you may want to bring them to any Islamic Bookstore and let them choose their own Islamic books). A twist on this idea is to ask your children to make up stories to tell you.
Play with your children
You could play ball, color pictures, build toy houses from blocks, or do whatever they like. Let your children help you with simple tasks
Allow them to help you carry in the groceries, make dinner, or mow the yard. Children often get great joy from doing things that adults consider work.
Take the family to for a picnic
Spend time with your children playing Frisbee, passing a ball, or pushing them in the swings. Your children will cherish this special time together as a family.
Help your children with their homework
Show them that you are truly interested in their education and life by asking them what they did in school and looking at their books, projects, and assignments with them.
Have regular meals as a family
It is very important that the family get together and have meals, so they may talk about each others days and issues.
Use driving time with your children
Don't just turn on the news and forget your children when they are in the car with you. Talk or joke with them, or sing Islamic songs together.
Give your small children a bath sometimes
Usually, mothers bathe the children, but bath time is an excellent opportunity for fathers to be with their kids. Let them splash around and play a little more than mom does.
Teach your children to make wudu and pray with you
If at home, praying together as a family (Jamaah) is better than praying alone. Children love to call azan. Make the youngest one the salat manager at home, taking care of prayer rugs, timing, and inviting everyone to salat.
Take your children to the masjid with you
This is an excellent way for you to build a relationship with them as both a father and a Muslim.
Be available for your children, and let them know that you are there for anything they want to discuss. If you are not available to talk to your children, somebody else probably will be, and it may be the wrong kind of person. A good way of getting to know your children better as individuals is to take them out one at a time for eating, conversation, or some other event.
Practice talking with your child, not at him/her
Since the father often takes the main responsibility for disciplining the children, it is very easy for fathers to merely become order-givers rather than parents and companions of their children. Spend some time listening, rather than talking.
We only have one chance to be with our kids before they grow up. If we want them to love us and respect us when we are old, we have to build those relationships while they are young.
Fathers usually don't have the time to devote to their children that mothers do. But if we make the little time we have with our children quality time, we still might be able to build enduring relationships with them before it's too late.
Sumbangan : SyarahD
Logged
Semoga ALLAH melindungi diri kita dari keburukan diri kita sendiri.
Time is like flowing water in a river. You cannot touch the same water twice, because the flow has passed and will never pass again
NS9
P.D.C moderators
Offline
Gender:
Posts: 16928
patik dah penatlah tuanku...
Menyambut Kelahiran: Panduan Islam Untuk Ibubapa
«
Reply #5 on:
July 13, 2007, 09:27:04 AM »
Ucap Tahniah Atas Kelahiran
Kegembiraan yang dirasai oleh pasangan yang dikurniakan anak, hendaklah dikongsi sama oleh kita. Sama ada sebagai kawan atau saudara, kita mesti melahirkan rasa syukur dan gembira kita dengan ketibaan cahaya mata itu. Ketika Rasulullah saw dilahirkan, berita gembira kelahiran itu disampaikan kepada Abu Lahab yang kemudian membebaskan hamba sahayanya sebagai tanda kegembiraan-nya.
Islam telah mengajar kita bahawa apabila kita mengucapkan tahniah kepada pasangan yang dikurniakan cahaya mata, doa yang baik untuk dilafazkan ialah: "Burika fil mauhub, wa syakartal wahib, wa bulligha asyuddahu, wa ruzikta birrahu". (Semoga Allah memberi barkah di atas anak itu, dan hendaklah engkau mensyukuri Allah, semoga anak itu membesar dewasa dan kuat dan engkau mendapat ketaatannya.)
Sekarang ini, kita melahirkan ucapan tahniah melalui pemberian hamper dan kad ucap selamat yang ditempah dan dihantar terus kepada ibu dan anak tersebut. Cara ini memang mudah dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam cuma kadangkala kemesraan yang timbul dari kunjungan peribadi tidak dapat dirasakan.
Amalan Sejurus Selepas Kelahiran
a) Azan dan Qamat
Sejurus selepas kelahiran, sunat diazankan pada telinga kanan bayi itu dan diqamatkan di telinga kirinya. Diriwayatkan dari hadis Rasulullah saw bahawa Baginda pernah azan pada telinga Hasan bin Ali. Dan Baginda per-nah juga qamat pada telinga kiri bayi.
Ibnu Jauzi di dalam kitab 'Tuhfah al-Maulud' menyatakan bahawa hikmah di sebalik azan dan qamat itu adalah supaya kalimah pertama yang didengar oleh bayi itu adalah kalimah-kalimah yang mengandungi kebesaran dan keagungan Allah.
Yang demikian adalah sebagai isyarat pemberitahuan kepada bayi itu tentang syiar Islam ketika mula lahir ke alam dunia.
b) Amalan Tahnik
Amalan tahnik ini bererti mencecahkan korma yang telah dimamah oleh orang alim atau orang salih ke lelangit mulut bayi itu. Jika tidak terdapat korma, boleh digantikan benda-benda manis seperti madu. Amalan tahnik ini adalah sunat.
Di dalam hadis Rasulullah saw diriwayatkan: "Bahawa Rasulullah saw telah mentahnik anak-anak dari kaum Ansar".
Amalan ini juga dinamakan oleh orang-orang tua kita sebagai adat membelah mulut. Membelah mulut dilakukan setelah bayi itu diazan dan diqamatkan.
Amalan Pada Hari Ketujuh:
a) Aqiqah
Menurut amalan Rasulullah saw, hukumnya sunat mengadakan aqiqah pada hari ketujuh dari kelahiran anak. Aqiqah ini dilaksanakan dengan menyembelih dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan. Imam Ahmad dan Tarmizi meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah ditanya tentang aqiqah, lalu Baginda menjawab: "Bagi lelaki dua ekor kambing, bagi perempuan seekor kambing".
Majlis aqiqah tidaklah semestinya diadakan pada hari ketujuh kelahiran anak itu, walaupun banyak hadis yang menyebut kelebihan dan sunat diadakan pada hari ketujuh. Sebaliknya jika aqiqah itu diadakan pada hari keempat, kelapan, kesepuluh atas selepas itu sekalipun, hukum aqiqah itu telah terlaksana, insya'Allah. Ada pendapat yang mengatakan aqiqah boleh dilakukan selagi anak itu belum baligh. Sebahagian ulama berpendapat bahawa apabila anak itu sudah baligh maka tidaklah sunat lagi bagi bapa anak itu melakukan amalan aqiqah itu.
Aqiqah yang diadakan sebenarnya bertujuan untuk melahirkan rasa kesyukuran dengan kurniaan Allah disamping mempelawa sanak-saudara, handai-taulan dan jiran-tetangga meraikan kegembiraan pasangan yang dikurniakan cahaya mata. Oleh itu, sunat mengadakan aqiqah ini tidaklah diberatkan dan dibebankan kepada pasangan yang tidak berkemampuan.
Cara melakukan ibadat aqiqah itu samalah seperti melakukan ibadat qurban. Bezanya ialah bahawa qurban itu dilakukan pada Hari Raya Aidiladha atau/dan tiga hari tasyrik, manakala aqiqah boleh dilakukan pada bila-bila masa. Binatang yang dijadikan aqiqah ialah kambing, unta atau lembu yang sihat, berumur antara 2 hingga 3 tahun, tidak cacat. Tidak sah binatang yang tempang, buta atau sakit dijadikan aqiqah. Aqiqah dengan kambing ialah aqiqah bersendirian, tetapi lembu atau unta boleh dijadikan aqiqah berkongsi.
Menyembelih binatang aqiqah adalah sama dengan cara menyembelih binatang-binatang biasa tetapi hendaklah dengan niat aqiqah. Daging aqiqah itu hendaklah dipotong-potong dengan tidak mematah atau memecahkan tulangnya. Dagingnya pula sunat dibahagi tiga; sepertiga untuk makanan yang empunya aqiqah, sepertiga untuk dihadiahkan dan sepertiga untuk disedekahkan.
b) Mencukur Rambut
Pada hari ketujuh ini, sunat mencukur rambut bayi. Ini berdasarkan hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, maksudnya: "Rasulullah saw telah menyuruh agar dicukur rambut Hasan dan Husin pada hari ketujuh kelahiran mereka berdua, lalu dicukur dan disedekahkan timbangan rambut itu dengan nilai perak."
Setelah rambut bayi itu dicukur, ianya tidak langsung dibuang. Sebaliknya, rambut itu ditimbang dengan perak, dan nilainya disedekahkan kepada fakir miskin. Apabila kita mencukur rambut bayi, rambut itu hendaklah dicukur semuanya. Bukan sekadar menggunting beberapa helai rambut ataupun dicukur sebahagiannya dan ditinggalkan sebahagiannya.
Mengikut adat yang diamalkan, suatu kenduri diadakan bagi upacara mencukur rambut. Pada majlis tersebut, bayi itu dibawa ke ruang tengah dan disambut dengan taburan beras kunyit yang bercampur dengan wang duit atau syiling. Tiga atau lima atau tujuh orang tetamu yang dihormati akan diminta memotong rambut bayi itu. Tetamu akan mengambil sejemput beras kunyit dan sejemput bertih lalu menaburkannya di keliling bayi; kemudian menyapukannya air tepung tawar ke bahagian rambut yang hendak dipotongnya lalu mengambil gunting dan memotong rambut bayi itu. Potongan rambut yang digunting tadi dimasukkan ke dalam mangkuk.
Majlis kenduri atau bacaan maulid berzanji yang diadakan serentak dengan majlis mencukur rambut itu tidaklah menyalahi peraturan syariat.
Akan tetapi perbuatan menabur beras kunyit, wang, bertih serta memasukkan potongan rambut itu ke dalam mangkuk atau kelapa muda adalah perbuatan khurafat.
Selain unsur pembaziran, perbuatan-perbuatan yang disebutkan di atas itu jelas tiada hubung-kait dengan anjuran Islam yang menggalakkan pencukuran rambut.
c) Menamakan Bayi
Juga disunatkan pada hari ketujuh dari kelahiran bayi itu, menamakan bayi tersebut. Biarpun begitu, seperti majlis aqiqah, ibubapa tidaklah terikat dengan hari ketujuh. Pada bila-bila masa saja, anak tersebut boleh diberikan nama.
Orang tua dulu, menamakan anak mereka dengan mengambil sempena nama benda atau orang yang mula-mula terlihat oleh waris bayi itu, misalnya: Komeng, Guntur, Comel, Buang, Putih dan sebagainya. Sekarang ini, masyarakat kita yang mempunyai kesedaran agama selalu merujukkan nama-nama yang telah mereka pilih kepada ustaz-ustaz untuk mengetahui makna sebenar; sama ada baik atau buruk. Cara begitu memang bersesuaian dengan anjuran Rasulullah saw yang bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya kamu akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu pada hari kiamat nanti, maka perelokkanlah nama-nama kamu."
Sekarang ini juga, terdapat sebahagian ibubapa yang memilih nama-nama yang glamour dan pelik (kononnya nama-nama tertentu sudah common dan terlalu banyak digunakan) untuk anak mereka. Nama bintang filem atau penyanyi terkenal lebih mendapat perhatian. Atau nama yang mempunyai unsur Barat seperti Linda, Eddy dan sebagainya.
Kadangkala kita dapati juga bahawa seorang anak mempunyai tiga nama (3-in-1). Nenek dari kedua belah pihak ingin memberikan nama selain dari ibubapa anak tersebut. Akhirnya jadilah nama anak itu panjang misalnya: Azizah Fatimah Hamidah binti Ahmad. Tetapi apabila dipanggil, cuma disebut 'Ah' mengambil dari dua perkataan terakhir dari ketiga-tiga nama.
Hukum Menamakan Anak Angkat dan Menukar Nama Bapa Kepada Nama Suami
Menurut Islam, mengambil anak angkat dan memeliharanya adalah harus, tetapi mengakuinya sebagai anak sendiri dengan dibinkan dan dibintikan anak itu kepada si ayah angkat adalah haram.
Rasulullah saw bersabda menerusi Hadisnya yang bermaksud: "Orang-orang yang berbin/binti kepada orang yang bukan bapanya yang sebenar maka ia dilaknati oleh Allah."
Orang-orang Islam yang meng-ambil anak angkat dinasihatkan supaya mengebin/membintikan anak angkat-nya itu dengan nama bapanya yang sebenar jika bapanya yang sebenar itu beragama Islam atau mengebin/bintikannya dengan Abdullah sekiranya anak angkatnya itu bukan berasal dari orang Islam.
Menukar nama bapa kepada nama suami pada setengah-setengah wanita kita adalah meniru kebiasaan orang-orang bukan Islam. Misalnya Salmah Kassim (Kassim nama bapanya) diubah kepada Salmah Ahmad (Ahmad nama suaminya). Agama Islam tidak mengakui amalan dan perbuatan sedemikian.
Penukaran nama itu adalah sama dengan menafi dan memutuskan perhubungan keluarga antara anak dengan ibu bapanya. Di samping itu, perbuatan itu menunjukkan seolah-olah wanita itu telah menjadi hak milik suaminya dan melucutkan hak ayahnya ke atas dirinya; sehingga ia membuang nama binti bapanya yang telah mendidik dan memeliharanya sejak kecil.
Hukum Berkhatan Bagi Lelaki dan Perempuan
Terdapat perbezaan pendapat antara ulama berhubung berkhatan bagi lelaki. Pendapat Imam Abu Hanifah bahawa berkhatan hukumnya sunat. Ini berpandukan sebuah Hadis yang bermaksud: "Berkhatan itu sunat bagi lelaki dan penghormatan bagi perempuan."
Imam Malik, Imam As-Syafei dan Imam Ahmad pula berpendapat bahawa berkhatan itu hukumnya wajib. Mereka membawa dalil dari sebuah Hadis yang bermaksud: "Empat perkara adalah dari amalan para rasul: berkhatan, berwangi-wangian, bersiwak dan bernikah."
Tiada ketentuan berhubung waktu seorang kanak-kanak lelaki atau perempuan itu harus dikhatankan. Tetapi kebanyakan pendapat mengatakan bahawa kanak-kanak lelaki wajib dikhatankan sebelum usia mereka sampai peringkat baligh. Ini adalah kerana pada usia baligh, kanak-kanak lelaki tersebut sudah menjadi mukallaf dan mula dipertanggungjawabkan segala perintah agama. Dalam melaksanakan perintah agama ini, mukallaf itu mestilah dalam keadaan suci dan bersih dari segala najis dan kekotoran.
Mengikut lazim kebiasaan masyarakat Islam kita pula, kanak-kanak lelaki dikhatankan ketika usia mereka 12 tahun dan diadakan ketika musim cuti sekolah. Musim cuti ini dipilih untuk memberi sedikit masa pada kanak-kanak itu untuk sembuh dan kembali bergerak aktif.
Tembuni atau uri bayi. Apa perlu dibuat?
Menurut amalan orang dulu, tembuni anak yang keluar sesudah kelahiran anak tersebut akan diambil dan dibersihkan. Tembuni itu kemudian akan dimasukkan ke dalam bekas dan ditanam. Amalan ini dilakukan dengan alasan bahawa tembuni itu adalah kembar anak tersebut atau merupakan sebahagian dari anggota anak yang baru lahir itu.
Ibubapa memang berhak mengambil tembuni itu dan menanamnya, tetapi dakwaan seperti di atas adalah bertentangan dengan Islam dan kepercayaan yang khurafat. Jika ibu-bapa tidak mengambil tembuni tersebut dan menyerahkannya kepada pihak hospital, perbuatan tersebut juga tidak menyalahi ajaran Islam.
Adat melenggang perut dan pemeriksaan scanning Bila ibu mengandungkan anak sulungnya, dan masa hamilnya sudah mencapai tujuh bulan, bidan dipanggil untuk menjalankan adat berlenggang perut. Direntangkan kain sepanjang tujuh helai, disusun berlapis-lapis dan ibu yang hamil itu disuruh baring berlentang. Tengah-tengah kain itu terletak bahagian pinggang. Hujung kain berada di sebelah kiri dan kanannya. Bidan kemudian menarik helai demi helai kain panjang itu, arah ke kanan pada helai yang pertama dan ke kiri pada helai yang berikutnya, begitulah seterusnya berselang-seli.
Menurut adat Banjar, diambil tiga biji kelapa dan kelapa itu dibelah dua. Kepercayaan anak itu tidak selamat kalau tidak menjalankan adat itu merupakan khurafat. Begitu juga, kepercayaan anak itu selamat kalau belahan kelapa itu elok, juga merupakan khurafat.
Adat melenggang perut yang diamalkan sebenarnya bertujuan memastikan kedudukan bayi dalam kandungan adalah betul. Cuma yang menjadikan amalan ini bertentangan dengan ajaran Islam ialah apabila kepercayaan khurafat dikaitkan dengan keselamatan bayi dalam kandungan. Walaupun adat melenggang perut ini tidak diamalkan lagi, pemeriksaan scanning yang dilakukan terhadap ibu yang mengandung juga mempunyai tujuan yang sama dengan adat melenggang perut. Selain dari memastikan kedudukan bayi dalam kandungan, scanning juga dikatakan dapat membantu mengenalpasti jantina bayi itu. Islam tidak melarang pemeriksaan scanning khusus berkenaan kedudukan bayi dalam kandungan. Bahkan pemeriksaan ini dapat membantu memudahkan si ibu apabila tiba waktu melahirkan. Bayi yang tidak betul kedudukannya dalam perut atau diistilahkan 'songsang' boleh membahayakan kedua-dua ibu dan bayi tersebut.
Scanning untuk melihat jantina bayi itu juga tidak menyalahi agama kerana ia hanya ramalan semata-mata. Mempercayai hasil pemeriksaan ini tidak bermakna seseorang itu mengengkari kuasa dan ilmu Allah swt. Bahkan realitinya banyak laporan menunjukkan bahawan ramalan awal hasil pemerik-saan scanning adalah sebaliknya.
Pautan :
http://www.muis.gov.sg/webpub/warita/warita9-97/panduan.html
«
Last Edit: July 13, 2007, 09:28:41 AM by Kurenai
»
Logged
Semoga ALLAH melindungi diri kita dari keburukan diri kita sendiri.
Time is like flowing water in a river. You cannot touch the same water twice, because the flow has passed and will never pass again
Pages: [
1
]
Go Up
Print
« previous
next »
Jump to:
Please select a destination:
-----------------------------
Umum
-----------------------------
=> Pengumuman
=> Maklum-Balas
-----------------------------
Perkahwinan
-----------------------------
=> Anakku Duniaku
-----------------------------
Kehidupan Seharian
-----------------------------
=> Kedai Kopi
=> Dunia Hiburan
=> Buka Minda
-----------------------------
Lain-lain
-----------------------------
=> Cakap I.T
=> Bahasa Dunia
=> Sentuhan Rohani
Loading...