Welcome,
Guest
. Please
login
or
register
.
May 19, 2012, 06:05:06 PM
Home
Forum
Help
Calendar
Login
Register
Di Lelaman Perkahwinan.com
>
Forum
>
Lain-lain
>
Bahasa Dunia
(Moderators:
Andrina
,
Parasiempre
) >
Koleksi Peribahasa
Pages:
1
...
6
[
7
]
8
Go Down
« previous
next »
Print
Author
Topic: Koleksi Peribahasa (Read 63990 times)
0 Members and 4 Guests are viewing this topic.
halin
P.D.C moderators
Offline
Posts: 15021
سايڠ سموا
Re: Koleksi Peribahasa
«
Reply #90 on:
May 15, 2007, 07:37:41 PM »
Peribahasa
Berseleran bagai getah di lalang.
Ertinya:~ Percakapan atau pembicaraan yang tidak keruan.
Berkelahi dengan orang tak berambut.
Ertinya:~ Berselisih dengan orang yang kurang sempurna akalnya.
Alah sabung, menang sorak.
Ertinya:~ Biarpun kalah, tetapi masih tetap tinggi juga cakapnya.
Mutiara Kata
“Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.”
– DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Logged
MaNusIa yAnG bErAkaL iAlaH MaNusIa yAnG sUka mEneRimA dAn mEmiNtA nasIhAt....
halin
P.D.C moderators
Offline
Posts: 15021
سايڠ سموا
Re: Koleksi Peribahasa
«
Reply #91 on:
May 30, 2007, 10:47:41 AM »
Peribahasa
Satu dijentik, sepuluh rebah.
Ertinya:~ Seorang yang dikata-katai sekalian yang mendengar ikut merasa.
Anjing menyalak bukit, takkan runtuh.
Ertinya:~ Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya.
Mutiara Kata
Dalam seni bahasa kita, adalah ‘kunci’ kata-kata itu yang harus diperhatikan. Disinilah terletak halusnya, walaupun hanya empat
atau lima baris.
~(Hamka)
Logged
MaNusIa yAnG bErAkaL iAlaH MaNusIa yAnG sUka mEneRimA dAn mEmiNtA nasIhAt....
halin
P.D.C moderators
Offline
Posts: 15021
سايڠ سموا
Re: Koleksi Peribahasa
«
Reply #92 on:
June 21, 2007, 10:16:02 AM »
Peribahasa
Sigai dua segeragai.
Ertinya:~ Perkara yang satu ada sangkut-pautnya dengan perkara yang lain.
Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang.
Ertinya:~ Nasihat yang baik perlu diulang-ulang menyebutnya.
Mengembalikan manikam ke dalam cembulnya.
Ertinya:~ Memikirkan kembali apa-apa yang telah terkatakan
Mutiara Kata
".....janganlah pandang pada siapa yang bercakap, tapi dengarkanlah apa yang dikatakannya...."
Logged
MaNusIa yAnG bErAkaL iAlaH MaNusIa yAnG sUka mEneRimA dAn mEmiNtA nasIhAt....
halin
P.D.C moderators
Offline
Posts: 15021
سايڠ سموا
Re: Koleksi Peribahasa
«
Reply #93 on:
July 06, 2007, 09:19:13 AM »
Peribahasa
Seperti kaca terhempas ke batu.
Ertinya:~ Hati yang hancur kerana dukacita.
Kura-kura di dalam perahu, pura-pura tidak tahu.
Ertinya:~ Bertanya sesuatu yang sudah diketahui.
Kerana mulut badan binasa.
Ertinya:~ Mendapat kecelakaan kerana perkataannya.
Kilat beliung sudah di kaki, kilat pisau sudah ke tangan, kilat cermin sudah ke muka.
Ertinya:~ Orang yang bijaksana dengan mudah menangkap hujung kata atau kias seseorang.
Logged
MaNusIa yAnG bErAkaL iAlaH MaNusIa yAnG sUka mEneRimA dAn mEmiNtA nasIhAt....
halin
P.D.C moderators
Offline
Posts: 15021
سايڠ سموا
Re: Koleksi Peribahasa
«
Reply #94 on:
July 19, 2007, 01:57:35 PM »
Peribahasa
Ada seperti tampaknya apung-apung.
Ertinya:~ Barang yang dihajati telah ada tetapi belum tentu dapat diambil atau dipakai.
Dalam menunduk dia menyonggeng.
Ertinya:~ Lahirnya dia menerima dengan baik, tetapi hatinya sendiri membantah.
Jauh boleh ditunjukkan, dekat boleh dikakukkan.
Ertinya:~ Kebenaran sesuatu perkataan yang diucapkan boleh diuji, kerana ada tanda dan buktinya.
Mutiara Kata
"..........memahami dan mengerti adalah antara pekerjaan yang paling sukar untuk dilaksanakan......"
Logged
MaNusIa yAnG bErAkaL iAlaH MaNusIa yAnG sUka mEneRimA dAn mEmiNtA nasIhAt....
halin
P.D.C moderators
Offline
Posts: 15021
سايڠ سموا
Re: Koleksi Peribahasa
«
Reply #95 on:
August 26, 2007, 05:31:24 PM »
Peribahasa
Air mata jatuh ke dalam.
Ertinya:~ Berdukacita dengan diam-diam.
Bagai haruan di dalam tuar.
Ertinya:~ Tidak tetap keadaannya, kerana sakit atau susah
Dibuat kerana Allah, menjadi murka Allah.
Ertinya:~ Dilakukan dengan maksud baik, tetapi diterima orang dengan curiga.
Mutiara Kata
Melihat *kebaikan* orang lain lebih baik dari melihat *kebaikan* diri sendiri ~ *Melihat keburukan diri sendiri menginsafi diri*
:'(
Logged
MaNusIa yAnG bErAkaL iAlaH MaNusIa yAnG sUka mEneRimA dAn mEmiNtA nasIhAt....
halin
P.D.C moderators
Offline
Posts: 15021
سايڠ سموا
Re: Koleksi Peribahasa
«
Reply #96 on:
August 31, 2007, 09:23:08 AM »
Mutiara Kata
“Kalau menuding kearah orang, gunakanlah satu jari tapi ingat jari-jari yang lain menuding kearah diri sendiri”
“Seseorang dengan sikap negatif melihat masalah dalam semua peluang, sebaliknya seseorang yang lain, dengan sikap positif melihat peluang dalam semua masalah”
“Kehidupan ini tidak akan memberi sebarang makna sekiranya kita tidak mempunyai kekuatan untuk mencuba sesuatu”
“Marah itu membakar sedangkan senyuman itu siraman salju”
;)
Logged
MaNusIa yAnG bErAkaL iAlaH MaNusIa yAnG sUka mEneRimA dAn mEmiNtA nasIhAt....
halin
P.D.C moderators
Offline
Posts: 15021
سايڠ سموا
Re: Koleksi Peribahasa
«
Reply #97 on:
November 02, 2007, 09:36:34 AM »
Peribahasa
Dikulum menjadi manikam, dimuntahkan (= diludahkan) menjadi sekam.
Ertinya:~ Diam itu lebih baik daripada berkata-kata.
Muatiara Kata
DIRI seseorang itu boleh berada di luar kawalan akibat rasa marah yang membuak, sakit hati yang sukar dibendung dan perasaan iri yang sukar dibuang. Sikap seumpama itu mampu mencetuskan situasi yang boleh merosakkan fitrah murni seseorang.
Logged
MaNusIa yAnG bErAkaL iAlaH MaNusIa yAnG sUka mEneRimA dAn mEmiNtA nasIhAt....
NS9
P.D.C moderators
Offline
Gender:
Posts: 16928
patik dah penatlah tuanku...
Re: Koleksi Peribahasa
«
Reply #98 on:
November 02, 2007, 09:41:47 AM »
kalaulah kita boleh kulum lama2 & hasilnya begitu.. alangkah seronoknya mencari pendapatan cara begini
Logged
Semoga ALLAH melindungi diri kita dari keburukan diri kita sendiri.
Time is like flowing water in a river. You cannot touch the same water twice, because the flow has passed and will never pass again
halin
P.D.C moderators
Offline
Posts: 15021
سايڠ سموا
Re: Koleksi Peribahasa
«
Reply #99 on:
November 13, 2007, 06:56:17 AM »
Peribahasa
Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.
Ertinya:~ Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa.
Mutiara Kata
Amat mudah utk memadamkan api yg sedangg marak, tapi sukar utk meredakan api kemarahan dlm diri.
Munajat
Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi"
(Al-A`raaf : 23)
Logged
MaNusIa yAnG bErAkaL iAlaH MaNusIa yAnG sUka mEneRimA dAn mEmiNtA nasIhAt....
NS9
P.D.C moderators
Offline
Gender:
Posts: 16928
patik dah penatlah tuanku...
Re: Koleksi Peribahasa
«
Reply #100 on:
November 19, 2007, 09:32:38 AM »
'KAIN' BASAHAN SEHARIAN ORANG MELAYU
MENGAPAKAH kain membawa pengertian yang mendalam di dalam budaya masyarakat Melayu?
Selain menjadi pakaian orang kita, ia turut dijadikan subjek di dalam peribahasa yang menjelaskan tentang kehidupan seharian.
Kain basah kering di pinggang.
Ia membawa maksud bahawa seseorang itu terlalu miskin.
Begitu juga dengan peribahasa kain ditangkap maka duduk.
Dalam satu lagi peribahasa, dapat dilihat betapa kain juga digunakan untuk sindiran tajam.
Kain dalam acar dikutip dicuci, hendak masuk ke longkang juga
Maksudnya, orang jahat, walaupun telah diberi kesenangan, akan mengulangi perbuatan jahatnya jika ada kesempatan.
Dalam bab rumahtangga orang yang kucar-kacir pula, bolehlah dinyatakan
kain lama dicampak buang, kain baru pula dicari
.
Ia membawa erti menceraikan isteri yang ada kerana jemu dan beristeri baru.
Peribahasa ini juga sesuai untuk menjelaskan tentang sikap sahabat yang melupakan sahabat lamanya dan mencari yang baru.
Kalau ada yang kata: 'Eh...eh... Encik Lee macam
kain menjadi basahan'
, ia membawa erti 'orang kaya jatuh miskin.
pautan :
http://cyberita.asia1.com.sg/rencana/story/0,3617,107483,00.html?
Logged
Semoga ALLAH melindungi diri kita dari keburukan diri kita sendiri.
Time is like flowing water in a river. You cannot touch the same water twice, because the flow has passed and will never pass again
halin
P.D.C moderators
Offline
Posts: 15021
سايڠ سموا
Re: Koleksi Peribahasa
«
Reply #101 on:
December 07, 2007, 09:21:38 AM »
Peribahasa
Berlurah di balik pendakian.
Ertinya:~ Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan, perkataan dan sebagainya.
Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang.
Ertinya:~ Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya.
Dekat dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk.
Ertinya:~ Perkataan atau pengakuan yang dapat dibuktikan kebenarannya
Bagai belacan dikerat dua: yang pergi busuk, yang tinggal hanyir.
Ertinya:~ Perkara yang mendatangkan aib kepada kedua-dua belah pihak.
Buangkan yang keruh, ambil yang jernih.
Ertinya:~ Buang yang jahat ambil yang baik; memulai penghidupan yang baru.
Mutiara Kata
".....sayangi sebuah perkenalan kerana di situ terciptanya kemesraan,sayangi sebuah persahabatan kerana di situ terciptanya kerinduan,hargai kedua2nya kerana itulah Rahmat Tuhan..."
:'( ;)
Logged
MaNusIa yAnG bErAkaL iAlaH MaNusIa yAnG sUka mEneRimA dAn mEmiNtA nasIhAt....
halin
P.D.C moderators
Offline
Posts: 15021
سايڠ سموا
Re: Koleksi Peribahasa
«
Reply #102 on:
February 21, 2008, 09:11:34 AM »
Peribahasa
Seperti raja dengan menteri.
Ertinya:~Seia-sekata dalam semua perkara.
Apa sakit berbini janda, anak tiri boleh disuruh.
Ertinya:~Alasan yang berlawanan dengan maksud yang sebenarnya.
Mutiara Kata
Abu Darda r.a berkata :
“Tiada kebaikan pada dunia kecuali bagi salah satu dari dua orang; orang yang diam dengan kewaspadaan atau orang yang berbicara dengan ilmu.”.......
Logged
MaNusIa yAnG bErAkaL iAlaH MaNusIa yAnG sUka mEneRimA dAn mEmiNtA nasIhAt....
NS9
P.D.C moderators
Offline
Gender:
Posts: 16928
patik dah penatlah tuanku...
Re: Koleksi Peribahasa
«
Reply #103 on:
March 22, 2008, 10:21:28 AM »
Air yang keruh-keruh kerak, alamat buaya di hulunya.
- Daripada perkataan dapat dimaklumi niat di dalam hati.
MUTIARA KATA
'Dua orang diperlukan untuk membangunkan perkahwinan yang berjaya tetapi hanya seorang sahaja untuk merobohkannya.'
- Herbert Samuel.
Logged
Semoga ALLAH melindungi diri kita dari keburukan diri kita sendiri.
Time is like flowing water in a river. You cannot touch the same water twice, because the flow has passed and will never pass again
halin
P.D.C moderators
Offline
Posts: 15021
سايڠ سموا
Re: Koleksi Peribahasa
«
Reply #104 on:
June 13, 2008, 06:56:51 AM »
Peribahasa
Dari telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang keruh.
Ertinya:~ Daripada sifat yang mulia, tak akan lahir budi bahasa yang kasar
Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak.
Ertinya:~ Orang yang elok dan tampan tetapi berbudi bahasa
Elok basa 'kan bekal hidup, elok budi bekal mati.
Ertiny:~ Orang yang baik bahasanya jadi kesayangan orang selagi hidup, sesudah mati jadi kenang-kenangan
Mutiara Kata
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.~Hamka~
Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. ~Imam Al-Ghazali~
[/
Logged
MaNusIa yAnG bErAkaL iAlaH MaNusIa yAnG sUka mEneRimA dAn mEmiNtA nasIhAt....
Pages:
1
...
6
[
7
]
8
Go Up
Print
« previous
next »
Jump to:
Please select a destination:
-----------------------------
Umum
-----------------------------
=> Pengumuman
=> Maklum-Balas
-----------------------------
Perkahwinan
-----------------------------
=> Anakku Duniaku
-----------------------------
Kehidupan Seharian
-----------------------------
=> Kedai Kopi
=> Dunia Hiburan
=> Buka Minda
-----------------------------
Lain-lain
-----------------------------
=> Cakap I.T
=> Bahasa Dunia
=> Sentuhan Rohani
Loading...