Pages: [1] 2 ... 8   Go Down
  Print  
Author Topic: Koleksi Peribahasa  (Read 63990 times)
0 Members and 2 Guests are viewing this topic.
fritillaria
Lagenda P.D.C
******
Offline Offline

Posts: 11513


In LiFe, You LiVe.


« on: May 01, 2005, 07:37:40 AM »

Apa kata kita mula mengumpulkan peribahasa-peribahasa buat renungan bersama... jangan lupa sertakan maknanya sekali boleh?

Tidak kiralah peribahasa yang terdiri dari simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan, pepatah mahupun kata-kata hikmah.
Disini ingin Friti mulakan dan Friti harap ramai yang dapat mengambil serta...  Smiley


Paku Belanda ~ harga tetap.....
Logged
cheguThamrin
P.D.C moderators
******
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 10650



WWW
« Reply #1 on: May 01, 2005, 02:25:50 PM »

CT rasa, peribahasa harus dan perlu dipelihara, maka CT sarankan supaya ia tidak "dirosakkan" kita alihkan thread ini ke segmen "Bahasa"

Perlu diketahui bahawa terdapat banyak kategori peribahasa;

- simpulan bahasa;
- bidalan; andaian;
- pepatah pepatih
- dan banyak lagi... ;)
Logged


= cakap depan-depan terang terang; cakap belakang nanti kena kentot =
cindai
Lagenda P.D.C
******
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 12220



« Reply #2 on: May 03, 2005, 08:51:36 AM »

Ajak² ayam... Maksudnya; Pelawaan yang tidak sungguh².

Jauhari juga yang mengenal manikam... Maksudnya;  Orang yang pakar dalam sesuatu bidang sahaja yang arif tentang kelebihan sesuatu.

Mutiara kata;

~ Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya...
Belajarlah menerima ujian ALLAH dengan penuh rasa kesyukuran ~ Smiley
Logged
fritillaria
Lagenda P.D.C
******
Offline Offline

Posts: 11513


In LiFe, You LiVe.


« Reply #3 on: May 03, 2005, 11:24:37 AM »

Pepatah:-

"Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar" ~~
 Berhati-hatilah apabila menceritakan sesuatu rahsia
Logged
maryatie
Lagenda P.D.C
******
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 12799



« Reply #4 on: May 03, 2005, 02:34:26 PM »

Peribahasa:

Gergaji Dua Mata bermaksud seseorang yang menyebelahi dua pihak yang bermusuhan.

Mutiara Kata:

Hidup ini biarlah seimbang, Agama dengan Dunia,
Ibadat dengan Amalannya, Ilmu dgn Akhlak,
Jasmani dengan Rohani dan Akal dengan Hati
Logged
fritillaria
Lagenda P.D.C
******
Offline Offline

Posts: 11513


In LiFe, You LiVe.


« Reply #5 on: May 03, 2005, 03:36:56 PM »

Peribahasa :

samar muka maknanya waktu senja

Perumpamaan :

seperti cicak makan kapur maknanya orang yang malu akan kesalahan sendiri
Logged
cindai
Lagenda P.D.C
******
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 12220



« Reply #6 on: May 04, 2005, 11:43:14 AM »

Peribahasa;

Ada biduk, serempu pula... yang bermaksud;

~ Tidak puas dengan apa yang sudah dimiliki ~

contohnya;
 
a) Ada sampan hendak berenang
b) Ada sirih hendak makan sepah
c) Ada tangga hendak memanjat tiang

serempu = sejenis sampan

Smiley
Logged
fritillaria
Lagenda P.D.C
******
Offline Offline

Posts: 11513


In LiFe, You LiVe.


« Reply #7 on: May 04, 2005, 04:09:19 PM »

Pepatah

Rupa dapat diubah, tabiat dibawa mati ~~ sukar untuk mengubah perangai seseorang

Bagaimana acuan begitulah kuihnya ~~ perangai seseorang itu mirip perangai kedua ibu bapanya

Kata-kata hikmah

Hilang bahasa lenyaplah bangsa ~~ jika bahasa itu pupus maka pupuslah bangsa itu.

Kata itu kota ~~ setiap janji hendaklah ditunaikan
Logged
aaron
Mahaguru P.D.C
*****
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 9006



« Reply #8 on: May 04, 2005, 10:12:00 PM »

hangat2 tahi ayam;

keje yg dibuat separuh jalan.  Grin
Logged

yey yey!!! tak lamer lagi nk raya!!!! mak bapak abang kakak tok nenek mintak duit!!! ;D
fritillaria
Lagenda P.D.C
******
Offline Offline

Posts: 11513


In LiFe, You LiVe.


« Reply #9 on: May 05, 2005, 09:38:30 AM »

Simpulan bahasa

Dalam tangan ~~ sudah pasti dapat

Golok kayu ~~ orang yang bodoh tetapi berlagak pandai

Telinga lintah ~~ orang yang tajam pendengarannya

Telinga kuali ~~ orang yang tahan hati walaupun dimarahi oleh orang lain
Logged
maryatie
Lagenda P.D.C
******
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 12799



« Reply #10 on: May 05, 2005, 03:01:00 PM »

ayam tambatan~~org yg menjadi harapan didalam sesuatu pasukan
ajak ajak ayam~~pelawaan yg tidak bersungguh sungguh
budak makan pisang~~mentah atau blum cukup akal

Mutiara kata:

jangan putus asa jika otak tumpul dan kurang cergas. Kadang-kadang seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak henti-henti otaknya berusaha lebih maju daripada seseorang yang cergas otaknya tetapi pemalas-

hamka-
Logged
fritillaria
Lagenda P.D.C
******
Offline Offline

Posts: 11513


In LiFe, You LiVe.


« Reply #11 on: May 05, 2005, 04:00:23 PM »

Bidalan

Alah bisa tegal biasa ~~ pekerjaan yang susah jika sering dilakukan akan menjadi senang

Belakang parang diasah lagikan tajam ~~ orang yang bodoh jika diajar akan menjadi pandai akhirnya.

Alah membeli menang memakai ~~ barang yang mahal dibeli amat baik mutunya.
Logged
cindai
Lagenda P.D.C
******
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 12220



« Reply #12 on: May 09, 2005, 04:29:26 PM »

Simpulan Bahasa: ~ Bawa bermenung ~

Maksudnya : Diajak berbincang.

Contoh ayat : Cubalah bawa bermenung sebelum membuat keputusan.


Peribahasa :  ~ Hilang bahasa lenyap bangsa ~

Maksudnya : Sekiranya sesuatu bahasa tidak digunakan lagi, lambat laun bangsanya akan turut lenyap.

Contoh ayat : Pelajar Melayu harus mempelajari dan mengguasai Bahasa Melayu serta sering menggunakannya dalam urusan sehari-hari kerana  hilang bangsa lenyap bahasa.


Mutiara kata : ~ Sedangkan keindahan malam terletak pada bulan dan bintangnya, maka sudah pasti keindahan kejayaan berlandaskan usaha dan tawakal ~

Smiley
Logged
fritillaria
Lagenda P.D.C
******
Offline Offline

Posts: 11513


In LiFe, You LiVe.


« Reply #13 on: May 09, 2005, 04:37:14 PM »

Ada udang disebalik batu ~~ ada maksud yang berlainan disebalik kata-kata.
Logged
cindai
Lagenda P.D.C
******
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 12220



« Reply #14 on: May 13, 2005, 07:27:54 PM »

Peribahasa : ~ Membuat mahu, menuras tidak ~

Maksudnya : Ingin melakukan sesuatu pekerjaan tetapi malas hendak mempelajarinya atau menambahkan pengetahuan tentang pekerjaan tersebut.

Contoh ayat : Lebih baik kita menambahkan pengetahuan tentang pekerjaan kita kerana jika kita bersikap membuat mahu, menuras tidak, bukan sahaja hasil kerja tidak memuaskan malah tidak ada kemajuan pada diri sendiri.
Logged
Pages: [1] 2 ... 8   Go Up
  Print  
 
Jump to: